Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Rabu, 29 Disember 2021

APA YANG SPECIAL TENTANG PAKEJ EBOOK 55 RAHSIA REZEKI?

Ni saya nak share 7 benda yang special tentang Pakej ebook dan video bonus kami ya!

  1. Semua rahsia yang dikongsi bukan teori.  Semuanya berdasarkan kisah benar.
  2. Lebih dari 55 Rahsia Rezeki dibongkar secara santai dalam bentuk storytelling
  3. Disertakan dengan 6 Video Bonus untuk menjelaskan lagi kandungan ebook
  4. Menampilkan 3 Teknik Magnet Rezeki yang praktikal dan mudah untuk dilaksanakan
  5. Berpeluang buat duit dengan pakej sistem affiliate yang diberi secara percuma.
  6. Pembelajaran yang ‘hidup’ kerana boleh belajar berterusan daripada semua jutawan yang diperkenalkan.
  7. Hadiah Surprise Bonus yang membantu pembaca menguruskan masa dengan lebih baik supaya rezeki mengalir tanpa henti!


Okeh, puas hati?

Banyak lagi sebenarnya. 

Nak tahu? Klik,




Selamat membaca kawan-kawan! 😊👍

#55RahsiaRezeki
#SebarkanKebaikan
 

Rabu, 22 Disember 2021

REZEKI SEORANG JUTAWAN MELIMPAH RUAH MENGGUNAKAN TEKNIK THE POWER OF 5%

Baru ni Tuan Zuhairi Nopiah share bagaimana rezeki seorang jutawan melimpah ruah menggunakan teknik The Power of 5%.

Biasanya kita dapat rezeki dulu, baru zakat dan sedekah kan?

Tapi jutawan ni dia zakat dan sedekah dulu, baru usaha untuk capai target income dia bulan tu.

Hasilnya, rezeki melimpah ruah. Ada saja jalan untuk capai income yang dia target. Malah berlebih lagi.

Rahsia ni beliau share dalam program bersama ejen dan leader Takaful di KL dan Johor baru-baru ni.

Seperti biasa.. Ada yang buat, ada yang tak buat bila balik ke rumah masing-masing. Padahal dah ingatkan tu. Haha.

Salah seorang yang buat bagitahu, dia close 300K asbab Teknik tu.

Bila dia teringat, dia sedekahkan RM200 untuk Rumah Anak-Anak Yatim Ar-Rayyan dan bagi RM100 untuk isteri.

Dalam pukul 9 pagi dia transfer, pukul 9.40 klien lama mesej dia bagitau nak top up investment 100K.

Mula-mula 100K, lepas tu 300K pula. So income dia pada hari tu sahaja ialah RM13,500. 

Rezeki kan? Syukur sangat!

Memanglah rezeki ni semua Allah yang bagi. Namun Allah suruh usaha supaya kita sentiasa bersungguh-sungguh dan bergantung denganNya.

Bila kita faham semua ini, kita tak perlu kejar rezeki siang dan malam. Rezeki yang akan kejar kita siang dan malam.

Tahniah Tuan Mdrt Shahrul kerana bertindak pantas dan menikmati hasilnya.


Tuan Puan yang nak tahu cara dan pengiraan lebih detail teknik The Power of 5% ni boleh klik link di bawah sekarang.




Ilmu pergi kepada mereka yang ingin tahu, hasil pergi kepada mereka yang bertindak!

Moga bermanfaat.😊👍

Penulis asal tulisan ini ialah Tuan #ZuhairiNopiah. Beliau adalah penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

#SebarkanKebaikan
 

Rabu, 15 Disember 2021

SAKIT BUKAN REZEKI? SAKIT ITU MUSIBAH? SAKIT ITU UJIAN?

Ada orang kata sakit bukan rezeki. Sakit tu musibah. Sakit tu ujian.

Ia pendapat yang menarik kan?

Dalam masa yang sama, bagi saya sakit itu juga rezeki. Dengan sakit kita belajar sabar, tawakkal dan redha direct dari Allah.

Dengan sabar, tawakkal dan redha ini juga mudah-mudahan kita lebih dekat dengan Allah dan SyurgaNya.

Bukankah itu rezeki yang jauh lebih mahal dari duit? Sebab Syurga adalah nikmat yang jauh lebih hebat dari duit?

Kawan-kawan yang baik,

Baiknya Allah, Dia pasti akan bagi rezeki bila kita menguruskannya dengan baik.

Uruskan persepsi kita terhadap rezeki. Lihatlah semuanya sebagai rezeki. 

Kita mampu sebenarnya, bila kita ada 2 kualiti penting, iaitu Taqwa dan Tawakkal. 

Perkara ini saya belajar banyak dari buku digital "55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti".

Bolehkah semua perkara termasuk kesedihan, perpisahan, kematian dan ujian jadi rezeki?

Jawapannya BOLEH, bila kita tahu caranya.


Pelajari caranya sekarang. Klik,




Moga bermanfaat buat semua.❤

#SebarkanKebaikan
 

Rabu, 8 Disember 2021

BERMASAM MUKA DAN MARAH-MARAH BOLEH MEMBUATKAN REZEKI LARI MENJAUHI KITA!

Sedar atau tidak, bermasam muka dan marah-marah boleh membuatkan rezeki lari menjauhi kita! Allah tak suka. Perbuatan ini boleh merosakkan hubungan dan silaturrahim. Apa kata pagi ini kita mulakan dengan senyuman kepada ahli keluarga dan rakan-rakan pejabat dulu? Kalau boleh senyum kat kereta sebelah masa jalan jem, itu lagi bagus. Hihi. Allah telah menjanjikan rezeki buat mereka yang menjaga silaturrahim. Perkara ini telah disebut dalam satu hadis, “Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.” (HR Bukhari dan Muslim). Bila kita senyum dengan ikhlas, kita sebenarnya dah dapat pun rezeki dari Allah. Rezeki Kebahagiaan.
Tak caya? Cuba senyum sekarang, mudah je kan?😄 Amalkan sekarang dan rasai kemanisannnya. Jemput share ya. Moga bermanfaat buat semua.😊👍 Assalamualaikum!

#55RahsiaRezeki




Rabu, 1 Disember 2021

CARA PALING MUDAH JEMPUT REZEKI

Percaya tak kalau saya bagitahu, insyaAllah kita lebih mudah jemput rezeki dengan menukar persepsi?

Situasi 1: 

A kemalangan. Kecederaan teruk di kaki. 6 bulan tak boleh jalan. 

A melihat kemalangan sebagai masalah.

Sepanjang 6 bulan tu dia mengeluh dan mempersoalkan kenapa Allah susahkan dia sedangkan dia perlu mencari rezeki untuk keluarga.

Situasi 2: 

B kemalangan juga. Kecederaan teruk di kaki. 6 bulan tak boleh jalan.

Sepanjang sakit dan diuji, dia sentiasa bersangka baik dengan Allah. B melihat banyak hikmah di sebalik ujian. 

Dia lebih rapat dengan isteri dan anak anak yang menjaganya. Kawan-kawan yang lost contact mula hubungi dia semula. 

Adik beradik yang pernah bermasam muka pun dah berbaik kembali. Semuanya semakin sedar bahawa hidup ini tak lama. Semakin hari semakin tua.

B melihat rezeki Allah semakin melimpah ruah sejak kemalangan. 

Rezeki sabar, ketenangan dan kasih sayang. 

Itulah rezeki yang jauh lebih mahal dari wang ringgit, kerana semuanya boleh membaca ke Syurga!

Nampak tak, bagaimana persepsi kita boleh menjadi asbab kepada rezeki yang kita ada.

Dengan melihat ujian sebagai tanda kasih sayangNya, maka rezeki kita bertambah-tambah walaupun bukan dalam bentuk harta benda.

Dari situ datangnya pertolongan Allah. 

Walaupun kita berdepan dengan kesukaran kerana terpaksa menanggung kos perubatan, ramai yang tampil menghulurkan bantuan melihat ketabahan dan kesungguhan kita untuk terus positif bila berdepan dengan ujian.

Kita menjadi inspirasi kepada mereka. Kita memberi manfaat kepada mereka, walaupun bukan secara langsung.

Benarlah seperti kata-kata Imam Sya'rawi. Rezeki itu adalah apa-apa yang memberi manfaat kepada kita.

Bukan semata-mata wang ringgit dan harta benda, malah kesabaran, ukhwah dan kasih sayang juga adalah rezeki yang akan kita perolehi dengan menukar persepsi.


Belajar sesuatu? Jom share dengan kawan-kawan ya.❤

Dapat share pun rezeki (pahala). Kawan-kawan yang dapat ilmu baru pun rezeki.

Nak belajar lagi tentang rezeki?

Boleh klik link di bawah. Selamat membaca kawan-kawan!😊👍

#SebarkanKebaikan



 

Rabu, 24 November 2021

RAHSIA MENJEMPUT REZEKI KETENANGAN

Kawan kawan,

Sama-sama kita ingatkan diri sendiri tentang perkara ini.

Usah dengki dengan rezeki orang lain. Hati takkan tenang.

Apa guna orang lain sakit dan susah, tapi hati kita pun selalu gelisah?

Takutlah dengan azab Allah, di mana 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.

Teruskan berusaha dan bertawakkal. Jika kita rasa jerihnya usaha di dunia, jerih lagi menanggung seksa di akhirat sana.

Sungguh, antara rezeki yang paling mahal ialah ketenangan.

Dan rezeki ketenangan ini takkan sudi hinggap di hati manusia yang iri hati dan penuh kesombongan.


Ps: Nak belajar Rahsia Menjemput Rezeki Ketenangan?

Klik link di bawah ya!




Selamat membaca kawan-kawan!😊👍

#SebarkanKebaikan

Rabu, 17 November 2021

3 TIPS SUPAYA REZEKI KITA LEBIH MEWAH

Ada masa kita mungkin tertanya-tanya kenapa rezeki kita tak macam orang lain kan?

Selalu tak cukup, tak mewah, tak boleh selalu gi travel oversea macam orang lain.

Sahabat,

Cuba renung Hadis Qudsi ni,

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya."
Salah satu sebab rezeki kita tak mewah ialah kerana kita kurang ingat Allah.

Pernah tak kita peruntukkan satu masa khas semata-mata untuk ingat kepadaNya?

Sedangkan Allah tak pernah lupa untuk memberikan rezekiNya kepada kita. Sampai saat ini kita masih bernafas dengan percuma.

Bukankah bernafas itu rezeki yang tidak ternilai harganya? Belum cerita rezeki penglihatan, pertuturan dan pendengaran lagi.

Disebutkan dalam satu hadis yang lain, 

“Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, ada 3 tips mudah supaya rezeki kita lebih luas lagi selepas ini.

1. Peruntukkan masa lepas Asar dan Subuh untuk ingat Allah, antara 3 - 30 minit.

Caranya? 

Boleh baca Quran, selawat, zikir atau apa-apa sahaja yang buat kita ingat Allah.

Yang penting masa buat semua tu kita ingat Allah yang memberikan semua rezeki yang ada pada kita.

2. Ingat Allah masa senang. InsyaAllah Allah ingat kita masa kita susah.

Caranya? 

Cari peluang untuk sedekah setiap hari. Boleh wujudkan Tabung Subuh dan letakkan di rumah. Memang memudahkan!

3. Amalkan cara pengurusan kewangan yang betul. 

Ada 7 Fasa Pengurusan Kewangan yang perlu difahami dan dipraktikkan, baru kewangan kita tak tercekik.

Bab ni kena belajar dengan Tuan Afyan Mat Rawi, Azizul Azli Ahmad dan Noor Amin gaiss. Mereka lebih pakar. Follow FB mereka okeh?


Tapi kalau nak belajar 55 Rahsia Mengalir Tanpa Henti, boleh klik link di bawah sekarang.




Moga bermanfaat.😊👍

#SebarkanKebaikan 

Rabu, 10 November 2021

7 AMALAN YANG BOLEH MEMBUATKAN REZEKI MENGALIR TANPA HENTI

Ada 7 amalan yang boleh membuatkan rezeki kita mengalir tanpa henti. 

Tips ini saya dapat daripada sahabat saya. Sangat bagus untuk diamalkan. Moga bermanfaat.

1. Istighfar/bertaubat. Ramai tidak perasan bahawa istighfar adalah pembuka kepada semua jalan rezeki. Ini berdasarkan hadith Nabi,

"Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i)

2. Menjaga solat 5 waktunya. Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi,

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu." (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah)

3. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapanya. Ingatlah penyambung rezeki seseorang adalah bila dia tidak pernah lupa memberi kepada kedua ibu bapanya.

4. Membantu mereka yang lemah. Ada yang perlukan bantuan hulurkan walau sekecil pertolongan. Mereka itu sumber terbukanya rezeki berdasarkan Sabda Nabi SAW,

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Hadith Riwayat Bukhari)

5. Memudahkan urusan orang. Jika kita murahkan urusan orang, Allah juga pasti tidak menyulitkan urusan kita. 

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Hadith Riwayat: Muslim)

6. Memuliakan tetamu yang hadir. Apa sahaja status orang yang bertandang ke rumah kita, mereka wajib dimuliakan. Itulah isyarat Tuhan sedang mengirimkan rezeki. 

7. Setelah semua hal ini telah diusahakan dengan baik. Jangan lupa untuk tawakal kepada Tuhan. FirmanNya,

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq ayat 3)

Sungguh, rezeki itu bukanlah segala-galanya dari wang Ringgit semata-mata. 

Tetapi juga dari kesihatan, ketenangan, kelapangan, keluarga dan anak-anak yang baik.

Dapat baca posting ni pun rezeki. Rezeki penglihatan, kesihatan dan penglihatan, betul tak?

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang baik-baik buat kita semua.


#TipsRezeki
#SebarkanKebaikan

Ps: Nak 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti? 

Boleh klik link di bawah ya. Moga jadi asbab rezeki dan kebaikan buat semua.❤ 




Rabu, 3 November 2021

REZEKI MELIMPAH RUAH DENGAN BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN ORANG LAIN

Salah satu cara untuk rezeki kita melimpah ruah ialah dengan belajar daripada pengalaman orang lain.

Antara orang yang banyak pengalaman dalam bab rezeki ni ialah Tuan Nazhrat, atau lebih dikenali sebagai Abe Nazz.

Beliau berasal dari Kota Bharu dan kini menetap di Setia Eco Park.  Mendapat Pendidikan daripada Amerika Syarikat, perjalanan kerjaya beliau memang mencabar dan mengujakan.

Dipendekkan cerita, beliau berhenti makan gaji dan membuat keputusan untuk terjun dalam bisnes kewangan.  

Beliau merupakan konsultan Unit Amanah yang sangat berjaya.  Antara kejayaan beliau ialah berjaya mencapai Annual Group Sales berjumlah 28 juta RM pada tahun 2019.

Kisah jatuh bangun beliau dalam hidup memang memberi inspirasi yang mendalam buat saya.  Namun rupa-rupanya, beliau pernah melalui situasi di mana duitnya sentiasa tak cukup.

Kenapa tak cukup? 

Kereta selalu rosak, radiator problem, tayar pecah dan kereta selalu kena saman.  Itu cuma sebahagian daripada perkara-perkara yang berlaku yang membuatkan hidupnya selalu tak tenang.

Namun ada 2 perkara yang beliau buat sehingga semuanya berubah.

Kereta dia tidak meragam, hidupnya lebih tenang dan rezekinya semakin melimpah ruah.

Rezekinya tidak henti-henti mengalir.  Satu persatu peluang untuk menambah rezeki Allah buka untuknya.  

Allah eratkan lagi hubungan beliau dengan leader-leader yang hebat.  Allah juga temukan beliau dengan downline yang rajin dan bersemangat.  

Dan yang paling best, Allah jumpakan beliau dengan ramai klien-klien yang mahu dan mampu untuk melabur dengannya.

Hasilnya, beliau berjaya menjadi Champion Nationwide UTC EPF Producer, Top Ten Producer Nationwide dan Top Recruiter Nationwide pada tahun 2018 dalam Public Mutual. 

Jualan peribadi beliau saja dah 9.3 juta pada tahun itu.  Belum lagi campur Group Sales.  Bayangkan berapa pendapatan beliau sebulan?

Pada tahun 2019, beliau merupakan Champion Agency Supervisor Nationwide. Annual Group sales beliau ialah 28 juta RM, jauh meninggalkan pemenang di tempat kedua dengan beza 21 juta RM! 

Yang paling penting, beliau beroleh ketenangan hati yang tidak ternilai harganya selepas itu.  Inilah rezeki paling mahal dalam hidupnya.

“Rezeki saya sekarang melimpah ruah, tidak putus-putus.  Team saya boleh bergerak sendiri tanpa dipaksa-paksa.  

Saya rasa syukur sangat.  Terasa sungguh berkatnya rezeki bila kita berani menolak sumber yang meragukan daripada hidup kita”, ujarnya.

Nak tahu bagaimana beliau capai semua ni?


Baca dalam buku digital 55 RAHSIA REZEKI.  Guru saya kata, “Yuran kebijaksanaan itu jauh lebih murah daripada cukai kebod*han”, setuju?

#55RahsiaRezeki
#SebarkanKebaikan

Klik link di bawah ya. InsyaAllah, anda takkan menyesal!



 

Rabu, 27 Oktober 2021

REZEKI IBARAT RAMA-RAMA

Rezeki ibarat rama-rama.

Mengejarnya membuatkan ia lari dan kita pula menjadi lelah.

Malah jika berjaya menangkapnya, belum tentu ia menjadi seperti apa yang diharapkan.

Rama-rama mungkin akan rosak kepaknya, patah kakinya dan tidak boleh terbang lagi akibat kita yang terlalu seronok mengejar.

Apa kata kita buat sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang indah dan berwarna warni?

Bukankah rama-rama akan datang kepada kita tanpa perlu dikejar?

Lalu bunga pun kita dapat, rama-rama pun dapat!


Begitulah dengan rezeki.

Kita mungkin berjaya 'menangkapnya' bila mengejar.

Namun satu hari nanti kita pasti akan terasa letih.

Malah kita akan sedar bahawa ia bukanlah kebahagiaan sebenar yang kita inginkan.

Selagi kita mengejar rezeki, selagi itulah rezeki akan menjauhi kita.

Nabi saw pernah bersabda,

“Barangsiapa yg menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya & Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kawan-kawan,

Ada orang bekerja siang malam untuk mencapai impian. Sampai sanggup tinggalkan zikir, selawat dan solat awal waktu yang disukai Tuhan.

Namun bila dia sudah mencapai impian, baru dia sedar itu bukanlah sesuatu yang paling diidamkan.

Tiada ketenangan dan kebahagiaan kerana semua itu dicapai tanpa redha Tuhan.

Bagaimana caranya untuk kita menjemput rezeki dan kebahagiaan dalam masa yang sama?

6 Video dan ebook 55 RAHSIA REZEKI ada caranya.

Klik link di bahagian bawah untuk dapatkan ilmu-ilmu mahal tentang rezeki.

Nak rezeki mengalir dengan mudah atau dengan cara susah??

Pilihan di tangan anda!

#SebarkanKebaikan

Klik:



 

Rabu, 20 Oktober 2021

ZIKIR SUPAYA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DAN MEMPERCEPATKAN DOA DIMAKBULKAN

Ada seorang gadis ni pernah diuji dengan persahabatan semasa belajar di sebuah kolej.

Dia sangat rapat dengan kawannya ni, Ann. Pergi kuliah bersama, makan bersama, berjalan sama-sama.

Sampai orang panggil diaorang ni kembar. Macam belangkas!

Begitulah mereka. Sangat rapat, sampai mereka sama-sama berjaya dapat diploma.

Bila mereka sambung buat degree, mereka decide untuk duduk di rumah sewa yang sama bersama dengan beberapa orang kawan universiti.

Tak tahu mengapa, dia dipulaukan oleh semua housemate. Yang paling sedih, Ann pun turut sama pulaukan dia.

Tiada sapa yang nak makan, borak-borak dan buat assignment dengan dia. Maka semua perkara dibuat sorang-sorang.

Sedih sangat katanya sebab dia hilang kawan-kawan, termasuk kawan baiknya.

Beberapa bulan juga dia tak boleh fokus dengan study sebab terlalu sedih. Dia asyik terfikir apa salah dia sampai diperlakukan sebegitu rupa.

Akhirnya, keluarlah dia dari rumah sewa tu dengan linangan air mata sebab tak sanggup dipulaukan lagi. Dia buat keputusan untuk pindah ke rumah baru.

Izin Allah, semua housemate baru dia sangat baik. Mereka selalu teman dia buat assignment, masak dan borak sama-sama.

Alhamdulillah, keputusan akademik dia semakin baik lepas tu.

Dia semakin fokus dan seronok sangat sebab dapat 6 orang kawan baru yang baik-baik semuanya.

Dan akhirnya dia grad dengan keputusan yang cemerlang.

Dia sangat syukur sebab Allah tarik seorang kawan baik, tapi Allah gantikan dengan 6 orang kawan-kawan yang lebih baik.

Kawan-kawan yang baik,

Ada masanya Allah tarik sesuatu rezeki untuk beri rezeki yang lebih besar.

Sepanjang ujian itu, bertabah dan yakinlah bahawa pasti ada sinar di hujung jalan jika kita sentiasa memilih jalan taqwa kepada Tuhan.

Kadang-kadang kita berdoa tapi kita tak nampak apakah doa kita akan dimakbulkan?

Sebenarnya, ada satu zikir yang digalakkan kita amalkan supaya Allah memberi kekuatan kepada kita dan mempercepatkan doa kita dimakbulkan.

Apakah zikir itu?

"YA ZAL JALALI WAL IKRAM"

Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang membawa maksud "Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan."

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini.

Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”

Maka inilah zikir yang patut menjadi zikir harian kita bermula daripada hari ini kan?

Belajar sesuatu?

Terus amalkan ya, dan #share ilmu ni. Moga bermanfaat dan menjadi pahala yang berpanjangan.


Ps: Nak belajar lebih cara lebih mudah untuk menjemput rezeki? Boleh baca nota di ruangan bawah.



 

Rabu, 13 Oktober 2021

AKU HAIRAN

Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa.

Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.

Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah S.W.T. tetapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.

Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi masih mengumpul harta kekayaan.

Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.

Aku hairan terhadap sikap orang yang kenal Alllah S.W.T tetapi dia masih mengingati selainNYA.

Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.

Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya.

Ini ada petikan daripada Kitab Fadhilat Amal.

Sebarkan dan sama-sama kita beramal.


#TipsRezeki
#55RahsiaRezeki

Klik:



 

Rabu, 6 Oktober 2021

ORANG YANG TAK RAJIN MEMBACA PUN SERONOK BACA BUKU DIGITAL NI

Orang yang tak rajin membaca pun seronok baca. Sampai berlinang air mata.

Jemput #share dengan kawan-kawan ya.

Moga menjadi sumber pahala yang berpanjangan.


#SebarkanKebaikan

Kat mana nak dapatkan buku digital ni?

Klik sekarang.




Rabu, 22 September 2021

ASBAB DAPAT REZEKI RM400,000

Salah seorang jutawan yang saya temui pernah beritahu saya yang dia pernah buat silap dengan mak kandungnya.  

Namun bila dia buat 4 perkara, rezeki mengalir tanpa henti!

Ketika itu beliau sibuk dengan kerjayanya sebagai perunding kewangan. Jumpa klien di sana sini sampai tiada masa untuk balik ziarah ibu di kampung.
 
Sedangkan mak kesunyian sebab ayah dah lama meninggal dunia.

Memang duit banyak ketika itu tetapi hati ada rasa tak tenang.  Bila tak tenang, duit tu tak memberi makna apa-apa sebab tak bahagia. 

Rupa-rupanya semua tu berlaku sebab mak kecil hati sebab dia jarang balik kampung.

Bila dia tahu itu puncanya, terus dia niat untuk berubah. Sanggup balik kampung dari KL ke Penang untuk minta maaf dengan mak. 

Mak dia memang happy lepas tu, macam-macam yang dia buat untuk maknya.

Apakah 4 perkara yang dia buat untuk emaknya, yang menjadi asbab dia dapat rezeki RM400,000 selepas itu?


#TipsRezeki
#SebarkanKebaikan

Baca di sini. Moga selepas ini rezeki kita juga mengalir tanpa henti selepas ini! 




Rabu, 15 September 2021

7 TIPS UNTUK ISTERI SUPAYA REZEKI MENGALIR TANPA HENTI

Minggu lepas kita bincang pasal 7 Tips suami. 

Hari ni kita share 7 tips untuk isteri pula, baru adil kan? 😁

  1. Pandang wajah suami dengan senyuman.  Ketika balik kerja, makan, lepas mandi, lepas solat, lepas bangun tidur, semuanya. Kunci rezeki suami pada ibunya, kunci rezeki isteri pada suami yang baik.
  2. Bila nak berbelanja, minta izin atau pandangan suami dulu baru beli. Memanglah itu duit kita.  Tapi redha Allah itu ada pada suami yang baik. 
  3. Bila suami bagi pandangan, diam dulu baru respon.  Elakkan bercakap tanpa berfikir panjang. Kena ingat kita wanita adalah makhluk emosi.  Kita bercakap dengan suami bukan untuk menang, tapi untuk memahami dan difahami.
  4. Maafkan suami bila dia melakukan kesilapan.  Usah panjang-panjangkan konflik.  Lagi cepat kita berdamai dengan diri sendiri, lagi cepat rezeki masuk dalam famili.
  5. Bila suami buat baik selepas berlakunya konflik, usah ungkit lagi kesilapannya. Itu cara suami minta maaf. Kita pun selalunya begitu juga. Berlapang dada dengan segera akan membahagiakan suami dan diri kita sendiri.
  6. Doakan suami dan keluarga sungguh-sungguh selepas solat. Memang ramai suami yang tak guna, namun ramai lagi suami yang berjasa. Buruk-buruk macamana pun suami kita, tentu ada kebaikan dia dalam hidup kita.
  7. Ingat formula ini.  Isteri ingin disayangi, suami ingin dihormati. Bila suami dan isteri saling memahami dan mengasihi, baru melimpah ruah rezeki.


Moga bermanfaat.

#SebarkanKebaikan

Nak belajar teknik mudah untuk jemput rezeki? 

Klik




Rabu, 8 September 2021

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI

Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer!
Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.

Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.

Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.

Pergi mencari rezeki dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. 

Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. 


Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!

Nak banyak lagi tips mudah menjemput rezeki? Klik di bawah sekarang ya.

Moga bermanfaat buat semua.

#SebarkanKebaikan 




Rabu, 1 September 2021

ADA TAK SEMESTINYA UNTUNG, TAK ADA TAK SEMESTINYA RUGI

"Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. 

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia. 

Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia. 

Tuhan hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. 

Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Tuhan hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima. 

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga."


Deep betul tulisan Bonda Nor tentang rezeki ni kan?

Terima kasih baca sampai habis. 

Komen "Done" bila korang berjaya baca sampai habis. Tahniahh!😍👍👍

Nak belajar lagi tentang rezeki? 

Klik link di bawah ya.

Selamat membaca kawan-kawan!

#TipsRezeki
#SebarkanKebaikan 




Rabu, 25 Ogos 2021

TIPS REZEKI MELIMPAH

DHUHA

Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

TAHAJJUD

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

AL-QURAN

Bangun pagi jangan buka handphone atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

ZIKIR

Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

SOLAT BERJEMAAH

Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

SILATURRAHIM

Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

BERSEDEKAH

Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

SOLAT AWAL WAKTU

Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

TAWAKAL DAN USAHA

Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

  • Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
  • Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
  • Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
  • Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

  1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
  2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

Kredit: Masyitoh Mansor


#islamituindah
#sebarkan

Nak rezeki lebih mudah lepas ni? Baca nota di bahagian bawah. Moga bermanfaat.




Rabu, 18 Ogos 2021

RUH TERGANTUNG DISEBABKAN HUTANG

Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat agar segera menunaikan hutang. Ia dibimbangi akan menyebabkan perhitungan amalan seseorang tidak akan selesai selagi hutangnya tidak diselesaikan. Sabda Rasulullah:

نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut diselesaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)

Apakah yang dimaksudkan dengan ruh tergantung? Menurut al-Imam al-Suyuti, ruh yang tergantung ini adalah ruh yang terkurung sehingga urusan hutangnya diselesaikan. Manakala al-Imam al-Iraqi pula berpandangan, ruh yang tergantung ini adalah:

أمرها موقوف، لا حكم لها بنجاة، ولا هلاك؛ حتى ينظر هل يقضى ما عليها من الدين

“Urusan (kehakiman terhadap) ruh tersebut ditangguhkan, tidak ditentukan samada berjaya atau binasa (kehidupan sesudah matinya) melainkan setelah diperhatikan urusan hutangnya.

Menurut al-Imam al-Syaukani pula, hadis ini adalah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kita dan para waris agar menyelesaikan segera urusan hutang si mati.

Dalam dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa sekalipun seseorang itu mendapat kedudukan syahid, semua dosanya boleh diampunkan melainkan bab hutang. Sabda Rasulullah:

يغفر الله للشهيد كل ذنب إلا الدين

“Allah mengampunkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh seorang yang mendapat mati syahid melainkan hutang.” (Sahih Muslim)

Malah Rasulullah mengajar kita agar sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita dalam perkara hutang. Maka amalkanlah doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Kredit: Dr Ahmad Sanusi Azmi


Sebarkan. Moga bermanfaat.

Nak #Rezeki melimpah ruah supaya dapat selesai hutang? Baca nota di bahagian bawah ya.



 

Rabu, 11 Ogos 2021

SETIAP ORANG MEMPUNYAI RAHSIA REZEKI DAN AMALAN YANG BERBEZA

Isu rezeki adalah isu semua orang.  Tetapi bukan semua orang benar-benar faham rahsia rezeki, keluasan rezeki dan amalan-amalan yang boleh menjemput rezeki.

Ada orang usaha sikit, rezekinya banyak.  Ada orang usaha banyak rezekinya sedikit.

Apa beza usaha mereka?  Persoalan ini mungkin pernah bersarang di minda kita semua.

Saya juga pernah terfikir tentang perkara ini.  Lalu saya melazimkan diri saya membaca banyak buku tentang rezeki.
  
Hasil kajian, penelitian dan pengalaman, lahirlah beberapa modul dan ebook tentang Rezeki.  

Antaranya ialah modul Formula Magnet Rezeki (Seminar Mastery Percaya Sebelum Berjaya) dan ebook Indahnya Limpahan Rezeki terbitan Attract Wealth.

Alhamdulillah, ramai pembaca dan peserta program kami telah berubah hidupnya sekarang.

Ada yang sakit, kemudian dibuang kerja.  Disebabkan tiada pendapatan, habis kereta kena tarik, rumah kena lelong. Sampai nak bunuh diri!

Namun bila dibimbing dan mempunyai ilmu yang betul tentang rezeki, akhirnya mereka berjaya keluar daripada situasi kewangan yang mencengkam.

Malah ada yang dah jadi jutawan pun sekarang, alhamdulillah!


Alhamdulillah, kerjaya saya sekarang membolehkan saya kenal dan berjumpa ramai jutawan dan orang-orang kaya di luar sana. Syukur sangat.

MasyaAllah, pengalaman berbual bersama mereka memang mengujakan.  Satu persatu rahsia rezeki mereka bongkarkan.
  
Uniknya, setiap orang mempunyai rahsia dan amalan yang berbeza.
 
Apakah amalan dan rahsia-rahsia itu?

Tuan Puan akan temuinya sepanjang pengembaraan membaca buku digital 55 RAHSIA REZEKI, insyaAllah.

Jom upgrade kewangan, ketenangan dan kebahagiaan kita sekarang.
  
Kalau bukan sekarang, bila lagi?  Kalau bukan kita, siapa lagi?

Moga usaha ini dapat membantu kita semua menjemput rezeki yang lebih banyak dengan cara yang lebih mudah.

#SebarkanKebaikan

Info ada di bawah ya. Klik sekarang kawan!