Khamis, 27 Januari 2022

CONTENT MAPPING MASTERCLASS (7 FEBRUARI 2022)

Pening urus team marketing kalian untuk bangunkan content?


Jangan risau gais.

Hantar team kalian untuk ikuti Content Mapping Masterclass yang akan diadakan pada 7 Februari 2022 9.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Kelas akan diadakan secara Zoom Meeting sahaja selama 1 hari. 

Team kalian akan dibimbing mengikut niche dan produk syarikat kalian sendiri dan bagaimana ia dapat distrategikan dalam bentuk content. 

Siap-siap terus boleh bina 'Blueprint Marketing' syarikat untuk 1 tahun terus gais.

Lekas daftar terus di sini:



 

Selasa, 25 Januari 2022

TAU TAK YANG FACEBOOK HANYA BAGI NAMPAK 2-3 BARIS PERKATAAN SAHAJA DEKAT NEWS FEED?

Ha, korang mesti tak perasan punya. Tu lah benda baru yang Facebook dah ubah.

Bila korang buat Iklan di FB, orang akan nampak 3 baris ayat yang awal sahaja.

Jadi 3 baris atas sahaja boleh baca, dah tentu lah HEADLINE.

Nak tak nak, sekarang ni Headline wajib kena bagi power untuk tarik perhatian.

Kalau tulis headline biasa-biasa sahaja kemudian awal-awal orang baca pun tak ada tarikan, memang rugi buat iklan.


Nak selesaikan masalah headline korang tu, aku rekemen sangat-sangat korang dapatkan Ebook 105 Template Headline Padu ni.

Bukan setakat template headline, siap ajar lagi step by step cara hasilkan headline dengan mudah dan power!

5 ke 10 headlline slamber je nak buat dan siap. Sebab apa? Isi tempat kosong sahaja dengan apa yang korang jual tu.

Klik link ni dan cepat ambil peluang sebelum penulis ebook ni naikkan harga.




P/s: Siapa cepat dapat harga murah dan dapat Ebook Bonus Call To Action tau!
 

Khamis, 20 Januari 2022

NOVEL TRAVELOG BERSIRI USTAZAH BASIKAL

La haula wala quwwata illa billah.

Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad dengan pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra-syarat untuk Ahmad keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.

Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan 'honeymoon' bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.

Adilah nekad mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad pula nekad meletakkan jawatan sebagai seorang Arkitek, keluar dari rumah sewa, jual kereta dan mulakan pengembaraan.

15 bulan mereka 'homeless'. Mereka merentasi 13 buah negara sebelum sampai ke Mekah.

Banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari. Ahmad menerima 5 jahitan di mata semasa di Iran. Mereka ditahan tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan. Mereka hampir diculik di Afghanistan.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Di dalam setiap kesusahan, Allah hadirkan MAGIC (kuasa Allah) setiap hari kepada mereka.

Diantara MAGIC yang Allah tunjuk adalah, Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa, bukan atlet, tapi dengan kuasa Allah, mereka mampu berkayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan RM1,900 sahaja.



















 

Selasa, 18 Januari 2022

SIAPA YANG DAH BUAT VIDEO BANYAK DALAM YOUTUBE TAPI MASIH TAK BANYAK VIEWS DAN SUBSCRIBER?

Ketika kita sibuk nak buat video youtube jelajah sana sini memburu makanan, sorang Uncle cina ni rileks je buat video makanan kebanyakkan hanya di Penang. 

Uncle Hock Chai yang ada 20k subscriber ni aku perhatikan video dia rakam ni tak edit sangat. Ada la sikit-sikit sekarang ni. 

Kerja dia rakam video gerai ditepi jalan dan kedai makan yang ada di Penang hanya dalam 1-15 minit sahaja. 

Dia rakam start berjalan, dia order,  orang masak sampai la dia bungkus dan makan. 

Dia tak peduli gerai atau kedai cina ke,  kedai melayu ke, kedai india ke yang menjual, semua dia rakam. 

Lebih 500 video dia upload. 








Apa yang aku nak bagitau disini adalah supaya follow cara dia kalau korang jenis malu depan kamera dan tak pandai cakap. 

Sekeliling korang banyak sangat kedai makan, gerai tepi jalan dan apa sahaja yang boleh korang rakam. 

Peniaga tak marah sebab bagi diorang ini membantu perniagaan diorang juga. Bagitau saja nak masukkan dalam youtube. 

Uncle ni sangat konsisten upload, menghasilkan tajuk youtube mesra SEO dan thumbnail yang buat orang nak klik. 

Ni antara punca kenapa video dia korang akan jumpa walaupun search 'mee goreng'. 

Untuk belajar buat tajuk video youtube memukau penonton supaya klik, cara buat thumbnail menarik dan hasilkan description yang buat bila search jumpa,  korang kena dapatkan ebook ni.

Klik sini: 




Ingat, untuk mula buat youtube, jangan buat sebab duit tapi berkongsi dahulu. Kalau buat kerana nak duit, korang akan cepat give up.
 

Khamis, 13 Januari 2022

CONTENT MAPPING MASTERCLASS (14 JANUARI 2022)

Jika kalian ada team marketing yang perlukan bimbingan untuk bina strategi content di media sosial, kami sarankan kalian hantar mereka ke Content Mapping Masterclass ini pada tarikh 14 Januari 2022.


Kelas akan diadakan secara Zoom Meeting sahaja selama 1 hari. 

Team kalian akan dibimbing mengikut niche dan produk syarikat kalian sendiri dan bagaimana ia dapat distrategikan dalam bentuk content. 

Siap-siap terus boleh bina 'Blueprint Marketing' syarikat untuk 1 tahun terus gais.

Lekas daftar terus di sini:



 

Selasa, 11 Januari 2022

500 TEMPLATE HEADLINE POWER MUDAHKAN KERJA BUAT TAJUK IKLAN

Masa PKP yang mula-mula hari tu, ramai yang hilang kerja dan terus ikhtiar berniaga online walaupun tak ada ilmu.

Ye lah.. Takkan nak tunggu bantuan setiap masa. Kena ada exit plan walaupun sebelum ni makan gaji.

Disebabkan terpaksa terjun macam tu, saya tengok iklan yang dibuat memang sedikit kurang menarik.

Gambar dah ok tapi tajuk iklan tu yang sedikit kurang.

Dia macam kita baca surat khabar. Biasanya tajuk berita yang menarik tu yang buat kita nak baca sampai habis.

Jadi sama macam kita buat iklan dekat Facebook ni.


Tajuk atau headline tu penting untuk buat orang berhenti dan klik apa yang kita jual.

Yang mana nak mudahkan kerja buat headline atau tajuk iklan tu, better korang dapatkan Buku ni dari orang pengalaman copywriting, Hafiz Mansor.

KITAB HEADLINE nama bukunya!

Ada 500 jenis Template Headline dan 1000 jenis contoh ayat Headline untuk korang mudah nak hasilkan tajuk iklan.

Bukan template je, dalam tu siap di ajar step by step lagi nak hasilkan tajuk.

Sekarang ni dia tengah buat promosi dimana beli Kitab Headline, PERCUMA 1 buku lagi iaitu Buku Koleksi Story Selling. Kos poslaju pun dia tolong bayarkan sekali.

Baik dapatkan sekarang sebelum habis. Terhad sahaja dia print buku ni. Cepat dapatkan hari ni:




Khamis, 6 Januari 2022

PROGRAM SMARTSAHAM ADVANCE (24 - 30 JANUARI 2022)

Mereka yang baru ingin mengenali dunia saham dan memulakan perdagangan saham (trading) secara patuh shariah disarankan menyertai Program SmartSaham Advance ini. Boleh belajar ilmu pelaburan saham, dari zero hingga hero!


SMARTSAHAM ADVANCE

7 HARI ONLINE WEBINAR

SESI PERTAMA: ISNIN, 24 JANUARI 2022

SESI KEDUA: SELASA, 25 JANUARI 2022

SESI KETIGA: RABU, 26 JANUARI 2022

SESI KEEMPAT: KHAMIS, 27 JANUARI 2022

SESI KELIMA: JUMAAT, 28 JANUARI 2022

SESI KEENAM: SABTU, 29 JANUARI 2022

SESI KETUJUH: AHAD, 30 JANUARI 2022

MASA: 8.30 MALAM - 11.59 MALAM

Peserta 7 hari online Program SmartSaham Advance akan turut menerima semua ini:

  1. Softcopy nota bernilai RM 300 (Percuma)
  2. Buku teks (softcopy) sebagai rujukan bernilai RM 900 (Percuma)
  3. Group support Telegram SMARTSAHAM WYCKOFF bernilai RM 200 (Percuma)
  4. Kelas SmartSaham Asas anjuran bersama Bursa Malaysia-i bernilai RM 199 (Percuma)
  5. Ilmu & rahsia trading saham yang bernilai RM 8,000


Ayuh jom sertai SmartSaham Advance pada 24 hingga 30 Januari 2022 ini! 7 hari online Webinar!



 

Selasa, 4 Januari 2022

DALAM KEADAAN SAKIT PUN WANITA INI MASIH BOLEH BUAT SALES DEKAT SHOPEE

Dua hari lepas ada baca kisah pasal Puan ni baru lepas operate sebab ada kanser ovari.

So dia hanya duduk di atas katil wad dan layan handphone sahaja sebab tak boleh bergerak bebas.

Masa dok scroll handphone tu dia nampak iklan Kelas Shopee Puan Zarini. Dia pun fikir yang dalam keadaan dia sekarang ni nak buat kerja biasa mungkin sukar jadi dia join kelas online ni.


Lepas join dia pun follow apa yang diajar dalam group kelas. Follow step yang ada dengan sabar dan tenang.

Alhamdulillah sales masuk satu persatu sampai kena tegur dengan nurse tak tidur malam dok buat swap dekat Shopee.

Sekarang puan ni sedang bangkit semula dengan menggunakan segala ilmu yang diajar dalam Kelas Shopee Puan Zarini.


Saya memang respect puan ni sebab dalam keadaan sakit pun dia masih boleh buat sales. Dia memang seorang wanita yang kuat dan tabah.

Apa yang saya nak bagitau, kalau korang nak belajar atau nak buat jualan di Shopee, belajarlah dalam Kelas Shopee Puan Zarini.

Memang terbukti bagi mereka yang join dan bertindak dari ilmu yang diajar.


Ilmu yang diajar tidaklah begitu berat dan pening untuk difahami. Ia jadi lebih mudah bila ada guru yang mengajar dan guide apa yang perlu dan perbetulkan apa yang salah.

Siapa yang nak berniaga di Shopee termasuk dapat motivasi sekali, join lah Kelas Shopee Puan Zarini.

Jarang ada kelas Shopee siap bagi motivasi. Tapi ini lah kelas Puan Zarini.

Boleh join Kelas di sini: