Rabu, 17 November 2021

3 TIPS SUPAYA REZEKI KITA LEBIH MEWAH

Ada masa kita mungkin tertanya-tanya kenapa rezeki kita tak macam orang lain kan?

Selalu tak cukup, tak mewah, tak boleh selalu gi travel oversea macam orang lain.

Sahabat,

Cuba renung Hadis Qudsi ni,

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya."
Salah satu sebab rezeki kita tak mewah ialah kerana kita kurang ingat Allah.

Pernah tak kita peruntukkan satu masa khas semata-mata untuk ingat kepadaNya?

Sedangkan Allah tak pernah lupa untuk memberikan rezekiNya kepada kita. Sampai saat ini kita masih bernafas dengan percuma.

Bukankah bernafas itu rezeki yang tidak ternilai harganya? Belum cerita rezeki penglihatan, pertuturan dan pendengaran lagi.

Disebutkan dalam satu hadis yang lain, 

“Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, ada 3 tips mudah supaya rezeki kita lebih luas lagi selepas ini.

1. Peruntukkan masa lepas Asar dan Subuh untuk ingat Allah, antara 3 - 30 minit.

Caranya? 

Boleh baca Quran, selawat, zikir atau apa-apa sahaja yang buat kita ingat Allah.

Yang penting masa buat semua tu kita ingat Allah yang memberikan semua rezeki yang ada pada kita.

2. Ingat Allah masa senang. InsyaAllah Allah ingat kita masa kita susah.

Caranya? 

Cari peluang untuk sedekah setiap hari. Boleh wujudkan Tabung Subuh dan letakkan di rumah. Memang memudahkan!

3. Amalkan cara pengurusan kewangan yang betul. 

Ada 7 Fasa Pengurusan Kewangan yang perlu difahami dan dipraktikkan, baru kewangan kita tak tercekik.

Bab ni kena belajar dengan Tuan Afyan Mat Rawi, Azizul Azli Ahmad dan Noor Amin gaiss. Mereka lebih pakar. Follow FB mereka okeh?


Tapi kalau nak belajar 55 Rahsia Mengalir Tanpa Henti, boleh klik link di bawah sekarang.




Moga bermanfaat.😊👍

#SebarkanKebaikan 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan