Rabu, 10 November 2021

7 AMALAN YANG BOLEH MEMBUATKAN REZEKI MENGALIR TANPA HENTI

Ada 7 amalan yang boleh membuatkan rezeki kita mengalir tanpa henti. 

Tips ini saya dapat daripada sahabat saya. Sangat bagus untuk diamalkan. Moga bermanfaat.

1. Istighfar/bertaubat. Ramai tidak perasan bahawa istighfar adalah pembuka kepada semua jalan rezeki. Ini berdasarkan hadith Nabi,

"Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i)

2. Menjaga solat 5 waktunya. Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi,

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu." (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah)

3. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapanya. Ingatlah penyambung rezeki seseorang adalah bila dia tidak pernah lupa memberi kepada kedua ibu bapanya.

4. Membantu mereka yang lemah. Ada yang perlukan bantuan hulurkan walau sekecil pertolongan. Mereka itu sumber terbukanya rezeki berdasarkan Sabda Nabi SAW,

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Hadith Riwayat Bukhari)

5. Memudahkan urusan orang. Jika kita murahkan urusan orang, Allah juga pasti tidak menyulitkan urusan kita. 

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Hadith Riwayat: Muslim)

6. Memuliakan tetamu yang hadir. Apa sahaja status orang yang bertandang ke rumah kita, mereka wajib dimuliakan. Itulah isyarat Tuhan sedang mengirimkan rezeki. 

7. Setelah semua hal ini telah diusahakan dengan baik. Jangan lupa untuk tawakal kepada Tuhan. FirmanNya,

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq ayat 3)

Sungguh, rezeki itu bukanlah segala-galanya dari wang Ringgit semata-mata. 

Tetapi juga dari kesihatan, ketenangan, kelapangan, keluarga dan anak-anak yang baik.

Dapat baca posting ni pun rezeki. Rezeki penglihatan, kesihatan dan penglihatan, betul tak?

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang baik-baik buat kita semua.


#TipsRezeki
#SebarkanKebaikan

Ps: Nak 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti? 

Boleh klik link di bawah ya. Moga jadi asbab rezeki dan kebaikan buat semua.❤ 





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan