Sebelum Subuh sat ni terbaca satu tweat yang menyebut pasal sikap ibu ayah yang 'control' anak-anak menyebabkan anak-anak mengalami tekanan jiwa dan mengganggu psikologi mereka.
Ada beberapa respond dari kalangan orang muda yang mengatakan mereka adalah mangsa sikap ibu ayah tersebut. Menentukan semuanya dari kecil hinggalah dewasa. Dari bab cara hidup hinggalah pilihan kerjaya.
Ada juga yg mencadangkan agar mereka 'rebel' (memberontak) kerana dgn melakukan demikian mereka puas.
Ada yang mencadangkan bahawa derhaka sebenarnya bukan pada anak-anak sahaja tetapi boleh berlaku juga kepada ibu ayah. Maknanya derhaka juga boleh berlaku dikalangan ibu ayah kepada anak-anak.
Benarkah apa yang diperkatakan oleh orang-orang muda ini?
Bolehkah anak-anak memberontak kepada ibu ayah mereka, sedangkan Al-Quran melarang kita menyebut 'uff'pun sahaja kepada mereka.
Dan bolehkah ibu ayah terlampau bersikap keras kepada anak-anak tanpa diberi ruang kepada mereka untuk mempunyai pandangan sendiri sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda' Sesiapa yang tidak merahmati tidak akan dirahmati'.
Dan benarkah anak-anak sudah cukup matang untuk memilih jalan sendiri. Sudahkah mereka mengetahui apa yang ibu ayah telah mengalami sebelum ini. Tidak kah mereka tahu yang pengalaman ibu ayah ini amat bermakna untuk kelestarian kehidupan mereka di masa hadapan.
Tidakkah anak-anak tahu bahawa jalan kehidupan ini tidak boleh diundur dan juga tidak boleh diulang.
Pokoknya ibu ayah adalah pemimpin dan bukan pengembala. Memimpin ke arah lebih baik dari kehidupan ibu ayah sendiri. Bukan pengembala yang mengikat dan memaksa haiwan ternakannya untuk di mana perlu dimakan dan di mana perlu bermalam.
Ingat sesiapa yang tidak dirahmati tidak akan dirahmati dan ingat juga yang anak-anak tidak layak pun untuk menyebut 'uff' ibu ayah apa lagi untuk memberontak.
Klik di sini untuk mendapatkan ilmu pasal ibu ayah dan juga anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan