Isnin, 5 April 2021

APA ADA PADA SYUKUR?

Saya pernah berjumpa dengan seorang ‘auntie’ berumur lanjut yang hidupnya sungguh hebat. Tanpa pendapatan tetap, hidup dan membesarkan anak di dua negara berbeza yang akhirnya anak, cucu dan cicitnya menjadi ‘somebody’ dan antara orang terhebat di negara yang amat menyanjungi Islam.

Saya pernah tanya ‘auntie’ ni, apakah rahsianya?

Dia kata, “ia mungkin kerana rasa syukurnya yang telah dilatih sejak kecil lagi”, tambahnya lagi “seingatnya masa mula-mula ‘auntie’ dipisahkan tempat tidur oleh mak untuk tidur sendiri, ‘auntie’ dihadiahkan dengan sebiji bantal kepala dan dua bijil bantal peluk, sekeping alas dan sekeping selimut, masa dapat hadiah tu, auntie rasa wah! Banyaknya harta aku, Ya Allah syukur sangat-sangat atas nikmat ni. Alhamdulillah. Dari situ, auntie rasa segalanya dimudahkan, semuanya dengan kalimah syukur.”
 
Pesan ‘auntie’, ‘perbanyakkan syukur insya Allah segalanya dipermudahkan’

Jom sama-sama kita ucapkan Alhamdulillah sekurang-kurangnya 3 kali pada pagi ni..
 
Alhamdulillah
Alhamdulillah 
Alhamdulillah

Tuan puan tahu tak? Dalam e-book #ibuayah24jam, ada 3 bab yang sebut pasal syukur iaitu bab 3, bab 12 dan bab 13…..Jom dapatkan, klik di sini.



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan