Selasa, 15 Mac 2022

ADA 500 TEMPLATE HEADLINE NI LAGI SENANG NAK BUAT TAJUK COPYWRITING

“Uwerkkkk...” Terdengar bunyi seperti ada orang tengah muntah. Kalau 2 kali ‘uwerkk.. uwerkk..’ tu bunyi baby menangis.

“Ish.. Apahal pulak laki aku ni tetiba muntah? Aku salah masak ke tadi? Takde pulak aku basuh ayam pakai kaki. Kalau basuh pun sebelum ni aku pakai stokin..” kata Rosmah Harun yang risau akan suaminya sambil naik ke atas rumah.

“Abang.. Abang ok ke tu? Mabuk ke?” sambil menolak pintu jamban yang engselnya sangat memerlukan WD40 bagi hilang bunyi pintu bagai rumah puaka.

“Haishh.. Mana ada mabuk. Tak tahu lah.. Dah 2 jam abang duduk atas kerusi buat kerja.. Rasa pening terus rasa loya..” jelas suami Rosmah Harun iaitu Encik Nasiruddin Haikal.

“Abang buat kerja apa sampai pening? Duduk depan laptop je kot jual barang kat FB..”

“Abang tengah siapkan copywriting nak jual Kurma ni. Try nak buat headline sampai abang baca headline sendiri jadi pening..”kata suaminya.

“Meh saya baca headline yang abang buat.. ‘Lena diulik kurma’, ‘Di alam fana kurma’, Fantasia musim kurma’, ‘Memori daun kurma’, ‘Dalam diam aku mengkurmaimu’, ‘Di sana menanti di sini mengurma’, ‘Siapa yang merampas kurmamu’, ‘Kau kunci kurmaku di dalam hatimu.’

“Uwerkkkk...”Termuntah juga si Rosmah Harun membaca headline yang dihasilkan suaminya.

Abang ni pun satu hal.. Dah tahu tak reti buat bukan nak tanya saya untuk setelkan.

Ni abang pergi beli KITAB HEADLINE lagi senang abang nak buat tajuk copywriting abang jual kurma.

Dalam BUKU tu ada 500 Template Headline yang mudah abang nak buat nanti. Isi tempat kosong je dengan apa yang abang jual.

Dah tu siap ada 1000 contoh ayat headline lagi untuk abang buat rujukan untuk hasilkan headline dari template.


KITAB HEADLINE ni bukunya LIMITED EDITION abang..  Hanya cetak beberapa unit sahaja. Kalau habis ni, memang habis terus.

Baik abang cepat beli sebab abang akan dapat FREE BUKU KOLEKSI STORY SELLING. Ada 92 jenis story selling yang pernah dihasilkan untuk klien. Kos poslaju pun HQ tanggung sekali. Tak payah bayar.

Harap lepas ni abang tak muntah lagi. Kalau boleh lepas ni biarlah saya rasa loya dan muntah sebab mengandung bukan sebab pening nak buat headline. 

Nah link. Abang beli kat sini terus:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan