Memaparkan catatan dengan label Headline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Headline. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2022

SANGAT MUDAH UNTUK DAPAT SALES LEPAS BELAJAR UBAH AYAT HEADLINE

Ramai yang ada blog saya dapati beli ebook ni serta gunakan dalam headline mereka dan mudah berada dalam carian google yang paling awal.

Termasuk juga yang menjual barang secara online di FB. Mudah menarik perhatian pembaca.


Sangat mudah untuk buat. Kalau kata susah nak dapat sales sebelum ni, apa kata belajar ubah ayat headline dulu.

Pasti berbaloi dan tak rugi sebab sehingga hari ni, masih ramai yang beli tak pakai habis 105 headline pun dah ada hasil. 

Apa lagi, klik sini sebelum habis:




Selasa, 31 Mei 2022

KENAPA HEADLINE DALAM PENULISAN SANGAT PENTING?

Headline atau tajuk awalan cerita ni umpama magnet. Nak tarik pembaca untuk baca apa yang kita tulis atau nak sampaikan.

Kita kena buat bagi pembaca ni stop scroll dan klik apa yang kita post.

Nak buat tu nampak macam mudah.. tapi tak semudah tu kalau kita tak biasa menulis di facebook.

Nak jual kat media sosial ni pun bukan boleh main jual je barang.

Headline kena padu! 


Contoh: Nak jual kasut futsal. 

Bila post, jangan buat ayat macam, "Mai la beli kasut futsal dengan saya. Saya juai murah-murah."

Kalau nak best, boleh buat headline, "Kenapa kasut futsal saya ni selalu dirembat mak mertua pergi ke pasar?"

Jadi lepas tu buat intro menyatakan sebab apa mak mertua suka pakai kasut futsal ni. Sebab selesa, kaki tak sakit, rasa lembut dan ringan.

Tapi nak mudah buat headline, pakai je template dari Ebook 105 Template Headline Padu.

Mudah nak buat. Isi je tempat kosong dengan apa yang kita nak jual.

Beli sekarang sementara masih belum naik harga: 




Selasa, 24 Mei 2022

DAH TAK ADA IDEA LA NAK BUAT CHANNEL YOUTUBE APA!

Betul.. Memang ramai yang tepu tak tau nak buat Channel apa. Nak cakap depan kamera tapi malu. 

Tengok video mat saleh ni,  Crush Car Experiments. 

Dia pakai kereta dia lenyek barang dengan tayar! 

So dia rakam dan lenyek apa sahaja yang dia rasa nak lenyek. Lagu apa pun tak masukkan. 

Tu pun cecah view hingga puluh juta! 

Tak perlu bercakap.









Cuma kalau korang nak buat,  saya tak galakkan buat makanan dan benda hidup. 

Yang lain nak lenyek,  lenyek lah..  Rasa macam tak jumpa lagi orang buat dalam bahasa melayu. 

Bila dah dapat idea nak buat tu,  jangan lupa hasilkan tajuk youtube yang menarik untuk menarik penonton. 

Kalau tak,  sukar youtube nak bagi laluan. 

Bila belajar buat tajuk yang betul,  description yang mesra seo dan thumbnail yang memukau, baru lah video korang boleh jumpa. 

So,  dapatkan segera Ebook Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline disini: 




Selasa, 19 April 2022

KENAPA PERLU MALU JUAL BARANG DALAM WALL FACEBOOK SENDIRI?

Buat apa nak malu dengan apa yang kita jual. Kita jual dekat wall kita, bukan wall orang lain.

Ada orang beli, ke tak ada orang beli ke itu bukan kerja kita nak menggerakkan hati dia. Selagi kita usaha, pasti Allah bagi.

Yang penting dia baca dan tahu apa yang kita jual.

Kalau kita tak jual, tak buat marketing, tak buat promo setiap hari, macam mana kawan-kawan dan orang lain nak tahu?

Dia tak suka apa yang kita promote, dia boleh unfollow post kita. Itu hak dia.

Tapi kalau tak nak diorang unfollow atau unfriend kita, belajarlah cara yang sesuai jual barang difacebook dengan buat Story Selling!

Jangan direct post iklan macam tu saja.

Kita tulis dengan cara bercerita diFB dalam masa yang sama kita menjual.

Tak tahu nak buat? Dapatkan 176 Template Copywriting The Story Selling ni.





Klik sini untuk Ebook 105 Template Headline Padu: 




Selasa, 12 April 2022

LELAKI INI NEKAD UNTUK PASANG KAMERA RAKAM AKSI MAT REMPIT EKSIDEN

Disebabkan kawasan berbukit ni menjadi port Mat Rempit Taiwan tunjuk aksi dan sering berlaku eksiden, lelaki ni nekad untuk pasang kamera. 

Pemilik Channel Cyber Editing dari Taiwan ni hanya fokus video kepada eksiden dekat selekoh sahaja. 

Dia hanya merakam sikap mat rempit Taiwan yang Bahenol ambil lap dekat selekoh macam apa tah sebelum tergolek anjirr.. 

Dengan 341 video, Cyber Editing berjaya merekod setiap kemalangan dengan menggunakan gopro yang dipasang setiap sudut. 

Siap buat analisis lagi dan menjaga privasi orang yang tergolek tu. 







Ramai yang suka tengok macam mana eksiden berlaku rupanya. 

Jadi korang yang tak ada idea sangat dah nak buat Video Youtube tu boleh la rakam dekat mana orang selalu terbang atas jalan akibat kecuaian sendiri. 

Yang terjatuh sudah. Kalau mati jangan upload pulak. 

Nak belajar buat Tajuk Youtube menarik, thumbnail memukau dan Description yang betul untuk buat penonton klik? 

Dapatkan Ebook Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline di sini: 




Selasa, 15 Mac 2022

ADA 500 TEMPLATE HEADLINE NI LAGI SENANG NAK BUAT TAJUK COPYWRITING

“Uwerkkkk...” Terdengar bunyi seperti ada orang tengah muntah. Kalau 2 kali ‘uwerkk.. uwerkk..’ tu bunyi baby menangis.

“Ish.. Apahal pulak laki aku ni tetiba muntah? Aku salah masak ke tadi? Takde pulak aku basuh ayam pakai kaki. Kalau basuh pun sebelum ni aku pakai stokin..” kata Rosmah Harun yang risau akan suaminya sambil naik ke atas rumah.

“Abang.. Abang ok ke tu? Mabuk ke?” sambil menolak pintu jamban yang engselnya sangat memerlukan WD40 bagi hilang bunyi pintu bagai rumah puaka.

“Haishh.. Mana ada mabuk. Tak tahu lah.. Dah 2 jam abang duduk atas kerusi buat kerja.. Rasa pening terus rasa loya..” jelas suami Rosmah Harun iaitu Encik Nasiruddin Haikal.

“Abang buat kerja apa sampai pening? Duduk depan laptop je kot jual barang kat FB..”

“Abang tengah siapkan copywriting nak jual Kurma ni. Try nak buat headline sampai abang baca headline sendiri jadi pening..”kata suaminya.

“Meh saya baca headline yang abang buat.. ‘Lena diulik kurma’, ‘Di alam fana kurma’, Fantasia musim kurma’, ‘Memori daun kurma’, ‘Dalam diam aku mengkurmaimu’, ‘Di sana menanti di sini mengurma’, ‘Siapa yang merampas kurmamu’, ‘Kau kunci kurmaku di dalam hatimu.’

“Uwerkkkk...”Termuntah juga si Rosmah Harun membaca headline yang dihasilkan suaminya.

Abang ni pun satu hal.. Dah tahu tak reti buat bukan nak tanya saya untuk setelkan.

Ni abang pergi beli KITAB HEADLINE lagi senang abang nak buat tajuk copywriting abang jual kurma.

Dalam BUKU tu ada 500 Template Headline yang mudah abang nak buat nanti. Isi tempat kosong je dengan apa yang abang jual.

Dah tu siap ada 1000 contoh ayat headline lagi untuk abang buat rujukan untuk hasilkan headline dari template.


KITAB HEADLINE ni bukunya LIMITED EDITION abang..  Hanya cetak beberapa unit sahaja. Kalau habis ni, memang habis terus.

Baik abang cepat beli sebab abang akan dapat FREE BUKU KOLEKSI STORY SELLING. Ada 92 jenis story selling yang pernah dihasilkan untuk klien. Kos poslaju pun HQ tanggung sekali. Tak payah bayar.

Harap lepas ni abang tak muntah lagi. Kalau boleh lepas ni biarlah saya rasa loya dan muntah sebab mengandung bukan sebab pening nak buat headline. 

Nah link. Abang beli kat sini terus:




Selasa, 22 Februari 2022

KECEWA POST FACEBOOK TAK ADA LIKE!

Serius kecewa bila post kat fb haram tak ada sapa pun nak like!

Ramai saya tengok bila dia post, lepas 1 jam like dia sendu, dia delete post.

Dia rasa kecewa, rasa orang tak suka, rasa aiskrim dan sebagainya.

Bukan sebab post dia tak menarik saya baca tapi daya tarikan tak ada buat orang nak baca.

Headline atau ayat awalan perenggan pertama tak stim, tak ghairah.

Benda ni kena belajar bila rasa tak kena tiap kali post tak ada respon.

Sampai ke hari ini saya buat latihan Headline lepas saya belajar cara buat headline yang memukau.

Orang yang mengajar saya ni dia buat headline setiap hari lebih dari 200 headline hingga kini.

Dari latihan buat headline ni, dia jumpa beberapa perkara berkaitan perkataan, bahasa, emosi dan susun bagi dia 'Owhhh.. ni rupanya point penting kenapa orang klik dan baca.'


Bila kita post kat facebook, kita tak boleh sekadar menulis syoq sendiri. Kecuali tak nak orang like, komen dan share lah.

Kalau nak orang bagi respon, headline wajib ada elemen memukau mata.

Mana yang suka menulis dan nak tarik minat pembaca, korang perlu miliki ebook ini untuk belajar.

Stok tak banyak mana sebab rasa murah pulak jual. Bagi habis lepas tu jual harga Normal.

Baik grab cepat-cepat. Ini bukan ebook kosong tapi ebook ilmu sesuai dengan zaman sekarang dunia internet.

Klik sini gais:



 

Selasa, 15 Februari 2022

KORANG TAHU MASAK TAPI TAK TAU NAK BUAT VIDEO YOUTUBE MACAM MANA?

Channel Youtube Cik Dadida ni antara channel yang korang boleh follow cara dia buat video. 

Dia akan masak makanan tu ikut trend semasa. 

Dah la dalam video dok sorang-sorang,  masak sorang-sorang,  makan pun sorang-sorang. Apa ada hal kan.. 

Bahan yang dia guna pun mudah,  bekas nak masak pun simple saja. Rasanya dia rakam pakai phone saja ni. 

Dia buat video pun cakap dalam bahasa utara. Tak ada masalah pun sampai la dia dapat boleh dapat 120k subscriber. 

Video dia pun tak sampai 100 video. Baru 68. Baru-baru ni dapat sesuatu dari Youtube. Maybe plat Silver. 









Cara dia buat headline atau tajuk tu betul. Terus sampai keyword dia. Thumbnail dia pun simple dan jelas mata memandang. 

Description yang dia masukkan pun jelas dan mesra SEO. Lengkap. 

Korang follow saja cara dia. 

Korang juga boleh belajar cara nak buat tajuk menarik,  description menarik dan thumbnail menarik dengan belajar dari ebook ni. 

Dapatkan ebook ni untuk belajar buat lebih ramai tonton video youtube anda:




Sabar, konsisten dan kekal dalam 1 niche.
 

Selasa, 8 Februari 2022

INILAH CARANYA ANDA BOLEH BUAT PELBAGAI JENIS HEADLINE COPYWRITING ANDA DENGAN 500 TEMPLATE HEADLINE TANPA ANDA PERLU KELUAR DUIT SESEN PUN!

Boleh ke Template Headline dalam KITAB HEADLINE nak dijadikan headline takaful,  headline promote web cari jodoh dan headline jual mesin air?
 
Dalam KITAB HEADLINE ada 500 Template Headline yang boleh digunakan dengan mudah. 

Saya ambil salah satu contoh template yang ada dalam Kitab Headline.

"Inilah caranya anda boleh____anda____ tanpa anda perlu keluar duit sesen pun!"

Contoh takaful:

Inilah caranya anda boleh selamatkan keluarga anda dengan perlindungan takaful vvip tanpa anda perlu keluar duit sesen pun! 

Contoh jodoh:

Inilah caranya anda boleh mendapat isteri anda yang sesuai dan cantik tanpa anda perlu keluar duit sesen pun! 

Contoh mesin air:

Inilah caranya anda boleh minum air bersih lagi memberi tenaga anda sepanjang hari tanpa anda perlu keluar duit sesen pun! 

Headline begini buat orang tertanya-tanya nak tahu. 

Selepas buat headline, pastikan masukkan intro supaya tak tergantung.  Kemudian masukkan tips/info/cara-cara bagaimana dan call to action. 

Dari 1 headline sahaja dah boleh buat pelbagai jenis headline produk atau service untuk sedapkan copywriting. 

Bayangkan ada 500 Template Headline. Memang tak kering idea sampai ada cucu. Haha. 

Buku ni penulisnya keluarkan terhad sahaja. Limited Edition. 


Kalau habis mungkin tak ada cetakan baru. Itu yang saya tau. Penulis ni biasanya dia hasilkan ebook sahaja. Ni buku fizikal. 

Yang mana beli tu memang bertuah dan untung sebab mudah nak jadikan rujukan pada masa akan datang. 

Beli Kitab Headline PERCUMA satu lagi buku yang sangat menarik iaitu Buku 92 Koleksi Story Selling dan Kos poslaju HQ tanggung. 

Dapatkan di sini sebelum habis:




Selasa, 25 Januari 2022

TAU TAK YANG FACEBOOK HANYA BAGI NAMPAK 2-3 BARIS PERKATAAN SAHAJA DEKAT NEWS FEED?

Ha, korang mesti tak perasan punya. Tu lah benda baru yang Facebook dah ubah.

Bila korang buat Iklan di FB, orang akan nampak 3 baris ayat yang awal sahaja.

Jadi 3 baris atas sahaja boleh baca, dah tentu lah HEADLINE.

Nak tak nak, sekarang ni Headline wajib kena bagi power untuk tarik perhatian.

Kalau tulis headline biasa-biasa sahaja kemudian awal-awal orang baca pun tak ada tarikan, memang rugi buat iklan.


Nak selesaikan masalah headline korang tu, aku rekemen sangat-sangat korang dapatkan Ebook 105 Template Headline Padu ni.

Bukan setakat template headline, siap ajar lagi step by step cara hasilkan headline dengan mudah dan power!

5 ke 10 headlline slamber je nak buat dan siap. Sebab apa? Isi tempat kosong sahaja dengan apa yang korang jual tu.

Klik link ni dan cepat ambil peluang sebelum penulis ebook ni naikkan harga.




P/s: Siapa cepat dapat harga murah dan dapat Ebook Bonus Call To Action tau!
 

Selasa, 18 Januari 2022

SIAPA YANG DAH BUAT VIDEO BANYAK DALAM YOUTUBE TAPI MASIH TAK BANYAK VIEWS DAN SUBSCRIBER?

Ketika kita sibuk nak buat video youtube jelajah sana sini memburu makanan, sorang Uncle cina ni rileks je buat video makanan kebanyakkan hanya di Penang. 

Uncle Hock Chai yang ada 20k subscriber ni aku perhatikan video dia rakam ni tak edit sangat. Ada la sikit-sikit sekarang ni. 

Kerja dia rakam video gerai ditepi jalan dan kedai makan yang ada di Penang hanya dalam 1-15 minit sahaja. 

Dia rakam start berjalan, dia order,  orang masak sampai la dia bungkus dan makan. 

Dia tak peduli gerai atau kedai cina ke,  kedai melayu ke, kedai india ke yang menjual, semua dia rakam. 

Lebih 500 video dia upload. 








Apa yang aku nak bagitau disini adalah supaya follow cara dia kalau korang jenis malu depan kamera dan tak pandai cakap. 

Sekeliling korang banyak sangat kedai makan, gerai tepi jalan dan apa sahaja yang boleh korang rakam. 

Peniaga tak marah sebab bagi diorang ini membantu perniagaan diorang juga. Bagitau saja nak masukkan dalam youtube. 

Uncle ni sangat konsisten upload, menghasilkan tajuk youtube mesra SEO dan thumbnail yang buat orang nak klik. 

Ni antara punca kenapa video dia korang akan jumpa walaupun search 'mee goreng'. 

Untuk belajar buat tajuk video youtube memukau penonton supaya klik, cara buat thumbnail menarik dan hasilkan description yang buat bila search jumpa,  korang kena dapatkan ebook ni.

Klik sini: 




Ingat, untuk mula buat youtube, jangan buat sebab duit tapi berkongsi dahulu. Kalau buat kerana nak duit, korang akan cepat give up.
 

Selasa, 11 Januari 2022

500 TEMPLATE HEADLINE POWER MUDAHKAN KERJA BUAT TAJUK IKLAN

Masa PKP yang mula-mula hari tu, ramai yang hilang kerja dan terus ikhtiar berniaga online walaupun tak ada ilmu.

Ye lah.. Takkan nak tunggu bantuan setiap masa. Kena ada exit plan walaupun sebelum ni makan gaji.

Disebabkan terpaksa terjun macam tu, saya tengok iklan yang dibuat memang sedikit kurang menarik.

Gambar dah ok tapi tajuk iklan tu yang sedikit kurang.

Dia macam kita baca surat khabar. Biasanya tajuk berita yang menarik tu yang buat kita nak baca sampai habis.

Jadi sama macam kita buat iklan dekat Facebook ni.


Tajuk atau headline tu penting untuk buat orang berhenti dan klik apa yang kita jual.

Yang mana nak mudahkan kerja buat headline atau tajuk iklan tu, better korang dapatkan Buku ni dari orang pengalaman copywriting, Hafiz Mansor.

KITAB HEADLINE nama bukunya!

Ada 500 jenis Template Headline dan 1000 jenis contoh ayat Headline untuk korang mudah nak hasilkan tajuk iklan.

Bukan template je, dalam tu siap di ajar step by step lagi nak hasilkan tajuk.

Sekarang ni dia tengah buat promosi dimana beli Kitab Headline, PERCUMA 1 buku lagi iaitu Buku Koleksi Story Selling. Kos poslaju pun dia tolong bayarkan sekali.

Baik dapatkan sekarang sebelum habis. Terhad sahaja dia print buku ni. Cepat dapatkan hari ni:




Selasa, 21 Disember 2021

NENEK BERUSIA 90 TAHUN DIROGOL PRAMUGARA

Bila korang beli surat khabar dan buka sahaja, tetiba nampak tajuk diatas.

Aku pasti korang akan berhenti dan baca sampai habis. Sebab nak tahu macam mana pula pramugara kacak tu boleh berselera.

Kalau tajuk berita tu ‘NENEK MATI LEMAS DI KOLAM HOTEL AKIBAT GOUT SECARA TIBA-TIBA SELEPAS BUAT KUAK LENTANG’.

Kalau yang ni aku yakin korang jadi malas nak baca sebab dah explain punca mati nenek tu.


Sebab tu lah dalam suratkhabar headline sangat penting. Apatah lagi posting di facebook dan buat iklan FBads.

Apakata kali ni belajar buat Headline Padu dan Power dengan Ebook 105 Template Headline Padu!

Pastinya headline akan lebih mantap lepas ni sebab semuanya telah tersedia. Isi tempat kosong saja dengan ayat yang kita nak atau jual.

Beli sekarang dan akan dapat Bonus 1 lagi Ebook 51 Template Call To Action (CTA). Kalau lambat, terlepas. Klik sini: