Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.
Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer!
Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.
Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.
Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.
Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.
Pergi mencari rezeki dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga.
Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini.
Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!
Nak banyak lagi tips mudah menjemput rezeki? Klik di bawah sekarang ya.
Moga bermanfaat buat semua.
#SebarkanKebaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan