Isnin, 14 Jun 2021

BINA KEJAYAAN KECIL BAGI KEJAYAAN BESAR

Saya pasti semua kita mahu anak-anak kita berjaya tidak kira dalam apa jua bentuk bidang dan kejayaan tersebut.

Saya kira tiada seorang pun yang nak keadaan sebaliknya kepada anak-anak.

Bukan setakat kepada anak sendiri, bahkan kita akan turut gembira bila mendengar kejayaan anak-anak orang lain sekalipun.

Ada beberapa tips mungkin boleh dikongsi pada pagi ni berkenaan kejayaan:

  1. Kejayaan tidak berlaku tanpa adanya usaha. 
  2. Orang yang berjaya tidak bermaksud dia tidak pernah gagal ataupun tidak akan gagal tetapi sebaliknya setiap kali bertemu kegagalan dia akan bangkit kembali berusaha untuk keluar daripada kegagalan tersebut. 
  3. Orang berjaya biasanya datang daripada orang yang kuat. Jadi memilih menjadi kuat adalah satu langkah ke arah kejayaan.
  4. Berusaha untuk membina kejayaan-kejayaan kecil kerana terbina kejayaan besar adalah hasil daripada kejayaan-kejayaan kecil. 
  5. Mereka yang berjaya adalah mereka yang berani mencuba kerana tanpa adanya percubaan maka pintu kejayaan tidak terbuka.

Jom kita latih diri untuk membina kejayaan-kejayaan kecil.

Jom membaca e-book #ibuayah24jam bersama saya. Hari ni kita baca bab 7 'Memberikan Hak Kepada Yang Sepatutnya'.

Tempah di sini utk ebook itu.

Klik:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan