Isnin, 2 Ogos 2021

AJAR ANAK UNTUK SEDAR

Saya ingat mendidik anak ketika dia kecil tak sama dengan memimpin mereka bila sudah dewasa. Masa kecil apa yang kita kata terus menjadi peringatan pada mereka.
 
Namun bila sudah meningkat remaja, mereka sudah mempunyai cara faham sendiri.
 
Masa kecil kita sering mengingatkan anak-anak yang Allah itu Maha Melihat dan Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang kita buat baik secara terbuka mahupun tersembunyi.
 
Namun bila dah meningkat remaja dan dewasa penerangannya mungkin menjadi lebih terperinci. Dalam nak cerita se'details' mana ilmu Allah ini, ayat 56 dari Surah Al-an'am menghuraikan secara terperinci yang boleh kita kongsikan apa anak-anak remaja kita:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."

Ayat ni menjelaskan tentang ilmu Allah. Tiada satu pun yang tersembunyi semuanya di atas pengetahuan Allah. Tiada satu kejahatan ataupun kebaikan yang kita lakukan kecuali dihitung dan diketahui Allah.
 
Maka awas anak-anak sekelian, tatkala menjejak usia remaja ini sesungguhnya segala tindakan itu di bawah kawal selia Ilahi. Yang tidak tidur dan juga tidak lupa.
 
Sungguhpun ibu ayah mungkin lupa dan tidak sedar atas ke semua tindak tanduk anak-anak, namun ingat bahawa ilmu dan perhatian Allah sentiasa bersama kita.
 
Jom kita bersama-sama ingatkan anak-anak dan juga diri sendiri akan sifat Allah Yang Maha Mengetahui dan juga Maha Melihat.

Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan