Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan

Khamis, 11 November 2021

SEMINAR KEWANGAN FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT RELOADED ONLINE (13 - 14 NOVEMBER 2021)

Pernahkah anda menghadapi situasi kewangan seperti berikut?

  • Tiada simpanan kecemasan.
  • Tak boleh menyimpan secara tetap setiap bulan.
  • Stres dengan hutang yang membebankan.
  • Tersalah beli kereta melebihi kemampuan sebenar.
  • Tidak mempunyai aset dan harta.
  • Tertekan dengan bil hospital.
  • Tak tahu macam mana nak mula melabur.
  • Pening nak pilih pelaburan apa.
  • Tiada tabung pendidikan anak.
  • Tiada tabung persaraan.
  • Tak faham pengiraan zakat.
  • Tak reti nak buat kiraan cukai sendiri.
  • Masalah harta pusaka yang tak selesai.
  • Tak faham faraid.

Situasi-situasi kewangan ini selalunya mengundang stres dan tekanan, hidup rasa serba tak kena.

Solusinya?

Urus dan rancang kewangan anda secara menyeluruh sebaiknya.

Pelajari cara urus dan rancang kewangan anda secara komprehensif melalui seminar online selama 2 hari!!




SEMINAR FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT RELOADED (FFBR) 2021

Tarikh : 13 - 14 NOVEMBER 2021 

Masa : 9.00 AM - 5.00 PM

Belajar dan praktik sendiri sepenuhnya. 



 

Rabu, 29 September 2021

BERAPAKAH YANG MANUSIA SANGGUP BAYAR UNTUK BEROLEH BAHAGIA?

Setinggi mana pun income kita, ia tidak akan mampu menandingi satu rezeki yang bernama "sabar".

Dengan sabar kita tenang. Dengan sabar rezeki kita mengalir tanpa henti. Dengan sabar manusia beroleh sesuatu yang sangat mahal, iaitu bahagia.

Berapakah yang manusia sanggup bayar untuk beroleh bahagia?

Seorang jutawan yang tidak bahagia akan sanggup membayar berapa sahaja untuk memperolehi kebahagiaan.

Sahabat-sahabat yang baik,

Bersabarlah walau apapun ujian yang kita tempuhi hari ini.

Dengan bersabar, andalah jutawan sebenar dalam keluarga!


Nak belajar teknik urus masa yang mudah dan praktikal?

Klik link di bawah sekarang: 




Rabu, 28 Julai 2021

PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN MANUSIA DAN TUHAN

Pengurusan masa sangat berkait rapat dengan keberkatan.

Lebih berkat masa, lebih banyak dan lebih cemerlang sesuatu urusan itu dapat diselesaikan.

Untuk menambah keberkatan, sentiasa perbaiki hubungan dengan manusia dan Tuhan.

Elakkan memfitnah, buat dosa dan bersangka buruk.  Sebaliknya banyakkan bersangka baik, jaga waktu solat, banyakkan baca Quran dan berdoa.

Kita baiki hubungan dengan Tuhan.  Kerana perkara paling penting dalam pengurusan masa ialah keberkatan.

Nak tip pengurusan masa?

Klik:




Rabu, 21 Julai 2021

ADAKAH PERLU IKUT 100% JADUAL HARIAN?

Adakah bila kita dah buat jadual harian, kita perlu ikut 100%?

Sekiranya tiada keperluan untuk ubah, cuba ikut sebaik mungkin.

Namun sekiranya ada sesuatu kecemasan atau perkara urgent and important terjadi, sesuaikan balik dengan jadual harian yang telah kita buat.

Be flexible.  Walaupun kita sudah ada jadual harian, tidak salah untuk mengubahsuai jika ada keperluan.  

Malah jika tidak fleksibel, mungkin kita mengabaikan sesuatu perkara yang lebih penting dan kualiti hidup kita tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Nak tip pengurusan masa?

Klik:




Rabu, 14 Julai 2021

NAK BUAT APA HARI NI?

Berapa ramai yang bila bangun pagi baru fikir apa nak buat hari ni?

Bila begitu, kita biasanya jadi terlupa buat sesuatu yang penting.  Akhirnya terpaksa patah balik untuk selesaikan.  Semua ini akan membuatkan masa kita terbazir begitu sahaja.

Oleh itu, cuba bina jadual harian pada malam sebelum hari kejadian.  Ia membolehkan Minda Separa Sedar turut bersama mencari penyelesaian. 

Bila tiada jadual harian, kita tidak jelas dan tidak pantas dalam tindakan.

Nak tip pengurusan masa?

Klik:




Rabu, 7 Julai 2021

BEZAKAN PERKARA YANG PENTING DAN SEGERA

Mengikut kajian, lebih 50% manusia tidak boleh membezakan antara perkara yang “URGENT” dan “IMPORTANT”.

URGENT adalah sesuatu perkara yang menarik perhatian kita.  Ia tidak semestinya PENTING.

Oleh itu, bezakan antara perkara yang PENTING dan SEGERA.

Ramai yang merasakan perkara yang ‘URGENT’ itu penting. Inilah yang membuatkan banyak masa kita di’curi’!

Nak tip pengurusan masa?

Klik:



 

Rabu, 30 Jun 2021

STRES DAN SERABUT KEPALA SEBAB NAK KENA SIAPKAN SEMUA BENDA?

Pernah tak kita rasa semua perkara penting?  Akhirnya kita stres sebab nak kena siapkan semua benda.  

Akhirnya, lebih banyak urusan yang tak siap sebab stres dan serabut kepala!

Mengikut kajian, memang ramai yang berhadapan dengan masalah yang sama.

Bagaimana nak selesaikannya?

Letakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang mahu kita lakukan.

Ia akan mengelakkan kita membuat perkara-perkara tidak penting yang ‘dirasakan’ penting!

Nak tip pengurusan masa?

Klik:




Rabu, 23 Jun 2021

MEREKA YANG TIADA MATLAMAT IBARAT SUDAH MATI SEBELUM MATI!

Manusia bergerak kerana ada niat dan matlamat.  Tanpa niat atau keinginan, manusia tidak akan capai apa-apa dalam hidup.  

Ini kerana niat merupakan “jantung” yang menggerakkan hati manusia.  Mereka yang tiada matlamat, ibarat “sudah mati sebelum mati!”

Oleh itu, set kan matlamat yang nak dicapai pada hari ini, bulan ini dan tahun ini.

Malah set kan matlamat yang nak dicapai dalam 5 tahun ini.  InsyaAllah, itulah permulaan untuk kita urus masa dengan baik!

All the best!

Nak tip pengurusan masa?

Klik:




Rabu, 16 Jun 2021

7 TIPS UNTUK ISTERI SUPAYA REZEKI MENGALIR TANPA HENTI

Pandang wajah suami dengan senyuman.  Ketika balik kerja, makan, lepas mandi, lepas solat, lepas bangun tidur, semuanya. Kunci rezeki suami pada ibunya, kunci rezeki isteri pada suami yang baik.

Bila nak berbelanja, minta izin atau pandangan suami dulu baru beli. Memanglah itu duit kita. Tapi redha Allah itu ada pada suami yang baik. 

Bila suami bagi pandangan, diam dulu baru respon.  Elakkan bercakap tanpa berfikir panjang. Kena ingat kita wanita adalah makhluk emosi.  Kita bercakap dengan suami bukan untuk menang, tapi untuk memahami dan difahami.

Maafkan suami bila dia melakukan kesilapan. Usah panjang-panjangkan konflik.  Lagi cepat kita berdamai dengan diri sendiri, lagi cepat rezeki masuk dalam famili.

Bila suami buat baik selepas berlakunya konflik, usah ungkit lagi kesilapannya. Itu cara suami minta maaf. Kita pun selalunya begitu juga. Berlapang dada dengan segera akan membahagiakan suami dan diri kita sendiri.

Doakan suami dan keluarga sungguh-sungguh selepas solat. Memang ramai suami yang tak guna, namun ramai lagi suami yang berjasa. Buruk-buruk macamana pun suami kita, tentu ada kebaikan dia dalam hidup kita.

Ingat formula ini.  Isteri ingin disayangi, suami ingin dihormati. Bila suami dan isteri saling memahami dan mengasihi, baru melimpah ruah rezeki.

Jemput #share ya. Moga bermanfaat.


Sungguh rezeki sangat berkait rapat dengan pengurusan masa.

Klik link di bawah untuk pelajari dan kuasai teknik-teknik pengurusan masa terkini.

Lebih cepat kita belajar, lebih banyak masa kita jimat, dan lebih tenang hidup kita insyaAllah.

Jom!



 

Rabu, 9 Jun 2021

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI

Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.

Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.

Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.

Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.

Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!

Belajar sesuatu? Jemput #share dengan rakan-rakan ya.

Moga bermanfaat.


Perasan tak rezeki sangat berkait rapat dengan pengurusan masa?

Klik link di bawah untuk pelajari dan kuasai teknik-teknik pengurusan masa terkini.

Jom!




Rabu, 2 Jun 2021

KITA SEDANG SEWA MASA TUHAN

Guru saya pesan, Allah tak pernah beri masa pada kita. Allah cuma sewakan masa pada kita.

Ini kerana Allah tak pernah bagi kita masa begitu sahaja. Dia minta kita gunakan sebaik mungkin dan menegah perbuatan lagha. Rujuk Surah Al Asr dan Surah Al Mukminun.

Bila masa itu disewakan oleh Allah, maka kita perlu bayar balik.

Bayar dengan apa? Bayar dengan perbuatan baik seperti zikir, solat, menuntut ilmu, cari rezeki dan bantu orang lain.

Apa jadi bila tak bayar sewa? Ada hukuman dan penalti yang akan dikenakan.

Jika tak bayar sewa rumah, kita boleh dihalau dari rumah. Jika tak bayar sewa masa, kita di'halau' dari keberkatan masa.

Akibatnya, kita susah nak berjaya. Kerja susah nak happy. Bisnes asyik tak menjadi.

Belajarlah menghargai masa kawan. Usah banyak berbual kosong, main game dan tidur sampai solat dilewatkan. Nescaya kita akan disayangi Tuhan!


Klik:



 

Rabu, 26 Mei 2021

MATEMATIKLAH KAMU SEBELUM KAMU DIMATEMATIKKAN

Seorang Professor Matematik pernah berpesan, "Matematiklah kamu sebelum kamu dimatematikkan".

Apa maksudnya? Kiralah ke mana perginya masa kamu sebelum kamu dihisab Allah kelak".

Ini tajuk penting. Siapa yang ambil berat, insyaAllah tempatnya di Syurga.
 
Manakala siapa yang sambil lewa, dikhuatiri tempatnya di Neraka. Na'uzubillah!

Cuba kira berapa banyak masa kita habis untuk beramal. Berapa banyak pula habis untuk perkara lagha?

Daripada situ, kita akan tahu kita dah buat yang terbaik belum dengan hidup kita.
 
Jika sudah, perbaiki lagi. Jika belum, lagi kena perbaiki!

Moga bermanfaat.

#TipsUrusMasa
#SebarkanKebaikan


Ada banyak Teknik untuk perbaiki Pengurusan Masa kita. Antaranya ialah Teknik TDL, 4 Kuadran dan Teknik 48 Jam Sehari.

Nak tahu teknik mudah jimat masa dan urus masa supaya hidup lebih tenang dan cemerlang?

Klik:



 

Rabu, 19 Mei 2021

MASA ITU NYAWA!

Sahabat,

Bersyukurlah dengan kurniaan masa yang Allah anugerahkan kepada kita.

Ketika kita bangun tidur, kita dapati kita dalam keadaan yang sihat dan masih dikelilingi oleh orang yang tersayang.

Ada orang tidak beroleh peluang yang sama seperti kita. Mereka terus diuji dengan kesakitan, perpisahan dan penderitaan.

Mereka tidak tahu bila penderitaan itu akan berakhir. Ada yang memilih untuk terus kuat, ada yang putus asa.

Apapun pilihan yang kita lakukan, ia akan menentukan kebahagiaan kita di masa hadapan.

Maka pilihlah untuk sentiasa dekat dengan Tuhan. Kerana itulah jalan terbaik untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Sahabat,

Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan.
 
Untuk terus kuat, kita pilih minda yang sihat, jiwa yang kuat dan hati yang penuh dengan kemaafan dan kasih sayang.

Urus masa kita sebaiknya.
 
Sungguh, kita takkan mampu urus kehidupan kita sehinggalah kita berjaya urus masa kita!


Masa itu nyawa!

#SebarkanKebaikan

Pelajari Teknik Pengurusan Masa yang mudah dan praktikal di sini.
 
Hanya dengan satu klik, hidup kita boleh berubah kawan-kawan!




Rabu, 12 Mei 2021

MASA ADALAH REZEKI YANG PALING BERHARGA

Tidak perlu dengki pada rezeki orang lain. Kita tidak tahu apa yang telah diambil dalam hidupnya.

Kerana kedengkian hanya akan menyempitkan pintu rezekimu.

Tidak perlu juga sedih atas ujian yang diterima. Kita tidak tahu apa rezeki lain yang akan Allah kurniakan kepadaMu.

Sahabat,

Imam Hasan Al-Basri berkata:

  1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang. 
  2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya. 
  3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat. 
  4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.

Sahabatku yang baik,

Sentiasa fikir yang baik-baik. Buat yang terbaik. Doa yang baik-baik.
 
InsyaAllah yang baik-baik juga akan datang dalam hidup kita.


Masa adalah antara rezeki yang paling berharga. Bila ia pergi, ia tidak akan kembali buat selama-lamanya!

Selamat membaca kawan-kawan!

Dapatkan banyak lagi #TipsUrusMasa di sini. Ianya PERCUMA!

Klik:



 

Rabu, 5 Mei 2021

MASA LAPANG DAN MASA SIHAT

"Sesiapa yang menggunakan masa lapang dan masa sihatnya untuk mentaati Allah, maka merekalah yang beruntung.
 
Sesiapa yang menggunakan kedua-duanya, yakni pada masa sihat dan juga pada masa lapang untuk melakukan maksiat kepada Allah, maka merekalah golongan yang amat rugi.
 
Hal ini kerana, masa lapang itu akan diikuti selepasnya dengan kesibukan manakala waktu sihatnya pula akan diikuti selepasnya itu dengan kesakitan.
 
Jika tidak, maka cukuplah waktu tua dan lemah yang menjadi kerugian kepadanya."

(Imam Ibnu Jauzi)


Selamat menuntut ilmu kawan-kawan!

Dapatkan banyak lagi mutiara berharga di sini:



 

Rabu, 28 April 2021

NAK BELAJAR TEKNIK UNTUK DAPAT 48 JAM SEHARI?

Orang biasa-biasa rasa masa tu diperolehi secara percuma. Orang luar biasa percaya masa itu sangat berharga dan satu hari nanti akan ditanya olehNya.

Orang biasa-biasa lihat cuti ini sekadar rehat. Orang luar biasa lihat cuti ini waktu berehat sambil menawarkan khidmat.

Orang biasa-biasa guna masa lapang untuk bersenang-senang tanpa hala tujuan. Orang luar biasa guna masa lapang untuk tambah ilmu dan amalan.

Orang biasa biasa guna FB untuk semata-mata hiburkan diri. Orang luar biasa guna FB untuk baiki dan tambah nilai dalam diri.

Orang biasa-biasa akan biarkan saja posting yang baik-baik berlalu. Orang luar biasa suka share kebaikan dan ilmu.


Nak belajar Teknik untuk dapat 48 jam sehari?

Selamat ubah hidup kawan-kawan!

#TipsUrusMasa

Klik:




Rabu, 21 April 2021

CARI JALAN UNTUK JADI ORANG LUAR BIASA SETIAP HARI

Orang biasa-biasa mencari alasan untuk merungut dan marah marah di pagi hari. Orang luar biasa mencari sebab untuk bersyukur setiap waktu setiap hari.

Caranya? Disiplin menulis Jurnal Syukur setiap hari.

Orang biasa-biasa suka beri alasan untuk tidak lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan. Orang luar biasa akan cari jalan untuk lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan.

Orang biasa-biasa akan give-up bila ada masalah dalam mencapai impian. Orang luar biasa akan cepat-cepat ubah strategi bila tak capai impian. Surrender is not an option!

Orang biasa-biasa suka benci orang bila orang tu ada masalah. Orang luar biasa benci perangai seseorang yang buat masalah, bukan orangnya.

Orang biasa biasa memulakan harinya tanpa perancangan. Orang luar biasa memulakan harinya dengan buat perancangan pada malam sebelumnya.

Caranya? Gunakan Teknik TDL Berstruktur. Saya ada share tekniknya dalam Buku Digital #MudahnyaMengurusMasa.

Cari jalan untuk jadi orang luar biasa setiap hari. InsyaAllah hidup kita akan lebih senang, tenang dan cemerlang!

Ujian memang banyak. Namun masih banyak perkara yang perlu disyukuri.

#TipsJemputRezeki


Ramai orang stres sebab tak cukup masa.

Tak perlu stres gais. Just baiki je teknik pengurusan masa kita.

Syukuri masa yang kita ada dengan Pengurusan Masa yang baik. Klik link di bawah ya!




Rabu, 14 April 2021

NAK LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA?

Orang biasa-biasa bila bangun je tengok handphone, tengok whatsaap atau FB. Orang luar biasa tengok hp juga, tapi nak tengok jam supaya dia bangun pada waktu yang sepatutnya.

Orang biasa-biasa, bangun lepas Subuh. Orang luar biasa bangun sebelum Subuh untuk bermunajat dan solat taubat.

Orang biasa-biasa tidur balik lepas Solat Subuh. Orang luar biasa tahu lepas Subuh ada keberkatan, dan menggunakannya untuk berzikir, baca Quran dan ingat Tuhan.

Orang biasa-biasa suka layan gorup whatsaap dan FB untuk menghiburkan diri. Orang luar biasa baca buku dan cari ilmu di FB untuk bahagiakan diri.

Orang biasa-biasa rasa tak perlu share ilmu yang melintas di FB. Orang luar biasa tahu itu adalah saham akhirat dan suka share ilmu yang diperolehi.


Nak lebih berjaya dan bahagia? Jadilah orang yang luar biasa.

#TipsUrusMasa
#SebarkanKebaikan

Klik:



 

Rabu, 7 April 2021

BISNES SERBA TAK MENJADI BILA STRES

Ada sorang kawan ni dah menceburkan diri dalam bidang perancangan kewangan sejak 2018.

Niat di hati nak banyak menulis untuk bantu orang awam faham dan urus kewangan dengan baik.

Tapi team seolah-olah tak benarkan masa tu. Dia mula stress. "Salah ke apa aku buat ni??" bisiknya dalam hati.

Kemudian dia jumpa pula kawan dan suruh upgrade lesen kewangan.  Risau tak boleh commit, stres bertambah lagi.
 
Masa ni berat makin naik walaupun tak makan banyak. Pernah alami? Memang worst kan?

Dengan kerja ofis yang banyak dan bisnes kelam kabut, dia dah mula tak fokus.


Kemuncaknya bila kawan sendiri yang ambil kesempatan atas kebolehan dia. Akhirnya depressed terus.
 
Tak sampai MDD. Tapi agak teruk juga sampai jumpa kaunselor.

Bila PKP, dia makin down juga sebab tak dapat keluar jumpa klien. Asyik tengok movie untuk hilangkan boring. Tapi tak happy pun. Hinggalah terbaca iklan pasal ebook #MudahnyaMengurusMasa (MMM)

Hari pertama ebook MMM dilancarkan dia terus beli.
 
Lepas baca buku MMM. Berjurai air mata. Baru baca Bab 1, alhamdulillah dia kata dia terus dapat apa dia nak.
 
Dia teruskan baca dan buat to do list pula. Lagi banyak masa jimat katanya.

Asbab baca ebook #MMM, projek penulisan yang patut dia buat pada 2019, siap dalam masa 4 hari je. 
Sangat miracle! Sekarang dia dah buat ebook ketiga.

Sales ebook masuk menderu. Alhamdulillah. Katanya dia pun makin tenang, makin fokus dan makin bahagia. Sebabnya:
 
  1. Dah jumpa purpose of life guna Teknik Steve Pavlina
  2. Bila tahu purpose of life goal kita lebih jelas
  3. Dah ada goal kita akan lebih fokus dan tak buang masa. 
  4. Lebih bahagia sebab kita tahu apa kita nak, bukan apa orang suruh.
 
Sahabat-sahabat yang baik,

Betullah kata-kata hikmah, pelaburan yang takkan pernah rugi ialah pelaburan ilmu pengetahuan.

Ia takkan rugi kerana ia pasti membuahkan hasil bila diamalkan.

Bukan sekali ganda. Malah berpuluh kali ganda resultnya.

Dapatkan hidup yang lebih tenang, bahagia dan cemerlang dengan memahami teknik dan ilmu yang betul tentang pengurusan masa.

Sebarkan kebaikan.

Boleh klik link di bawah untuk urus masa dengan lebih cemerlang!



 

Rabu, 30 Disember 2020

NAK LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA?

Orang biasa-biasa bila bangun je tengok handphone, tengok whatsapp atau facebook. Orang luar biasa tengok handphone juga, tapi nak tengok jam supaya dia bangun pada waktu yang sepatutnya.

Orang biasa-biasa, bangun lepas Subuh. Orang luar biasa bangun sebelum Subuh untuk bermunajat dan solat taubat.

Orang biasa-biasa tidur balik lepas Solat Subuh. Orang luar biasa tahu lepas Subuh ada keberkatan, dan menggunakannya untuk berzikir, baca Quran dan ingat Tuhan.

Orang biasa-biasa suka layan group whatsapp dan facebook untuk menghiburkan diri. Orang luar biasa baca buku dan cari ilmu di facebook untuk bahagiakan diri.

Orang biasa-biasa rasa tak perlu share ilmu yang melintas di facebook. Orang luar biasa tahu itu adalah saham akhirat dan suka share ilmu yang diperolehi.


Nak lebih berjaya dan bahagia? Jadilah orang yang luar biasa. Percaya sebelum berjaya. Klik: