Selasa, 30 November 2021

PANDUAN MULA KAN KEDAI SHOPEE TANPA BELI STOK

Dalam Kelas Shopee Puan Zarini ada berkongsi bagaimana mula kan kedai Shopee tanpa beli stok.

Tanpa keluar modal beli barang. Hanya gambar dan detail produk.

Macam tu lah cara Puan Zarini mula jual di Shopee. 

Pergi kedai dekat-dekat rumah then just snap gambar masukkan detail ke kedai shopee beliau. 

Bila dapat je jualan, ada orang order, baru beliau pergi beli di kedai tu. 

Dalam ekonomi begini, kena bijak buka kedai online. Boleh mula dengan dropship hanya ambil gambar dari kedai runcit depan rumah pun boleh.

Up sikit harga jual. Dapat komisen sikit pun takpe untuk permulaan. Dapat duit akan jadi lebih semangat. 

Kalau dekat rumah ada kedai bakeri, masuk je, snap gambar catit harga. Balik masuk ke shopee. 

Kalau dekat rumah ada pasaraya,  masuk je, snap gambar dan harga. 

Mula dengan cara paling jimat. Kita nak buat duit bukan nak habiskan duit. 

Semua ni dan ilmu tarik pelanggan di Shopee semua akan diajar dalam Kelas Shopee Puan Zarini. 

Daftar kelas paling murah RM199 sahaja di sini. 





Kelas shopee orang lain 3 jam ada yang caj RM500 tau. Yang ni hanya sekali seumur hidup. 

Bila join Kelas Shopee Puan Zarini,  tak perlu tanya bila bermula. Start bertanya je dalam group kelas, itu maknanya korang dan mula bertindak.
 
Kelas  RM199 ni dah ada ramai dapat jualan belas ribu sebulan. Hanya tanya dan follow step. Nota lama pun masih ada dalam group jika search. 



Duit i-sinar yang mana dapat tu, jangan buat beli stok. 

Simpan berjimat untuk beli makanan dan keperluan penting. Bagi boleh guna jangka masa lama.

Jadi, mula dengan kos kecil dahulu sebelum menjadi besar. Mula dengan dropship di Shopee sebelum jadi tokey mart.

Semua tu di ajar oleh Puan Zarini dalam Kelas Shopee beliau. 

Jom mula dengan langkah pertama hari ini: 




Isnin, 29 November 2021

MERAHMATI YANG MUDA DAN MENJAGA HAK YANG BERUMUR

ليسَ منَّا مَن لَم يرحمْ صغيرَنا ويعرف حقَّ كبيرِنا

Telah bersabda Rasulullah SAW:

Tidak termasuk golongan kami, orang yang tidak menyayangi anak-anak kecil di antara kami, dan tidak menghormati hak orang-orang tua di antara kami. 

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar dan dicatatkan Al-Munziri di dalam kitabnya At-Targhib Wal At-Tarhib Juzuk pertama halaman ke 90. Sanadnya dinilai sahih atau hasan atau apa-apa yang hampir dengan kedua-duanya. 

Hadith ini menyatakan bahawa sesiapa yg mempunyai hati keras yang tidak merahmati anak-anak kecil dan tidak menghormati hak orang-orang tua adalah tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada golongan Rasulullah SAW. 

Anak-anak kecil dan orang-orang tua perlu dirahmati kerana kelemahan mereka. 

Kerahmatan orang dewasa kepada anak-anak kecil akan memberi bekas dan kesan yang lama kepada mereka. Begitu juga dengan kekerasan, ia bakal diingati hingga mereka dewasa. 

Manakala orang dewasa dirahmati kerana pengalaman, kemuliaan dan kelemahan tubuh badan mereka. Ia juga membuktikan ketinggian akhlak dan ilmu yang dimiliki oleh kita. 

Itulah pesanan Rasulullah SAW berkenaan adab kita dengan anak-anak kecil dan juga orang-orang tua. 

Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam



 

Ahad, 28 November 2021

3 COUNT BOUT

3 Count Bout adalah permainan arcade gusti yang dikeluarkan oleh SNK pada tahun 1993.


SWF (SNK WRESTLING FEDERATION) adalah organisasi yang berdiri di puncak dunia gusti profesional. SWF akhirnya memutuskan untuk mengadakan "Worldwide Indiscriminate Class Tournament". Kejohanan ini adalah untuk menentukan "juara dunia sejati" dan membolehkan ahli gusti terkuat di dunia bebas untuk mengambil bahagian dalam kelas tanpa pandang bulu tanpa had berat. Lebih-lebih lagi, kejohanan ini juga merangkumi pertandingan mati radikal, yang sepertinya merupakan pertempuran paling parah dalam sejarah gusti profesional.

Dan akhirnya pertandingan dimulakan. Orang berkuasa termasuk juara kelas berat SWF semasa dari seluruh dunia masuk, termasuk beberapa gusti ganas dari organisasi gusti profesional bawah tanah gelap "Hole of the Lion".

Dengan kebanggaan dan cita-cita para pejuang yang tersembunyi di dalam hati mereka, sepuluh lelaki itu iaitu Terry Rogers, Blues Hablam, Roy Wilson, Leo Bradlay, The Red Dragon, Gochack Bigbomb, The Gandhara, Blubber Man, Master Barnes dan Big Bomberder bangkit ke gelanggang. Ahli gusti mana yang mempunyai mahkota "Juara Dunia Sejati" yang bersinar di kepalanya?


Nak main? Klik 👇

Arcade



Sumber: RetroGames

Sabtu, 27 November 2021

RANCANGAN SENAMAN BERAT BADAN FASA 4

Sebelum ni dah pernah kongsi teknik workout atau senaman menggunakan dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band, sandbag, suspension trainer dan weight plate. Kali ni sekadar nak berkongsi teknik bodyweight workout atau senaman berat badan oleh Brandon White dan Hudson.

Pelbagai teknik workout boleh buat, antaranya arm workout, shoulder workout, chest workout, back workout, ab workout dan leg workout. Jom check it out! 💪 #StaySafe #StayHealthy #StrongerTogether

Hari 1


Hari 2


Hari 3


Hari 4


Sumber: Buff Dudes
 

Jumaat, 26 November 2021

HIGHWAY DI LANGIT

Sekadar berkongsi ceramah daripada Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Semoga bermanfaat.


Sumber: Abu Khadijah
 

Khamis, 25 November 2021

KELAS SMARTSAHAM KICKSTART (4 DISEMBER 2021)

Team SmartSaham percaya semua orang boleh melabur dalam saham.

Kerana, pelaburan saham bukan hanya untuk orang kaya atau berduit sahaja.

TETAPI...

Pelaburan saham adalah untuk mereka yang ingin KAYA DAN BERDUIT!

Saham adalah untuk setiap individu yang ingin kembangkan aset mereka.
Individu yang ingin menaiktaraf kehidupan mereka.
Individu yang percaya MEREKA BOLEH BERJAYA!

NAMUN...

Ramai juga yang tertewas dalam pelaburan saham.

Kerana, mereka melabur tanpa ilmu.
Mereka terkeliru antara SKIM CEPAT KAYA dengan pelaburan saham yang sebenar!
Mereka sangka mereka melabur...
Tetapi... Wang mereka habis LEBUR ditipu!

Team SmartSaham mempunyai aspirasi besar di dalam dunia saham ini.

Team SmartSaham mengimpikan setiap rakyat Malaysia mempunyai ilmu dan kemahiran pelaburan saham.

Team SmartSaham inginkan rakyat Malaysia yang...
Pandai membezakan Skim Pelaburan Palsu dan yang SAH.
Pandai menggunakan platform pelaburan saham 
Pandai kembangkan wang simpanan dan jana pendapatan tambahan

Oleh itu...

Team SmartSaham menjemput tuan dan puan untuk mendaftar ke

Kelas SmartSaham KickStart


PERCUMA!!!

JADI JIKA ANDA SERIUS INGIN MENCEBURI DUNIA PELABURAN SAHAM...

DI SINILAH TEMPATNYA!

DAFTARKAN DIRI ANDA SEGERA!



Rabu, 24 November 2021

RAHSIA MENJEMPUT REZEKI KETENANGAN

Kawan kawan,

Sama-sama kita ingatkan diri sendiri tentang perkara ini.

Usah dengki dengan rezeki orang lain. Hati takkan tenang.

Apa guna orang lain sakit dan susah, tapi hati kita pun selalu gelisah?

Takutlah dengan azab Allah, di mana 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.

Teruskan berusaha dan bertawakkal. Jika kita rasa jerihnya usaha di dunia, jerih lagi menanggung seksa di akhirat sana.

Sungguh, antara rezeki yang paling mahal ialah ketenangan.

Dan rezeki ketenangan ini takkan sudi hinggap di hati manusia yang iri hati dan penuh kesombongan.


Ps: Nak belajar Rahsia Menjemput Rezeki Ketenangan?

Klik link di bawah ya!




Selamat membaca kawan-kawan!😊👍

#SebarkanKebaikan

Selasa, 23 November 2021

RAMAI ORANG KITA MINAT DENGAN BERNIAGA TAPI SALAH BUAT IKLAN DEKAT FACEBOOK SENDIRI!

Orang kita memang power bab-bab menjual ni.

Kalau bagi batu pun kompem dia boleh jual tapi bila jual kat Facebook sendiri dia jadi pelik kenapa tak ada orang nak komen ke, nak like ke..

Sebab apa? Hardsell dan dan direct sales.

Hardsell ni bukan macam hardisk. Maksudnya, kita post terus jual barang kita. Memang la tak ada yang nak beli atau tanya.

Facebook ni tempat bersosial dan berkomunikasi. So ayat dan cerita tu penting.


Tak tau nak buat cerita menjual macam mana?

Guna je lah 176 Template Copywriting The Story Selling ni. Mudah giler kerja. Hanya copy, edit produk kita dan paste kat wall Facebook!

Perghh! Merecik hawauu..

Macam mana Template tu? Tengok sini:




Isnin, 22 November 2021

3 DOA YANG TIDAK DITOLAK

 ثلاثُ دَعَواتٍ مُستَجاباتٌ لا شَكَّ فيهِنَّ: [دعوةُ المَظْلومِ]، ودعوةُ المُسافِرِ، ودعوةُ الوالِدِ على وَلَدِه.

Hadith Rasulullah Saw  ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Dicatatkan di dalam kitab Al-Kaba'ir halaman 184. Hadith ini dinilai sebagai sanadnya kuat oleh Az-Zahabi dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban di dalam kitab sahihnya.

Hadith ini bermaksud: "tiga doa mustajab yang tidak diragui padanya (utk diperkenankan) iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang musafir dan doa ayah (ibu) ke atas anaknya" 

Rasulullah SAW mengajar kita tentang peringatan-peringatan ini.

Ini adalah peringatan kepada kita utk tidak sesekali menzalimi orang lain kerana orang yang dizalimi mempunyai satu senjata yang mungkin kita tidak sedari iaitu doa' yang mustajab. Andai dia marah dan sakit hati dengan kita maka dia berdoa dengannya, sungguh itu adalah malapetaka bagi kita. 

Kedua ialah orang yang musafir dengan niat yang baik. Doa mereka juga termasuk dlm kategori yang mustajab maka ambil peluang tersebut utk berdoa dan terus berdoa. 

Ketiga ialah doa ayah juga ibu kepada anak-anaknya. Ini termasuk doa-doa negatif yang mungkin dipanjatkan oleh ibu ayah kepada anak-anaknya yang derhaka.

Ia suatu peringatan kepada anak-anak agar tidak menderhakai kedua ibu ayah mereka. Juga peringatan kepada ibu ayah utk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Pada masa yang sama, peringatan juga bagi ibu ayah agar lebih santun dan tertib serta tidak cepat mendoakan keburukan kepada anak-anak disebabkan kekecewaan peribadi. 

Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam 




Ahad, 21 November 2021

SNK VS. CAPCOM SVC CHAOS

SNK vs. Capcom SVC Chaos adalah permainan pertempuran 2003 yang dihasilkan oleh Playmore (kini SNK) untuk platform arked dan rumah Neo Geo.


Permainan ini adalah crossover yang menampilkan watak-watak dari sifat permainan pertempuran SNK dan Capcom masing-masing seperti The King of Fighters, Samurai Shodown, Street Fighter dan Darkstalkers. Ia adalah permainan arked ketiga dalam satu siri crossover antara kedua syarikat ini dan satu-satunya yang dikembangkan oleh SNK.


Nak main? Klik 👇

Arcade








Sumber: RetroGames

Sabtu, 20 November 2021

RANCANGAN SENAMAN BERAT BADAN FASA 3

Sebelum ni dah pernah kongsi teknik workout atau senaman menggunakan dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band, sandbag, suspension trainer dan weight plate. Kali ni sekadar nak berkongsi teknik bodyweight workout atau senaman berat badan oleh Brandon White dan Hudson.

Pelbagai teknik workout boleh buat, antaranya arm workout, shoulder workout, chest workout, back workout, ab workout dan leg workout. Jom check it out! 💪 #StaySafe #StayHealthy #StrongerTogether

Hari 1


Hari 2


Hari 3


Hari 4


Hari 5


Sumber: Buff Dudes
  

Jumaat, 19 November 2021

KAMU JAGA HAK ALLAH, ALLAH AKAN JAGA HAK KAMU

Sekadar berkongsi ceramah daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi. Semoga bermanfaat.


Sumber: Abu Khadijah
 

Khamis, 18 November 2021

PROGRAM SMARTSAHAM RISING STAR (19 & 20 NOVEMBER 2021)

Team SmartSaham percaya, semua orang mampu buat keuntungan dan menjana kekayaan dengan pelaburan saham.

Tetapi…

Ramai yang berasakan saham ni sesuatu yang kompleks.

Apabila melabur saham...

Perlu tengok chart di monitor hari-hari.
Perlu hafal candlestick.
Perlu hafal pattern bullish, pattern bearish.
Perlu hafal indicator-indicator.
Saham ni kena beli bila harga rendah, signal confirm, buy.
Bila harga naik, patah trend, sell.

RUMIT!

Sehingga ramai yang melihat ia sangat berisiko dan merasakan saham itu bukan untuk mereka.

Bagaimana jika team SmartSaham katakan…

Terdapat satu strategi yang boleh digunakan untuk jana keuntungan; STRATEGI CORPORATE EXERCISES

STRATEGI DIVIDEN - boleh untung
STRATEGI BONUS ISSUE - boleh untung
STRATEGI UNIT SPLIT - boleh untung 

Bukan itu saja, dengan kaedah SIMPLIFIED TECHNICAL ANALYSIS yang mudah difahami serta mudah diaplikasi, juga boleh menjana keuntungan.

Aspirasi team SmartSaham dalam dunia saham ini adalah supaya rakyat Malaysia menjadi 
“KNOWLEDGEABLE” dan “INFORMED INVESTOR” apabila melabur saham

Kerana itulah…

Dengan kerjasama Bursa Malaysia-i,
team SmartSaham mengadakan KELAS ASAS SMARTSAHAM RISING STAR secara ONLINE selama 2 HARI!


PATUH SYARIAH & PATUH UNDANG-UNDANG!

KHAS bagi mereka yang BARU ingin bermula melabur.
Mahupun mereka yang betul-betul kosong dalam dunia Bursa Saham

DAFTAR SEGERA!

JUMPA ANDA NANTI!



 

Rabu, 17 November 2021

3 TIPS SUPAYA REZEKI KITA LEBIH MEWAH

Ada masa kita mungkin tertanya-tanya kenapa rezeki kita tak macam orang lain kan?

Selalu tak cukup, tak mewah, tak boleh selalu gi travel oversea macam orang lain.

Sahabat,

Cuba renung Hadis Qudsi ni,

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya."
Salah satu sebab rezeki kita tak mewah ialah kerana kita kurang ingat Allah.

Pernah tak kita peruntukkan satu masa khas semata-mata untuk ingat kepadaNya?

Sedangkan Allah tak pernah lupa untuk memberikan rezekiNya kepada kita. Sampai saat ini kita masih bernafas dengan percuma.

Bukankah bernafas itu rezeki yang tidak ternilai harganya? Belum cerita rezeki penglihatan, pertuturan dan pendengaran lagi.

Disebutkan dalam satu hadis yang lain, 

“Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, ada 3 tips mudah supaya rezeki kita lebih luas lagi selepas ini.

1. Peruntukkan masa lepas Asar dan Subuh untuk ingat Allah, antara 3 - 30 minit.

Caranya? 

Boleh baca Quran, selawat, zikir atau apa-apa sahaja yang buat kita ingat Allah.

Yang penting masa buat semua tu kita ingat Allah yang memberikan semua rezeki yang ada pada kita.

2. Ingat Allah masa senang. InsyaAllah Allah ingat kita masa kita susah.

Caranya? 

Cari peluang untuk sedekah setiap hari. Boleh wujudkan Tabung Subuh dan letakkan di rumah. Memang memudahkan!

3. Amalkan cara pengurusan kewangan yang betul. 

Ada 7 Fasa Pengurusan Kewangan yang perlu difahami dan dipraktikkan, baru kewangan kita tak tercekik.

Bab ni kena belajar dengan Tuan Afyan Mat Rawi, Azizul Azli Ahmad dan Noor Amin gaiss. Mereka lebih pakar. Follow FB mereka okeh?


Tapi kalau nak belajar 55 Rahsia Mengalir Tanpa Henti, boleh klik link di bawah sekarang.




Moga bermanfaat.😊👍

#SebarkanKebaikan 

Selasa, 16 November 2021

RAMAI BOLEH MENULIS IKLAN ATAU BUAT POSTING DEKAT FACEBOOK TAPI TAK ADA ‘WOW’!

Serius aku tak tipu. 

Bila kita scroll je FB, nampak iklan je, nampak posting kawan-kawan je, kita tak stop. Terus scroll sampai ke bawah dekat HP tu.

Itu maksudnya, iklan atau posting tu tak ada ‘Wow’. 

Puncanya?

HEADLINE! Headline tu tak buat orang rasa nak berhenti, klik dan baca.

Kenapa HEADLINE?

Sebab Headline ni yang duduk paling atas dan awal sekali dalam setiap posting yang dibuat.

First Impression sangat penting dalam posting.

Jadi sekarang ni kalau nak belajar atau nak buat, tak perlu nak susah payah dah. Semua dah disediakan dalam Ebook 105 Template Headline Padu!


Ramai yang dah beli ebook ni, boleh buat 10 headline dari 1 template sahaja!

1 template pun tak habis buat. Inikan pula 105 template. Pakai sampai 7 keturunan.

Cepat grab Ebook ni sementara Harga masih murah. Klik sini sekarang:



 

Isnin, 15 November 2021

WANITA SOLEHAH SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA

الدُّنيا متاعٌ وخيرُ متاعِها المرأةُ الصَّالحةِ

Bermaksud: Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah

Hadith ini diriwayatkan di dalam Mukhtasar Al-Maqasid halaman 466 diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amru. Ia dikira sahih oleh Az-Zarqani

Dunia secara keseluruhannya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan di dalam dunia ini ialah wanita solehah. 

Ini bermakna wanita mempunyai tempat utama dalam Islam dengan syarat mereka adalah taat kepada Allah dan Rasulnya serta amat menjaga agamanya. 

Menjadi solehah adalah syarat untuk terpilih sebagai yang terbaik. Ia tidak terjadi dengan sendiri sebaliknya perlu diusahakan. 

Jom berusaha para ibu, kakak, anak-anak dan adik-adik sekelian. Berusaha ke arah kesolehan beragama. 

Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam 




Ahad, 14 November 2021

CAPCOM VS. SNK MILLENNIUM FIGHT 2000

Capcom vs. SNK Millennium Fight 2000 juga dikenali sebagai Capcom vs. SNK dalam siaran antarabangsa, adalah permainan pertempuran head-to-head 2000 yang dihasilkan oleh Capcom yang pada awalnya dilancarkan sebagai permainan arked yang dikendalikan oleh duit syiling untuk perkakasan NAOMI Sega dan kemudiannya dipindahkan ke Dreamcast. Ini adalah permainan kedua dalam siri SNK vs Capcom dan permainan pertama dalam siri yang akan dilancarkan untuk arcade.


Pada tahun 2000, acara seni mempertahankan diri khas dirancang melalui kerjasama dua organisasi dunia yang paling kuat, Garcia Financial Clique dan Masters Foundation. Acara gala yang diharapkan oleh semua orang akan meredakan konflik politik antara kedua-dua kuasa tersebut. Pertandingan ini diberi nama "Millennium Fight 2000".

Banyak seniman bela diri terkenal telah mendaftar untuk kejohanan ini. Orang-orang di seluruh dunia menumpukan perhatian pada pameran yang akan datang, menjadikan upacara pembukaan yang telah lama ditunggu-tunggu sebagai kejayaan besar.

Nak main? Klik 👇

PlayStation


Sumber: RetroGames
 

Sabtu, 13 November 2021

RANCANGAN SENAMAN BERAT BADAN FASA 2

Sebelum ni dah pernah kongsi teknik workout atau senaman menggunakan dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band, sandbag, suspension trainer dan weight plate. Kali ni sekadar nak berkongsi teknik bodyweight workout atau senaman berat badan oleh Brandon White dan Hudson.

Pelbagai teknik workout boleh buat, antaranya arm workout, shoulder workout, chest workout, back workout, ab workout dan leg workout. Jom check it out! 💪 #StaySafe #StayHealthy #StrongerTogether 

Hari 1


Hari 2


Hari 3


Hari 4


Sumber: Buff Dudes

Jumaat, 12 November 2021

KISAH NABI ADAM A.S.

Sekadar berkongsi ceramah daripada Ustaz Auni Mohamed. Semoga bermanfaat.


Sumber: Abu Khadijah
 

Khamis, 11 November 2021

SEMINAR KEWANGAN FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT RELOADED ONLINE (13 - 14 NOVEMBER 2021)

Pernahkah anda menghadapi situasi kewangan seperti berikut?

  • Tiada simpanan kecemasan.
  • Tak boleh menyimpan secara tetap setiap bulan.
  • Stres dengan hutang yang membebankan.
  • Tersalah beli kereta melebihi kemampuan sebenar.
  • Tidak mempunyai aset dan harta.
  • Tertekan dengan bil hospital.
  • Tak tahu macam mana nak mula melabur.
  • Pening nak pilih pelaburan apa.
  • Tiada tabung pendidikan anak.
  • Tiada tabung persaraan.
  • Tak faham pengiraan zakat.
  • Tak reti nak buat kiraan cukai sendiri.
  • Masalah harta pusaka yang tak selesai.
  • Tak faham faraid.

Situasi-situasi kewangan ini selalunya mengundang stres dan tekanan, hidup rasa serba tak kena.

Solusinya?

Urus dan rancang kewangan anda secara menyeluruh sebaiknya.

Pelajari cara urus dan rancang kewangan anda secara komprehensif melalui seminar online selama 2 hari!!




SEMINAR FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT RELOADED (FFBR) 2021

Tarikh : 13 - 14 NOVEMBER 2021 

Masa : 9.00 AM - 5.00 PM

Belajar dan praktik sendiri sepenuhnya. 



 

Rabu, 10 November 2021

7 AMALAN YANG BOLEH MEMBUATKAN REZEKI MENGALIR TANPA HENTI

Ada 7 amalan yang boleh membuatkan rezeki kita mengalir tanpa henti. 

Tips ini saya dapat daripada sahabat saya. Sangat bagus untuk diamalkan. Moga bermanfaat.

1. Istighfar/bertaubat. Ramai tidak perasan bahawa istighfar adalah pembuka kepada semua jalan rezeki. Ini berdasarkan hadith Nabi,

"Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i)

2. Menjaga solat 5 waktunya. Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi,

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu." (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah)

3. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapanya. Ingatlah penyambung rezeki seseorang adalah bila dia tidak pernah lupa memberi kepada kedua ibu bapanya.

4. Membantu mereka yang lemah. Ada yang perlukan bantuan hulurkan walau sekecil pertolongan. Mereka itu sumber terbukanya rezeki berdasarkan Sabda Nabi SAW,

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Hadith Riwayat Bukhari)

5. Memudahkan urusan orang. Jika kita murahkan urusan orang, Allah juga pasti tidak menyulitkan urusan kita. 

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Hadith Riwayat: Muslim)

6. Memuliakan tetamu yang hadir. Apa sahaja status orang yang bertandang ke rumah kita, mereka wajib dimuliakan. Itulah isyarat Tuhan sedang mengirimkan rezeki. 

7. Setelah semua hal ini telah diusahakan dengan baik. Jangan lupa untuk tawakal kepada Tuhan. FirmanNya,

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Thalaq ayat 3)

Sungguh, rezeki itu bukanlah segala-galanya dari wang Ringgit semata-mata. 

Tetapi juga dari kesihatan, ketenangan, kelapangan, keluarga dan anak-anak yang baik.

Dapat baca posting ni pun rezeki. Rezeki penglihatan, kesihatan dan penglihatan, betul tak?

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang baik-baik buat kita semua.


#TipsRezeki
#SebarkanKebaikan

Ps: Nak 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti? 

Boleh klik link di bawah ya. Moga jadi asbab rezeki dan kebaikan buat semua.❤ 




Selasa, 9 November 2021

KECEWA NAK BUAT VIDEO LAGI DEKAT YOUTUBE SEBAB TAK RAMAI TONTON? RASA BAZIR MASA?

Rakam video buat kerja angkat buah sawit dan kait kelapa sawit sahaja view beribu-ribu hingga sampai ratus ribu! 

Dengan youtube bernama Dimas Pratama, beliau yang merupakan orang Indonesia yang bekerja di Malaysia, mempunyai 153k Subscriber. 

Perghh! Korang tau apa dia buat?

Hanya rakam video dia buat kerja kait buah kelapa sawit sahaja dan naikkan kelapa sawit atas lori. 

Sebab itulah kerjanya setiap hari. Ada 388 video dia upload kebanyakkannya angkat kelapa sawit. 

Cara edit pun biasa-biasa sahaja dan rakam menggunakan handphone. 





Dia juga merupakan Youtuber Sawit pertama mendapat Silver Play Button. Haaa.. Jangan main-main gaiss..

Video yang dia hasilkan,  dia masukkan sekali dengan lagu. Konsisten upload. Tak perlu nak buat video cantik cantik. 

Kalau dia boleh,  korang pun boleh. Apa sahaja kerja yang korang buat setiap hari, rakam dan upload sahaja di Youtube. 

Mana tahu nanti jadi income macam Dimas Pratama.

Kunci utama adalah rakam dan upload secara konsisten bukan sebab duit tapi nak kongsikan apa yang korang buat. 

Bagi yang dah buat Channel Youtube tu dan nak dapatkan banyak tontonan, dapatkan ebook ni, 

Klik sini: 




Follow cara ni, InsyaAllah banyak views. Lepas tu baru income datang kemudian.
 

Isnin, 8 November 2021

APA DIA AL-HANAFIYYAH AS-SAMHAH?

أَحَبُّ الدِّينِ إِلَى الله الْحَنِيفِيَّةُ السَّمْحَةُ

Bermaksud: Agama yang paling dicintai oleh Allah adalah Al-Hanifiyyah As-Samhah (yang lurus lagi mudah)

Hadith ini diriwayatkan di dalam kedua-dua kitab sahih (sahihain) iaitu Sahih Al-Bukhari dan Muslim). Ia dikenali sebagai hadith mu’allaq kerana pada awal bahagian sanadnya dibuang. Biasanya hadith mu’allaq adalah tertolak, namun kerana hadith ini disebut di dalam kedua-dua sahih maka ulama memperincikannya dengan penelusuran sanad. Bagi hadith ini, darjatnya ialah Sahih kerana terdapat banyak hadith-hadith lain yang menjadi penguat. Antaranya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal dari jaluran Yazid.

Hadith ini menceritakan ciri-ciri agama Islam yang bersifat lurus dan mudah. Ia adalah agama yang lurus dalam membina keyakinan dan mudah untuk diamalkan. Kerana itu, Islam adalah merupakan agama yang diredhai Allah untuk kita anuti.

Islam adalah bukan agama kerahiban yang menjauhkan dunia daripada kehidupan beragama. Sebaliknya dunia adalah tempat diikhtiarkan manusia untuk mendapatkan sebanyak mungkin kebaikan demi memperolehi keredhaan Allah.

Jom melatih anak-anak sebanyak mungkin tentang agama yang lurus lagi mudah ini.

Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam 




Ahad, 7 November 2021

SNK VS. CAPCOM THE MATCH OF THE MILLENNIUM

SNK vs. Capcom The Match of the Millennium adalah permainan pertempuran crossover yang dikembangkan dan diterbitkan oleh SNK untuk Neo Geo Pocket Color pada tahun 1999.


Permainan ini mempunyai sejumlah 26 watak dari SNK dan Capcom. 13 watak dari SNK iaitu Akari Ichijou, Anthena Asamiya, Geese Howard, Haohmaru, Iori Yagami, Kyo Kusanagi, Leona, Mai Shiranui, Nakoruru, Orochi Iori, Ryo Sakazaki, Terry Bogard dan Yuri Sakazaki. 13 watak dari Capcom iaitu Akuma, Baby Bonnie Hood, Chun-Li, Dan Hibiki, Evil Ryu, Felicia, Guile, Ken Masters, M. Bison, Morrigan Aensland, Ryu, Sakura Kasugano dan Zangief. Lapan daripadanya tersembunyi dan mesti dibuka kuncinya. Empat watak tersembunyi dari SNK iaitu Akari Ichijou, Geese Howard, Orochi Iori dan Yuri Sakazaki. Empat watak tersembunyi dari Capcom iaitu Akuma, Baby Bonnie Hood, Evil Ryu dan M. Bison.


Nak main? Klik 👇

Neo Geo Pocket


Sumber: RetroGames

Sabtu, 6 November 2021

RANCANGAN SENAMAN BERAT BADAN FASA 1

Sebelum ni dah pernah kongsi teknik workout atau senaman menggunakan dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band, sandbag, suspension trainer dan weight plate. Kali ni sekadar nak berkongsi teknik bodyweight workout atau senaman berat badan oleh Brandon White dan Hudson.

Pelbagai teknik workout boleh buat, antaranya arm workout, shoulder workout, chest workout, back workout, ab workout dan leg workout. Jom check it out! 💪 #StaySafe #StayHealthy #StrongerTogether

Hari 1


Hari 2


Hari 3


Sumber: Buff Dudes
 

Jumaat, 5 November 2021

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sekadar berkongsi ceramah daripada Ustaz Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan. Semoga bermanfaat.


Sumber: Abu Khadijah