Rabu, 9 Disember 2020

BEBAN HUTANG RAKYAT MALAYSIA

LEBIH 248,491 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kaunseling Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sepanjang 2013 berbanding 207,997 pada 2012.

Statistik Januari-DIsember 2013 menunjukkan, 100,871 individu terbabit dalam program pengurusan hutang berbanding 84,102 pada tempoh sama pada 2012.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin, berkata majoriti individu yang dibelenggu beban hutang adalah disebabkan masalah dengan institusi kewangan.

"Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kumpulan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

"Kami tidak boleh memberi bantuan pinjaman kewangan, tetapi akan mendidik mereka bagaimana mengelak daripada menghadapi masalah kewangan sehingga bergelar muflis," katanya.

Sumber: AKPK


22.8% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada perancangan kewangan yang lemah.

18.1% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada kos perubatan yang tinggi.

15.3% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada gagal dalam perniagaan.

11.1% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada hutang kad kredit.

9.9% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada hilang pekerjaan.

4.4% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada kos sara hidup yang meningkat.

4.1% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada komitmen kewangan yang tidak dijangka.

1.4% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada kematian pasangan.

1.1% beban hutang rakyat Malaysia berpunca daripada gagal dalam pelaburan.

Punca perancangan kewangan yang lemah, hutang kad kredit, komitmen kewangan tak dijangka, gagal dalam pelaburan kerana tiada ilmu macam mana nak urus kewangan.

Sejak dari bangku sekolah hingga masuk alam pekerjaan tiada pendidikan khusus nak mendedahkan kepada kita macam mana nak urus kewangan.

Sehingga ada yang menjadi muflis kerana menghadapi masalah kewangan akibat menanggung beban hutang.

Langkah yang boleh diambil supaya tidak menghadapi masalah kewangan dengan mengurus kewangan dengan betul.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan