Tidak perlu dengki pada rezeki orang lain. Kita tidak tahu apa yang telah diambil dalam hidupnya.
Kerana kedengkian hanya akan menyempitkan pintu rezekimu.
Tidak perlu juga sedih atas ujian yang diterima. Kita tidak tahu apa rezeki lain yang akan Allah kurniakan kepadaMu.
Sahabat,
Imam Hasan Al-Basri berkata:
- Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.
- Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.
- Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.
- Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.
Sahabatku yang baik,
Sentiasa fikir yang baik-baik. Buat yang terbaik. Doa yang baik-baik.
InsyaAllah yang baik-baik juga akan datang dalam hidup kita.
Masa adalah antara rezeki yang paling berharga. Bila ia pergi, ia tidak akan kembali buat selama-lamanya!
Selamat membaca kawan-kawan!
Dapatkan banyak lagi #TipsUrusMasa di sini. Ianya PERCUMA!
Klik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan