Selasa, 14 Disember 2021

MASING-MASING NAK BUAT VIDEO YOUTUBE TAPI LAST-LAST GIVE UP SEBAB TAK ADA ORANG TENGOK

Kalau buat 10 video youtube tak banyak view,  tak ramai subscriber dah give up,  baik korang tengok brader ni.

Abang ni kerja dia bawak lori kontena hari-hari. Dan setiap hari dia rakam perjalanan dia bawak lori kontena sambil membebel hal isu semasa. 

Boleh tahan juga mulut abang ni pok pek pok pek. 


Dia ibaratkan youtube ni diari dia. Dia edit sikit-sikit dan upload perjalanan dia bawak lori kontena. 

Bukan semua orang tahu bagaimana kehidupan orang bawak lori kontena ni. 

Disebabkan dia rajin rekod dan upload serta tak peduli pasal view dan subscriber, sedar tak sedar dia dah upload sebanyak 567 video!


Konsisten beb! Edit pun pakai Kinemaster yang percuma saja. 

Dia sambil memandu sembang tak kosong. Ada saja cerita dia. So dia ada konten nak disampaikan. 

Headline dia cantik, thumbnail dia juga buat orang rasa nak klik. 


Korang yang buat kerja hari-hari tu,  apa kata upload kat youtube. Kongsikan apa yang korang buat. 

Dalam masa yang sama,  belajar hasilkan tajuk,  description dan thumbnail yang betul. 

Barulah video kita orang nampak dan akan KLIK untuk TONTON. 

Belajar buat tajuk youtube power kat sini:




P/s: Ebook dah tak banyak. Bila-bila masa saja harga akan naik.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan