Khamis, 20 Januari 2022

NOVEL TRAVELOG BERSIRI USTAZAH BASIKAL

La haula wala quwwata illa billah.

Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad dengan pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra-syarat untuk Ahmad keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.

Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan 'honeymoon' bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.

Adilah nekad mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad pula nekad meletakkan jawatan sebagai seorang Arkitek, keluar dari rumah sewa, jual kereta dan mulakan pengembaraan.

15 bulan mereka 'homeless'. Mereka merentasi 13 buah negara sebelum sampai ke Mekah.

Banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari. Ahmad menerima 5 jahitan di mata semasa di Iran. Mereka ditahan tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan. Mereka hampir diculik di Afghanistan.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Di dalam setiap kesusahan, Allah hadirkan MAGIC (kuasa Allah) setiap hari kepada mereka.

Diantara MAGIC yang Allah tunjuk adalah, Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa, bukan atlet, tapi dengan kuasa Allah, mereka mampu berkayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan RM1,900 sahaja.



















 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan