Selasa, 12 Julai 2022

PANTAU JUALAN KELUAR MASUK BISNES DENGAN ONPAY

Bila kita buat bisnes ni orang ingat pendapatan kita setiap hari beribu-ribu akan masuk.

Kemudian orang yang tengok orang lain bisnes, boleh pakai kereta mewah, boleh travel sana sini,dia pun buat bisnes juga. 

Bila dia dah buat baru dia nampak macam mana 'graf jualan' tu berlaku. Masa ni mula lah rasa stress dan menyesal buat bisnes.

Graf jualan ni bukan setiap masa, setiap hari, setiap bulan menaik jualannya. Adakalanya macam bukit, ada kalanya macam gunung, ada kalanya macam turun gaung dan adakalanya macam lantai.


Sejak abang buat bisnes ada sistem ni yang mana setiap jualan abang pakai Onpay, abang nampak graf jualan naik turun.

Bila sembang dengan kawan pasal bisnes dan abang bagitau yang bisnes ada hari tak ada sales langsung ada hari hanya beberapa ringgit sahaja masuk dia ada bagi nasihat kat abang.

"Jangan takut kalau ada hari tak ada sales masuk. Sebelum ni Allah bagi sales banyak kita ok je tapi bila dia tak bagi kenapa nak panik? Kenapa nak takut? Kenapa nak risau?

Allah tahu bila kita penat kerja, bila otak kita tak dapat fikir. Jadi Allah tak bagi rezeki satu hari tu atau rezeki masuk tak banyak sebab nak bagi kita rehat.

Allah nak kita rehat. Allah nak kita ada masa dengan family. Allah nak kita sihat. Allah tak nak kita fikir pasal bisnes setiap masa. Allah nak kita belajar bersyukur. Allah lebih tahu apa yang terbaikk untuk kita.

Tapi lepas tu sales akan naik balik malah lebih banyak dia bagi untuk cover semula hari yang tak ada sales atau sikit jualannya."

Lepas abang dengar nasihat tu, abang tak lagi gelabah biawak komodo kalau tak ada jualan. Abang layan je hari yang tak ada sales masuk.

Dan memang betul, lepas pada tu sales akan masuk semula adakalanya lebih banyak dari biasa. Allah tau kita dah ok dan sudah bersedia.

Bagi orang bisnes, pantaulah jualan keluar masuk korang punya bisnes. Penting untuk tahu dan buat sesuatu.

Mana yang buat bisnes tu nak ada sistem jualan, boleh guna Onpay macam abang guna. Tak tau nak buat macam mana boleh belajar kat sini:




Jadi bila sales tak masuk sehari dua, korang rehatlah dan enjoy the moment. Rileks dulu. InsyaAllah lepas tu semua akan cover semula.

Kredit: Hafiz Mansor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan