Rabu, 11 Ogos 2021

SETIAP ORANG MEMPUNYAI RAHSIA REZEKI DAN AMALAN YANG BERBEZA

Isu rezeki adalah isu semua orang.  Tetapi bukan semua orang benar-benar faham rahsia rezeki, keluasan rezeki dan amalan-amalan yang boleh menjemput rezeki.

Ada orang usaha sikit, rezekinya banyak.  Ada orang usaha banyak rezekinya sedikit.

Apa beza usaha mereka?  Persoalan ini mungkin pernah bersarang di minda kita semua.

Saya juga pernah terfikir tentang perkara ini.  Lalu saya melazimkan diri saya membaca banyak buku tentang rezeki.
  
Hasil kajian, penelitian dan pengalaman, lahirlah beberapa modul dan ebook tentang Rezeki.  

Antaranya ialah modul Formula Magnet Rezeki (Seminar Mastery Percaya Sebelum Berjaya) dan ebook Indahnya Limpahan Rezeki terbitan Attract Wealth.

Alhamdulillah, ramai pembaca dan peserta program kami telah berubah hidupnya sekarang.

Ada yang sakit, kemudian dibuang kerja.  Disebabkan tiada pendapatan, habis kereta kena tarik, rumah kena lelong. Sampai nak bunuh diri!

Namun bila dibimbing dan mempunyai ilmu yang betul tentang rezeki, akhirnya mereka berjaya keluar daripada situasi kewangan yang mencengkam.

Malah ada yang dah jadi jutawan pun sekarang, alhamdulillah!


Alhamdulillah, kerjaya saya sekarang membolehkan saya kenal dan berjumpa ramai jutawan dan orang-orang kaya di luar sana. Syukur sangat.

MasyaAllah, pengalaman berbual bersama mereka memang mengujakan.  Satu persatu rahsia rezeki mereka bongkarkan.
  
Uniknya, setiap orang mempunyai rahsia dan amalan yang berbeza.
 
Apakah amalan dan rahsia-rahsia itu?

Tuan Puan akan temuinya sepanjang pengembaraan membaca buku digital 55 RAHSIA REZEKI, insyaAllah.

Jom upgrade kewangan, ketenangan dan kebahagiaan kita sekarang.
  
Kalau bukan sekarang, bila lagi?  Kalau bukan kita, siapa lagi?

Moga usaha ini dapat membantu kita semua menjemput rezeki yang lebih banyak dengan cara yang lebih mudah.

#SebarkanKebaikan

Info ada di bawah ya. Klik sekarang kawan!



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan