Isnin, 19 April 2021

EH BERAPA KALI NAK CAKAP NI!!!!

'Napalah payah sangat nak faham?'
 
'Berapa kali nak suruh ni?'
 
'Kelmarin dah cakap, semalam dah suruh, hari ni nak kena suruh lagi'

Aku seorang aje ker yang macam ni, asyik marah aje anak-anak. Macam mana aku tak marah kalau berulang-ulang benda sama yang aku kena sebut. Penat.
 
Sungguh, kita kan manusia biasa pasti marah dan naik angin tu normal aje. Tapi kita kena ingat ni aje dalam marah-marah kita tu:

  • Anak-anak ni mainnya lebih memang apa yang kita kata tu biasanya jarang melekat. 
  • Anak-anak ni macam daun keladi jarang melekat apa yang dikata. Andai disimpan apa yang kita kata, mahu berbekas kuat dalam jiwa dia. 
  • Andai yang berbekas itu ialah kebaikan insya Allah sampai tua baiklah ia kepada kita. 
  • Namun ingat andai yang berbekas itu pahit maka wal'iya zubillah sampai tua dia lari dari kita. 
  • Pesanlah dengan baik kerana biasanya yg baik mudah melekat dan yang pahit susah nak hilang. 

Jom, dapatkan pesanan-pesanan lain lagi di #ibuayah24jam

Klik:



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan