Rabu, 20 Oktober 2021

ZIKIR SUPAYA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DAN MEMPERCEPATKAN DOA DIMAKBULKAN

Ada seorang gadis ni pernah diuji dengan persahabatan semasa belajar di sebuah kolej.

Dia sangat rapat dengan kawannya ni, Ann. Pergi kuliah bersama, makan bersama, berjalan sama-sama.

Sampai orang panggil diaorang ni kembar. Macam belangkas!

Begitulah mereka. Sangat rapat, sampai mereka sama-sama berjaya dapat diploma.

Bila mereka sambung buat degree, mereka decide untuk duduk di rumah sewa yang sama bersama dengan beberapa orang kawan universiti.

Tak tahu mengapa, dia dipulaukan oleh semua housemate. Yang paling sedih, Ann pun turut sama pulaukan dia.

Tiada sapa yang nak makan, borak-borak dan buat assignment dengan dia. Maka semua perkara dibuat sorang-sorang.

Sedih sangat katanya sebab dia hilang kawan-kawan, termasuk kawan baiknya.

Beberapa bulan juga dia tak boleh fokus dengan study sebab terlalu sedih. Dia asyik terfikir apa salah dia sampai diperlakukan sebegitu rupa.

Akhirnya, keluarlah dia dari rumah sewa tu dengan linangan air mata sebab tak sanggup dipulaukan lagi. Dia buat keputusan untuk pindah ke rumah baru.

Izin Allah, semua housemate baru dia sangat baik. Mereka selalu teman dia buat assignment, masak dan borak sama-sama.

Alhamdulillah, keputusan akademik dia semakin baik lepas tu.

Dia semakin fokus dan seronok sangat sebab dapat 6 orang kawan baru yang baik-baik semuanya.

Dan akhirnya dia grad dengan keputusan yang cemerlang.

Dia sangat syukur sebab Allah tarik seorang kawan baik, tapi Allah gantikan dengan 6 orang kawan-kawan yang lebih baik.

Kawan-kawan yang baik,

Ada masanya Allah tarik sesuatu rezeki untuk beri rezeki yang lebih besar.

Sepanjang ujian itu, bertabah dan yakinlah bahawa pasti ada sinar di hujung jalan jika kita sentiasa memilih jalan taqwa kepada Tuhan.

Kadang-kadang kita berdoa tapi kita tak nampak apakah doa kita akan dimakbulkan?

Sebenarnya, ada satu zikir yang digalakkan kita amalkan supaya Allah memberi kekuatan kepada kita dan mempercepatkan doa kita dimakbulkan.

Apakah zikir itu?

"YA ZAL JALALI WAL IKRAM"

Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang membawa maksud "Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan."

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini.

Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”

Maka inilah zikir yang patut menjadi zikir harian kita bermula daripada hari ini kan?

Belajar sesuatu?

Terus amalkan ya, dan #share ilmu ni. Moga bermanfaat dan menjadi pahala yang berpanjangan.


Ps: Nak belajar lebih cara lebih mudah untuk menjemput rezeki? Boleh baca nota di ruangan bawah.



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan