Isnin, 28 Jun 2021

MASIH TAJUK MARAH KITA PADA ANAK-ANAK

Pagi ni sedikit tersentap dengan perkongsian isteri saya. Dia kata ada terbaca tulisan seorang pakar psikologi berkenaan marah ibu ayah kepada anak-anak.
 
Ada pelbagai cara marah ibu ayah ni pada anak-anak. Ada dengan perkataan keras, bahasa kesat, cubitan, tamparan, senyap, merajuk dan pelbagai lagi.
 
Apabila mendengar orang lain melakukannya kita rasa, oh tak patutnya dia buat macam tu. Namun apabila berlaku pada diri sendiri maka kita tak tersedar tindakan luar kawal kita tersebut.
 
Kita kena tahu ada beberapa kesan dari marah ini iaitu:

  1. Datangnya rasa takut pada anak-anak dengan ibu ayah.
  2. Munculnya rasa gerun pada ibu ayah.
  3. Mungkin ada rasa kesal dan sedih atas kesilapan yang dilakukan.

Perasaan-perasaan ini mungkin perlu buat seketika tapi tidak boleh berpanjangan sebab ia boleh menyebabkan:

  1. Perasaan tertekan apabila ibu ayah melepaskan marah bersama dengan geram. 
  2. Rasa macam tidak diperlukan lagi dan kewujudannya adalah membebankan. 
  3. Rasa tidak berguna lagi dan 'depression'.
 
Rasa tidak lagi disayangi jauh lagi untuk dihargai.
 
Kita kena ingat, ada kes daripada tekanan perasaan ini hingga menyebabkan cubaan membunuh diri dan ada yang telah menjadi korban.
 
Ingat, api yang kecil adalah punca kebakaran besar.
 
Jom 'improve' diri jadi ibu ayah yang lebih baik.
 
Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Klik:



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan