Percaya tak kalau saya bagitahu, insyaAllah kita lebih mudah jemput rezeki dengan menukar persepsi?
Situasi 1:
A kemalangan. Kecederaan teruk di kaki. 6 bulan tak boleh jalan.
A melihat kemalangan sebagai masalah.
Sepanjang 6 bulan tu dia mengeluh dan mempersoalkan kenapa Allah susahkan dia sedangkan dia perlu mencari rezeki untuk keluarga.
Situasi 2:
B kemalangan juga. Kecederaan teruk di kaki. 6 bulan tak boleh jalan.
Sepanjang sakit dan diuji, dia sentiasa bersangka baik dengan Allah. B melihat banyak hikmah di sebalik ujian.
Dia lebih rapat dengan isteri dan anak anak yang menjaganya. Kawan-kawan yang lost contact mula hubungi dia semula.
Adik beradik yang pernah bermasam muka pun dah berbaik kembali. Semuanya semakin sedar bahawa hidup ini tak lama. Semakin hari semakin tua.
B melihat rezeki Allah semakin melimpah ruah sejak kemalangan.
Rezeki sabar, ketenangan dan kasih sayang.
Itulah rezeki yang jauh lebih mahal dari wang ringgit, kerana semuanya boleh membaca ke Syurga!
Nampak tak, bagaimana persepsi kita boleh menjadi asbab kepada rezeki yang kita ada.
Dengan melihat ujian sebagai tanda kasih sayangNya, maka rezeki kita bertambah-tambah walaupun bukan dalam bentuk harta benda.
Dari situ datangnya pertolongan Allah.
Walaupun kita berdepan dengan kesukaran kerana terpaksa menanggung kos perubatan, ramai yang tampil menghulurkan bantuan melihat ketabahan dan kesungguhan kita untuk terus positif bila berdepan dengan ujian.
Kita menjadi inspirasi kepada mereka. Kita memberi manfaat kepada mereka, walaupun bukan secara langsung.
Benarlah seperti kata-kata Imam Sya'rawi. Rezeki itu adalah apa-apa yang memberi manfaat kepada kita.
Bukan semata-mata wang ringgit dan harta benda, malah kesabaran, ukhwah dan kasih sayang juga adalah rezeki yang akan kita perolehi dengan menukar persepsi.
Belajar sesuatu? Jom share dengan kawan-kawan ya.❤
Dapat share pun rezeki (pahala). Kawan-kawan yang dapat ilmu baru pun rezeki.
Nak belajar lagi tentang rezeki?
Boleh klik link di bawah. Selamat membaca kawan-kawan!😊👍
#SebarkanKebaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan