Isnin, 12 April 2021

ANAK-ANAK SUKA GADUH KER?

Paling tak syok dengar bila anak-anak start ber’argue’ dan mula tinggi suara. Masing-masing nak menang dan tak nak mengalah. Akhirnya, ada lah tu yang menangis. Nasib tak baik ada yang bergomol dan tercedera.

Okay, bergaduh dan bertegang leher tu normal, even bergomol pun normal tapi cedera dan mencederakan tu adalah tak normal. Ibu ayah perlu bertindak segera, elakkan kecederaan.

#ibuayah24jam nak kongsi sedikit beberapa tips ringkas untuk anak-anak yang suka bergaduh ni:

  1. Ibu ayah perlu mula pasang telinga apabila dah start ada ‘argument’ di antara mereka.
  2. Membiarkan mereka ber’argue’ buat SEKETIKA mungkin memberi peluang kepada mereka untuk membina sedikit skil argumentasi tetapi tidak boleh secara berpanjangan atau terlampau lama.
  3. Ibu ayah perlu mengambil tempat dengan segera bagi meleraikan pertikaian dan elakkan daripada mengambil mana-mana posisi untuk turut serta ber’argue’.
  4. Segera mengarahkan anak-anak untuk meminta maaf sesama mereka serta wujudkan kembali mahabbah dan berkasih sayang.
  5. Ubat kepada bergaduh ialah rasa kasih sayang di antara anak-anak. Eratkan kasih sayang mereka dengan berkongsi, makan bersama dan aktiviti-aktiviti secara bersama.

Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga kehujungnya.

Ingat pesan kepada anak-anak, adik beradik kena sentiasa berkasih sayang, ‘protective’, ‘supportive’ dan saling tolong menolong.

Jom dapatkan e-book #ibuayah24jam, klik di sini.



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan