Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan

Khamis, 11 November 2021

SEMINAR KEWANGAN FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT RELOADED ONLINE (13 - 14 NOVEMBER 2021)

Pernahkah anda menghadapi situasi kewangan seperti berikut?

  • Tiada simpanan kecemasan.
  • Tak boleh menyimpan secara tetap setiap bulan.
  • Stres dengan hutang yang membebankan.
  • Tersalah beli kereta melebihi kemampuan sebenar.
  • Tidak mempunyai aset dan harta.
  • Tertekan dengan bil hospital.
  • Tak tahu macam mana nak mula melabur.
  • Pening nak pilih pelaburan apa.
  • Tiada tabung pendidikan anak.
  • Tiada tabung persaraan.
  • Tak faham pengiraan zakat.
  • Tak reti nak buat kiraan cukai sendiri.
  • Masalah harta pusaka yang tak selesai.
  • Tak faham faraid.

Situasi-situasi kewangan ini selalunya mengundang stres dan tekanan, hidup rasa serba tak kena.

Solusinya?

Urus dan rancang kewangan anda secara menyeluruh sebaiknya.

Pelajari cara urus dan rancang kewangan anda secara komprehensif melalui seminar online selama 2 hari!!




SEMINAR FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT RELOADED (FFBR) 2021

Tarikh : 13 - 14 NOVEMBER 2021 

Masa : 9.00 AM - 5.00 PM

Belajar dan praktik sendiri sepenuhnya. 



 

Khamis, 1 Julai 2021

WEBINAR WEALTH MASTERY

“MUSIM PKP PUN DUIT GAJI HABIS, BUKAN PERGI MANA PUN. GAJI TETAP JALAN MACAM BIASA TAPI KENAPA SIMPANAN MAKIN BERKURANG? MANA PERGI DUIT GAJI SAYA SELAMA INI?”

Saya percaya ramai yang pernah berada dalam situasi ini. Walaupun masih mempunyai kerja yang tetap ketika musim covid ini, masih lagi tertanya-tanya  mengapa gaji tak pernah cukup. Bukan pergi mana pun musim PKP ni?

Tahukah anda, mengikut statistik bagi mereka yang mempunyai gaji tetap, sebanyak 82.7% mempunyai simpanan kecemasan yang mampu bertahan selama 2 BULAN sahaja!

YA!
2 BULAN SAHAJA!

Jom semak dahulu adakah anda sudah berada di tahap kewangan yang pertama, Financial Efficiency?

A) Aliran Tunai Bulanan positif
B) Lebihan 10% dari gaji
C) Simpanan kecemasan minima 3 bulan perbelanjaan
D) Nilai aset bersih positif, ideal wealth ratio 1:2

Sekiranya anda belum ada empat kriteria ini, sekarang lah masanya untuk anda capai!


Jom sertai Webinar “Wealth Mastery”!

Webinar ini akan kongsikan tips untuk anda:

1. Analisa kewangan anda dengan teknik yang mudah
2. Kenal pasti tahap kewangan anda sekarang
3. Bagaimana untuk adakan pengganti diri di waktu kecemasan
4. Merancang perbelanjaan dengan betul
5. Bagaimana merancang portfolio pelaburan untuk “beginner”

Tarikh: 3 Julai 2021 (Sabtu)

Masa: 9 pagi -12 tengahari

Platform: Zoom

Jom sertai Webinar Wealth Mastery hanya dari rumah anda. Sementara “lockdown” ini apa kata kita tambah lagi ilmu kewangan kita. Jom bersama sama kita capai tahap Financial Freedom. Jangan biarkan diri anda termasuk dalam statistik di atas.

JUMPA NANTI!




Rabu, 31 Mac 2021

PANDUAN PENILAIAN DANA UNIT TRUST

Setiap jenis pelaburan ada kos dan risiko tersendiri termasuk juga pelaburan unit trust. Bila melabur unit trust secara tak langsung melabur juga ke bursa saham. Cuma bila melabur unit trust ni hanya beli unit sahaja, tiada pegangan dalam saham. Hanya perlu pilih dana yang tersedia ada, tak perlu nak pilih kaunter mana nak melabur.

Antara cara nak buat penilaian terhadap dana-dana unit trust adalah melalui laman sesawang berikut:

  • Bloomberg
  • i-Akaun
  • Lipper Leaders
  • Morningstar

Bloomberg

Melalui laman sesawang Bloomberg, pengguna atau pelabur dapat menilai prestasi dana untuk tempoh YTD, 3 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.

Pengguna atau pelabur juga boleh mendapatkan maklumat dana melalui laman sesawang Bloomberg ni seperti jenis dana, nilai aset bersih seunit, status dana patuh syariah atau konvensional, saiz dana, pengagihan pendapatan, kos yuran dan objektif dana.

Bloomberg boleh dilayari melalui https://www.bloomberg.com/asia

i-Akaun

Melalui laman sesawang i-Akaun, pengguna atau pelabur dapat memilih untuk menilai prestasi dana secara kumulatif, tahunan atau mengikut tahun kalendar.

Jika memilih prestasi kumulatif, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi dana untuk tempoh YTD, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun dan volatiliti dana.

Jika memilih prestasi tahunan, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi dana untuk tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun, volatiliti dana dan kadar pulangan konsitensi dana.

Jika memilih prestasi tahun kalendar, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan tahunan dana untuk tempoh 5 tahun.

Pengguna atau pelabur juga boleh mendapatkan maklumat dana melalui laman sesawang i-Akaun ni seperti nilai aset bersih seunit, status dana patuh syariah atau konvensional, saiz dana, sejarah pengagihan pendapatan, pelaburan awal minimum, pelaburan minimum seterusnya dan dokumen dana.  

i-Akaun boleh dilayari melalui https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Lipper Leaders

Melalui laman sesawang Lipper Leaders, pengguna atau pelabur dapat menilai prestasi dana dari segi ratings jumlah pulangan (total return), pulangan yang konsisten (consistent return) dan pemeliharaan (preservation). Ratings ni sebagai panduan kepada pengguna atau pelabur memilih dana yang sesuai dengan risiko profil. Ratings yang diberikan adalah dari 1 paling rendah hingga 5 paling tinggi. 

Total return adalah jumlah pulangan pelaburan dana dari awal dipasarkan hingga tarikh terkini. Ratings 5 paling tinggi menunjukkan dana memberikan pulangan lebih tinggi berbanding ratings yang lebih rendah.

Consistent return adalah pulangan secara konsisten dana dari awal dipasarkan hingga tarikh terkini. Ratings 5 paling tinggi menunjukkan dana memberikan pulangan secara konsisten setiap tahun berbanding ratings yang lebih rendah.

Preservation adalah penilaian terhadap dana yang mampu memberikan pulangan yang baik ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ratings 5 paling tinggi menunjukkan dana mampu memberikan pulangan yang baik ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu berbanding ratings yang lebih rendah.

Lipper Leaders boleh dilayari melalui http://www.lipperleaders.com

Morningstar

Melalui laman sesawang Morningstar, pengguna atau pelabur dapat memilih untuk menilai prestasi dana secara akhir hari, akhir bulan atau akhir suku.

Jika memilih akhir hari, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan dana untuk tempoh 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan, YTD, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sejak awal.

Jika memilih akhir bulan, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan dana untuk tempoh 1 bulan, 3 bulan, YTD, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sejak awal.

Jika memilih prestasi akhir suku, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan dana untuk tempoh 1 bulan, 3 bulan, YTD, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sejak awal.

Pengguna atau pelabur juga boleh mendapatkan maklumat dana melalui laman sesawang Morningstar ni seperti harga tutup terakhir, jenis dana, penilaian penganalisis Morningstar, penilaian Morningstar, kos yuran, portfolio dan risiko.

Morningstar boleh dilayari melalui https://my.morningstar.com/my/

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 24 Mac 2021

PANDUAN PELABURAN UNIT TRUST

Apakah itu unit trust?


Unit trust ni adalah suatu bentuk pelaburan terkumpul di mana pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama melaburkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh syarikat pengurusan unit trust.

Setiap dana akan dilaburkan ke pelbagai portfolio dan aset lain yang akan diuruskan oleh pengurus dana profesional.


Kelebihan melabur unit trust

1. Kepelbagaian

Melabur dalam pelbagai saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Melabur dalam pelbagai sektor.

2. Cara mudah untuk membeli dan menjual

Mudah tunai.
Mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana profesional.

4. Modal pelaburan

Modal rendah.
Minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus (lump sum).
Ada juga UTMC yang modal untuk melabur minimum RM 500 atau RM 100 sahaja.
UTMC adalah singkatan kepada Unit Trust Management Company


Kekurangan melabur unit trust

1. Risiko

Setiap pelaburan ada risiko termasuk unit trust.

2. Kehilangan kawalan

Pelabur tiada hak untuk menentukan bagaimana pelaburan mereka dilaburkan.
Portfolio pelaburan pelabur diuruskan oleh pengurus dana profesional.

3. Yuran dan bayaran

Ada caj yang dikenakan bila memilih untuk melabur dalam unit trust.

4. Kos melepas

Pelabur mungkin terlepas peluang melabur ke tempat lain.


Jenis-jenis dana unit trust

1. Dana Ekuiti

Sebahagian besar daripada pelaburan akan dilaburkan dalam saham tersenarai.
Prestasi dana bergantung kepada naik turun prestasi saham.
Ada pelbagai jenis dana bergantung kepada corak pelaburan dan sektor.
Sifat dana berisiko tinggi hingga sangat berisiko tinggi.
Purata pulangan tahunan antara 8% hingga 10% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.
Berisiko juga mendapat pulangan negatif.

2. Dana Aset Campuran/Seimbang

Dana ni adalah gabungan antara dana ekuiti dan dana bon/sukuk/pendapatan tetap/pasaran wang.
Risiko lebih rendah berbanding melabur dalam dana kategori ekuiti.
Sifat dana berisiko sederhana hingga berisiko tinggi.
Purata pulangan tahunan antara 6% hingga 8% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.
Berisiko juga mendapat pulangan negatif.

3. Dana Bon/Sukuk/Pendapatan Tetap

Dana ni dilaburkan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat dan instrumen hutang.
Sifat dana berisiko rendah hingga berisiko sederhana.
Purata pulangan tahunan antara 4% hingga 6% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.

4. Dana Pasaran Wang

Dana ni melabur dalam pelaburan yang berisiko rendah tapi mempunyai kecairan yang tinggi.
Sifat dana sangat berisiko rendah hingga beriko rendah.
Purata pulangan tahunan antara 2% hingga 3% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.


Bagaimanakah cara nak melabur dalam unit trust?

Ada 3 cara nak melabur dalam unit trust.

1. Melabur cara sekaligus (lump sum)

Minimum pelaburan RM 1,000.
Ada juga UTMC yang modal untuk melabur minimum RM 500 atau RM 100 sahaja.
Setiap UTMC berbeza amaun minimum untuk melabur.

2. Melabur cara simpanan berkala (regular saving)

Melabur secara bulanan melalui potongan autodebit minimum RM 100.
Setiap UTMC berbeza amaun minimum untuk melabur.

3. Melabur melalui akaun 1 KWSP/EPF

Melabur setiap 3 bulan. Minimum pelaburan RM 1,000. Ada syarat-syarat tertentu.


Sekarang ni ada lebih 30 senarai syarikat pengurusan unit trust di Malaysia. Boleh layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia) di https://sc.com.my


Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 17 Mac 2021

KOS DAN RISIKO DALAM SESUATU PELABURAN

Bila sebut sahaja pasal pelaburan tidak boleh lari daripada pekara berikut:

  • Kos
  • Risiko

Setiap instrumen pelaburan ada kos dan risiko tersendiri.

Unit Trust

Kos

Kos kemasukan setiap kali melabur. Caj jualan (sales charge) dan SST secara purata 6%.
Kos tahunan. Management fees dan trustee fees secara purata 1%.

Risiko

Risiko harga jatuh sehingga 30% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.

Saham

Kos

RM 10 untuk buka akaun CDS.
Kos transaksi untuk jual beli saham. Brokerage fees, clearing fees dan SST secara purata antara 1% hingga 2%.

Risiko

Risiko harga jatuh sehingga 50% dalam masa sehari bergantung jenis kaunter yang dipilih.
Kaunter tidak tersenarai (unlisted).

Emas

Kos

Kos spread emas secara purata antara 5% hingga 30% bergantung kepada jenis emas dan syarikat.

Risiko

Risiko harga emas naik turun sehingga 10% setahun.
Emas hilang.
Emas palsu.

Hartanah

Kos

Kos deposit secara purata antara 5% hingga 10%.
Kos guaman, SNP dan lain-lain secara purata 5% hingga 10%.
Kos pengubahsuaian (renovation) secara purata 5% hingga 20% bergantung kepada keadaan rumah.

Risiko

Risiko projek perumahan terbengkalai jika pelaburan hartanah dalam pembinaan (under construction).
Risiko tiada penyewa jika pelaburan hartanah untuk disewa.
Risiko karenah penyewa.

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 10 Mac 2021

PERBEZAAN ANTARA SIMPANAN DAN PELABURAN

Sebelum merancang nak melabur buat simpanan dulu.

Ada beza ke?

Ya ada beza.

Instrumen simpanan mestilah ada ciri-ciri berikut:

  • Tiada caj
  • Tiada risiko
  • Mudah cair

Setiap pelaburan mestilah ada perkara berikut:

  • Ada kos
  • Ada risiko

Tujuan buat simpanan supaya ada back up sekiranya berlakunya sesuatu musibah yang tak diingini seperti dibuang kerja, kenderaan rosak, paip rumah bocor dan lain-lain kes kecemasan yang tak dingini berlaku.

Bagi yang bekerja makan gaji, buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hingga 6 bulan gaji.

Bagi yang bekerja sendiri atau berniaga, buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan pendapatan.

Setelah dah cukup simpanan, boleh mula merancang untuk melabur pula. Dekat mana nak melabur? Untuk permulaan boleh pilih pelaburan tunai seperti saham atau unit trust dulu. Keuntungan daripada pelaburan tunai boleh dijadikan modal untuk pelaburan hartanah pula.

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 3 Mac 2021

DEKAT MANA NAK MULAKAN PELABURAN PERTAMA?

Dah ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk 3 atau 6 bulan gaji?

Kalau dah ada Alhamdulillah.

Dah ada pelan untuk lindung gaji atau pendapatan?

Kalau dah ada Alhamdulillah.

Dalam pengurusan kewangan sebelum nak melabur dekat mana-mana instrumen sila pastikan aliran tunai (cashflow) adalah positif.

Macam mana nak kira?

Formula Aliran Tunai (Cashflow):

Gaji/Pendapatan - Perbelanjaan = Baki/Lebihan

Kira tengok aliran tunai positif atau negatif?

Jika baki atau lebihan adalah negatif, ini bermakna telah berbelanja melebihi pendapatan. Pilihan yang ada sama ada kena kurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan supaya baki atau lebihan aliran tunai menjadi positif. Mana lagi mudah? Kurangkan belanja? Tambah pendapatan?

Jika baki atau lebihan adalah positif, dah boleh merancang untuk melabur dekat mana-mana instrumen. Tapi jangan terus melabur selagi tidak merancang simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk 3 atau 6 bulan gaji dan pelan perlindungan gaji.

Nak mudah, daripada 100% gaji atau pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan Isi Rumah
  • 30% Pembayaran Hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain

30% lebihan daripada gaji atau pendapatan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan

Contoh

Gaji atau pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindugan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

Boleh juga mulakan dengan gabungkan 10% simpanan dan 10% pelaburan menjadi 20% simpanan daripada gaji atau pendapatan supaya matlamat untuk cipta tabung simpanan kecemasan tercapai lebih cepat. Jangan mula melabur selagi matlamat simpanan kecemasan belum tercapai.

Setelah tercapai matlamat simpanan kecemasan, peruntukkan 20% untuk simpanan tadi boleh dijadikan peruntukkan untuk pelaburan pula. Dekat mana nak melabur? Untuk permulaan boleh pilih pelaburan tunai seperti saham atau unit trust dulu. Keuntungan daripada pelaburan tunai boleh dijadikan modal untuk pelaburan hartanah pula.

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 24 Februari 2021

ADAKAH JUMLAH PERLINDUNGAN MEDICAL CARD / KAD PERUBATAN MENCUKUPI?

Tujuan utama medical card atau kad perubatan adalah untuk membayar bil-bil hospital. Maka bila ada medical card ni tak perlulah nak gadai segala aset-aset yang sedia ada atau keluarkan simpanan untuk tanggung kos hospital.

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada. Medical card akan tampung segala kos hospital tanpa perlu keluarkan simpanan bank, jual tanah, jual rumah, jual kenderaan, keluarkan ASB, Tabung Haji atau KWSP dan sebagainya.

Sebab tu sebelum nak ambil medical card, sila pastikan jumlah perlindungan mencukupi? Semak dulu perkara berikut sebelum nak ambil medical card:

  • Bilik Hospital Dan Makanan (Hospital Room And Board)
  • Had Tahunan (Annual Limit)
  • Had Seumur Hidup (Lifetime Limit)

Bilik Hospital Dan Makanan

Buat masa sekarang sekurang-kurangnya minimum RM 200 sehari. Jika berkemampuan ambil jumlah bilik yang lebih tinggi supaya dapat tampung kos hospital di masa akan datang yang semakin meningkat.

Had Tahunan

Buat masa sekarang sekurang-kurangnya RM 100,000 setahun. Jika berkemampuan ambil jumlah had tahunan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya RM 1 juta setahun supaya dapat tampung kos hospital di masa akan datang yang semakin meningkat.

Had Seumur Hidup

Buat masa sekarang sekurang-kurangnya RM 1 juta. Beri keutamaan kepada jumlah had tahunan medical card supaya dapat tampung kos hospital di masa akan datang yang semakin meningkat.

Semak balik cukup tak jumlah perlindungan medical card?

Medical card ni hanya sekadar alat untuk membayar bil-bil hospital sahaja sebenarnya.

Jika mampu sangat disarankan untuk ambil medical card ni. Kos perubatan di negara Malaysia pun semakin meningkat sekarang ni.

Jika tak mampu ambil pelan perlindungan gaji atau pendapatan dulu. Lindung gaji atau pendapatan tu dulu sebelum ambil medical card.

3 fungsi utama takaful:

  • Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
  • Pengekalan Aset (Asset Preservation)
  • Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)

Perlindungan Pendapatan

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.

Pengekalan Aset

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.

Penyelesaian Hutang

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.

Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 17 Februari 2021

MEDICAL CARD RIDER ATAU MEDICAL CARD STANDALONE?

Dah ada medical card?

Pakai medical card jenis apa?

Ada dua jenis medical card atau kad perubatan dekat pasaran.

  • Medical Card Rider
  • Medical Card Standalone

Ada beza ke?

Ya, ada beza.

Medical Card Rider

Medical card rider ni di ambil bersama pelan asas (basic plan).

Kelebihan

  • Ada manfaat kematian (death) dan hilang upaya kekal menyeluruh (total permanent disability).
  • Boleh diambil bersama manfaat perlindungan lain seperti penyakit kritikal (critical illness), kemalangan (accident) dan lain-lain.
  • Ada nilai tunai (cash value).
  • Medical card tidak akan tamat dengan mudah jika terlepas pandang terlewat membayar caruman selagi nilai tunai masih ada.

Kekurangan

  • Harga caruman sedikit mahal berbanding dengan medical card standalone.
  • Medical card akan tamat jika pelan asas tamat.

Medical Card Standalone

Medical card standalone tidak perlu di ambil bersama pelan asas.

Kelebihan

  • Harga caruman sedikit murah berbanding dengan medical card rider.
  • Boleh diambil berasingan.

Kekurangan

  • Tiada manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh.
  • Tidak boleh diambil bersama manfaat perlindungan lain seperti penyakit kritikal, kemalangan dan lain-lain.
  • Tiada nilai tunai.
  • Medical card akan tamat dengan mudah jika terlepas pandang terlewat membayar caruman.

Medical card ni hanya sekadar alat untuk membayar bil-bil hospital sahaja sebenarnya.

Jika mampu sangat disarankan untuk ambil medical card ni. Kos perubatan di negara Malaysia pun semakin meningkat sekarang ni.

Jika tak mampu ambil pelan perlindungan gaji atau pendapatan dulu. Lindung gaji atau pendapatan tu dulu sebelum ambil medical card.

3 fungsi utama takaful:

  • Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
  • Pengekalan Aset (Asset Preservation)
  • Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)

Perlindungan Pendapatan

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.

Pengekalan Aset

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.

Penyelesaian Hutang

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.

Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 10 Februari 2021

DAH LINDUNG GAJI / PENDAPATAN BELUM?

Kita bekerja atau berniaga tak lain tak bukan untuk mendapatkan gaji atau pendapatan. Dengan gaji atau pendapatan hasil daripada pekerjaan atau pendapatan itu lah digunakan untuk perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang dan sebagainya. Pernah terfikir tak andai tak boleh lagi bekerja atau berniaga?

Bencana kewangan (financial disaster) akan terjadi dalam kehidupan seseorang jika berlaku salah satu daripada perkara berikut:

  • Kematian (Death)
  • Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Total Permanent Disability)
  • Penyakit kritikal (Critical Illness)

Jika berlaku kematian, hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal secara tak langsung gaji atau pendapatan pun akan turut sama terhenti.

Jika selama ini hanya suami sahaja yang bekerja atau berniaga, bencana kewangan akan terjadi bila suami sudah tiada. Jika berlaku kematian misalnya, isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu juga meneruskan kehidupan. Segala perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang dan sebagainya siapa yang nak tanggung bila suami sudah tiada?

Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal, secara langsung tak dapat lagi nak bekerja atau berniaga. Segala perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang dan sebagainya siapa nak tanggung bila tiada gaji atau pendapatan?

Di sini peranannya perlindungan kewangan. Takaful berperanan sebagai pelan perlindungan gaji (income protection plan) atau pelan penggantian gaji (income replacement plan).

Ada dua cara untuk merancang pelan perlindungan gaji atau pelan penggantian gaji.

  • Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)
  • Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)

Melalui cara pencairan modal ni dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 10 tahun.

Contoh

Andaikan gaji atau pendapatan sebulan adalah RM 5,000. Maka jumlah pampasan perlindungan yang diperlukan adalah RM 600,000.

Gaji sebulan = RM 5,000
Gaji setahun = RM 60,000

Formula:

Gaji @ Pendapatan setahun x n tahun

RM 60,000 x 10 tahun = RM 600,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 600,000 dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 10 tahun sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Formula:
 
Pampasan perlindungan/n tahun
 
RM 600,000/10 tahun = RM 60,000

Tahun 1 = RM 60,000
Tahun 2 = RM 60,000
Tahun 3 = RM 60,000
Tahun 4 = RM 60,000
Tahun 5 = RM 60,000
Tahun 6 = RM 60,000
Tahun 7 = RM 60,000
Tahun 8 = RM 60,000
Tahun 9 = RM 60,000
Tahun 10 = RM 60,000

Kaedah cara pencairan modal ni juga digunakan untuk kes-kes penyakit kritikal, dengan jumlah pampasan perlindungan untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Contoh

Andaikan gaji atau pendapatan sebulan adalah RM 5,000. Maka jumlah pampasan perlindungan yang diperlukan adalah antara RM 180,000 hingga RM 300,000.

Gaji sebulan = RM 5,000
Gaji setahun = RM 60,000

Formula:

Gaji @ pendapatan setahun x n tahun

RM 60,000 x 3 tahun = RM 180,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 180,000 dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 3 tahun sekiranya berlaku kes-kes penyakit kritikal.

RM 60,000 x 5 tahun = RM 300,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 300,000 dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 5 tahun sekiranya berlaku kes-kes penyakit kritikal.

Formula:

Pampasan perlindungan/n tahun

RM 180,000/3 tahun = RM 60,000

Tahun 1 = RM 60,000
Tahun 2 = RM 60,000
Tahun 3 = RM 60,000

RM 300,000/5 tahun = RM 60,000

Tahun 1 = RM 60,000
Tahun 2 = RM 60,000
Tahun 3 = RM 60,000
Tahun 4 = RM 60,000
Tahun 5 = RM 60,000

Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Melalui cara pengekalan modal dapat menggantikan gaji atau pendapatan secara berterusan.

Contoh

Andaikan gaji atau pendapatan sebulan adalah RM 5,000. Maka jumlah pampasan perlindungan yang diperlukan adalah RM 1,060,000.

Gaji sebulan = RM 5,000
Gaji setahun = RM 60,000

Formula:

(Gaji @ pendapatan setahun/6%) + Gaji @ pendapatan setahun

(RM 60,000/6%) + RM 60,000
RM 1,000,000 + RM 60,000 = RM 1,060,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 60,000 dapat menggantikan gaji atau pendapatan untuk tahun pertama sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Baki jumlah pampasan perlindungan RM 1,000,000 dapat menggantikan gaji atau pendapatan secara berterusan jika di simpan atau di laburkan ke Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH) yang berpotensi memberikan anggaran purata kadar pulangan setahun 6%.

Formula:

Baki pampasan perlindungan x 6%

RM 1,000,000 x 6% = RM 60,000

3 fungsi utama takaful:

  • Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
  • Pengekalan Aset (Asset Preservation)
  • Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)

Perlindungan Pendapatan

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.

Pengekalan Aset

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.

Penyelesaian Hutang

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.

Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 3 Februari 2021

DAH RANCANG LINDUNG GAJI / PENDAPATAN?

Dah ada takaful?

Kalau ada Alhamdulillah.

Belum ada?

Kenapa?

Tak percaya dengan takaful? Tak ada bajet? Rasa tak perlu pun takaful ni?

Dalam perancangan kewangan fungi takaful adalah untuk melindungi kewangan.

Kita tak pasti sepanjang kita hidup ni apa yang akan berlaku bukan?

Boleh jamin kita tak akan sakit langsung sampai akhir hayat?

Boleh ramal bila akan berlaku sesuatu musibah?

Bencana kewangan (financial disaster) akan terjadi dalam kehidupan sesorang jika berlaku salah satu daripada perkara berikut:

  • Kematian (Death)
  • Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Total Permanent Disability)
  • Penyakit Kritikal (Critical Illness)

Jika berlaku kematian, hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal secara tak langsung gaji atau pendapatan pun akan terhenti. 

Jika selama ini hanya suami sahaja yang menanggung segala perbelanjaan, bencana kewangan akan terjadi bila suami sudah tiada. Jika berlaku kematian misalnya, isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu juga meneruskan kehidupan. Segala perbelanjaan siapa nak tanggung bila suami sudah tiada?

Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal, secara langsung tak dapat lagi meneruskan pekerjaan. Segala perbelanjaan siapa nak tanggung bila tiada gaji atau pendapatan?

Saranan, daripada 100% gaji atau pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan isi rumah
  • 30% Pembayaran hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain

30% lebihan daripada gaji atau pendapatan kita dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan
Contoh

Pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindungan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

3 fungsi utama takaful:

  • Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
  • Pengekalan Aset (Asset Preservation)
  • Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)
Perlindungan Pendapatan

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.

Pengekalan Aset

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.

Penyelesaian Hutang

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.

Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 27 Januari 2021

DEKAT MANA NAK BUAT SIMPANAN KECEMASAN?

Dekat mana nak buat simpanan?

Jika merancang nak buat simpanan, instrumen simpanan mestilah ada ciri-ciri berikut:

  • Tiada caj
  • Tiada risiko
  • Mudah cair

Dekat mana ya kalau kita nak buat simpanan tiada dikenakan caj, tiada risiko dan mudah cair ni?

  • ASB
  • Tabung Haji

Ya, ASB atau Tabung Haji antara pilihan yang disarankan jika merancang nak buat simpanan.

Tujuan kita buat simpanan supaya ada 'back up' sekiranya berlaku apa-apa musibah yang tak diingini seperti dibuang kerja, kenderaan rosak, paip rumah bocor dan lain-lain kes kecemasan yang tak diingini berlaku.

Sekiranya berlaku sesuatu musibah bila nak kena pakai duit kena caj pula? Tak berbaloi bukan?

Sekiranya berlaku sesuatu musibah bila nak kena pakai duit susah pula nak dikeluarkan? Tak berbaloi bukan?

Sebab tu bila merancang nak buat simpanan, pilih instrumen kewangan yang tiada caj, tiada risiko dan mudah cair. Bukan apa supaya memudahkan kita dikemudian hari nanti sekiranya berlaku apa-apa musibah yang tak diingini berlaku.

Ada buat simpanan tak? 😁

Kalau ada Alhamdulillah. Kalau belum mula cuba usaha untuk bagi ada juga simpanan.

Bagi yang bekerja makan gaji, disarankan perlu ada simpanan minimum sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji.

Bagi yang bekerja sendiri atau berniaga, disarankan perlu ada simpanan minimum sekurang-kurangnya 12 bulan pendapatan.

Bila ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, jika dibuang kerja ada la juga duit simpanan nak 'survive' sementara nak cari kerja lain atau nak mula berniaga kan?

Bila ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, jika berlaku apa-apa kes kecemasan ada la juga duit daripada tak ada langsung kan?

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 20 Januari 2021

ADA BUAT SIMPANAN KECEMASAN TAK?

Menurut kajian daripada Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Ini bermakna daripada 30 juta rakyat Malaysia, lebih daripada 22 juta rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Ini bermakna daripada 4 orang rakyat Malaysia, 3 orang rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Tanya diri sendiri ada tak simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000 sekarang?

Kenapa macam susah sangat nak buat simpanan?
Duit gaji tak cukup?
Harga barang semakin naik?
Kos sara hidup tinggi?

Mengapa perlu buat simpanan?

Bagi yang bekerja makan gaji, disarankan perlu ada simpanan minimum sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji.

Bagi yang bekerja sendiri atau berniaga, disarankan perlu ada simpanan minimum sekurang-kurangnya 12 bulan pendapatan.

Jika tak ada simpanan, dekat mana nak cari duit sekiranya berlaku apa-apa musibah yang tak diingini seperti dibuang kerja, kenderaan rosak, paip rumah bocor dan lain-lain kes kecemasan yang tak diingini berlaku?

Bila ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, jika dibuang kerja ada la juga duit simpanan nak 'survive' sementara nak cari kerja lain atau nak mula berniaga kan?

Bila ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, jika berlaku apa-apa kes kecemasan ada la juga duit daripada tak ada langsung kan?

Antara punca rakyat Malaysia tak ada simpanan kerana aliran tunai atau cashflow negatif. Aliran tunai atau cashflow menjadi negatif akibat berbelanja melebihi pendapatan.

Formula asas aliran tunai atau cashflow:

Pendapatan - Belanja = Baki/Lebihan

Cuba kira tengok daripada gaji atau pendapatan yang kita dapat tu selepas tolak segala belanja, baki atau lebihan yang ada tu positif atau negatif?

Formula asas simpanan:

Pendapatan - Simpanan = Baki/Lebihan

Bila dapat gaji simpan dulu. Baki atau lebihan yang ada baru guna untuk berbelanja.

Bila dapat gaji asingkan siap-siap untuk perbelanjaan isi rumah, nak bayar hutang, nak buat simpanan, nak bayar takaful, nak melabur, nak bagi dekat mak ayah, nak sedekah, nak bayar zakat, nak bayar cukai dan lain-lain.

Masih belum terlambat untuk mengurus kewangan kita kembali. Saranan, daripada 100% pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan isi rumah
  • 30% Pembayaran hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain

30% lebihan daripada pendapatan kita dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan

Contoh

Pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindungan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Rabu, 13 Januari 2021

ADA BUAT SIMPANAN TAK?

Ada buat simpanan kan?
Kalau ada bagus!
Anda bijak merancang kewangan.
Steady la! 👍

Macam mana cara anda buat simpanan?
Bila dapat gaji belanja dulu?
Bila ada lebihan baru simpan?
Betul tak?

Gaji - Belanja = Simpanan

Salah!
Itu baki bukan simpanan! 

Gaji - Belanja = Baki

Sampai bila pun tak akan dapat buat simpanan jika masih amalkan cara macam tu.

Habis tu macam mana?
Ada cara lain kah?

Kalau betul nekad nak buat simpanan, asingkan dulu siap-siap duit bila dapat gaji.
Simpan dulu!
Lebihan duit yang ada baru guna untuk belanja.

Gaji - Simpanan = Lebihan

Bila dah asing siap-siap duit bila dapat gaji, tak mustahil kita akan dapat buat simpanan tiap-tiap bulan.





Surah Yusuf, ayat 47 - 49.

Berapakah jumlah simpanan yang patut dibuat tiap-tiap bulan?

Mengikut cara Nabi Yusuf A.S., jumlahnya adalah separuh yakni 50% daripada gaji.
Tak mampu?

Kalau 10% daripada gaji boleh?
Kalau boleh bagus!

Tak boleh?
Kalau tak boleh juga kena cari jalan sama ada kurangkan belanja atau tambah pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni: 



 

Rabu, 6 Januari 2021

MAK AYAH JANGAN AJAR ANAK SIMPAN DUIT BAKI!

Ramai hari ini.
Kita belanja dulu.
Baki baru simpan.

Salah!
Sebab tu ramai tak boleh menyimpan.

Sebab apa?
Sebab kita dah ditanamkan dari kecil termasuklah hari ini anak-anak kita kalau ke sekolah.

Kita akan kata
"Okay ini duit belanja RM5.."
"..nanti lebih simpan ya"

Tak ramai mak ayah yang mendidik anak-anak dari kecil bagi duit kat dia, suruh dia simpan dulu.
"Okay ini RM5.."
Contoh
"..RM1 masuk tabung sekarang"

Dah bagi dia RM5.
Suruh dia simpan dulu.
RM1.

Maksudnya awak dah tahu RM5 tu memang akan ada baki.
Jadi, apa awak buat?
Suruh dia simpan dulu.
Baki tu baru dia belanja.

Jadi, bila kita tanam dari kecil.
"Nanti simpan ya"
"Baki simpan ya"

Sebab itu, sampai hari ini bila kita besar kita tak pandai menyimpan.
Sebab kita belanja dulu baru kita simpan.
Salah siapa yang ajar begitu.

Proses dari belajar ilmu kewangan ni.
Asas adalah dapat pendapatan asingkan dulu.
Simpan dulu.
Baru belanja.

Dah ada duit, dah simpan.
Barulah kita uruskan dengan "Perlindungan Harta" atau "Wealth Protection"

Kita tak tahu bila kita sakit.
Kita tak tahu bila kita mati.
Tapi kita jangan menyusahkan keluarga kita kalau kita mati.
Sebab itu kita ada perlindungan Takaful.

Dan akhirnya kita boleh gandakan melalui pelaburan.
Kenapa? Sebab gandakan duit kita banyak duit datanglah "Pengagihan Harta" atau "Wealth Distribution"
Kita nak agihkan kekayaan kita tu.
Dekat sinilah kita sebagai orang Islam.
Disinilah datangnya Waqaf.

Sebab tu guru saya selalu pesan, dia kata
"Ramai hari ini bercerita tentang.."
"..kepentingan diri, kepentingan rumah.."
"..tapi tak ramai berkongsi tentang.."
"..kepentingan Ummah"

Belanja ni mesti ada belanja ke jalan Allah SWT.
Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah.
Sebab tu kita tak kaya.
Zakat pun tak bayar.
Kau nak cerita apa nak kaya ni?
Sedekah dulu baru kaya.
Sebab itu janji Dia, bukan saya.

Sebab itu 'Big Why' bila nak melabur ni tuan-tuan akhirnya nak beli kereta, nak beli rumah.
Betul, tak salah.
Tapi kita buat untuk diri kita.
Kita tak buat untuk Dia.
Kerana Dia, kita tak buat.
Memanglah tak dapat.


Sumber: Asri Ahmad

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni: