Menyuruh dan mengajar anak untuk melakukan kebaikan adalah senang tapi nak latih mereka untuk kekal melakukannya adalah satu cabaran.
Ramai yang berjaya untuk mengajar tentang kebaikan baik ia berupa ibadah, adat, akhlak ataupun amalan serta tugasan harian.
Kali pertama biasanya anak-anak akan buat. Kali kedua begitu juga dan begitu juga kali ketiga dan seterusnya. Bila sudah acap kali suruh, kita ibu ayah mula datang rasa, 'eh budak ni bila dia nak ingat dan jadikan sebagai tabiat ni'.
Acap juga bila diulang suruh, maka suara pun mungkin 'sedikit' tinggi hingga ada yang panggil 'suara tarzan'.
Saya teringat ada satu jenis perkiraan yang dibuat oleh seseorang tentang perintah suruhan ini sebelum boleh bertukar menjadi marah.
Dia kata, Rasulullah SAW memerintahkan kita menyuruh anak-anak solat ketika berumur 7 tahun dan memukulnya (bukan pukulan mencederakan) apabila sampai umur 10 tahun. Ini dipetik daripada maksud hadith diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad hasan.
Dihitungnya tempoh tiga tahun tersebut dengan jumlah solat harian, iaitu:
5 kali solat x 360 hari setahun (tahun hijri) x 3 tahun = 5,400 kali.
Katanya, lepas suruh 5,400 kali barulah boleh melekat. Kalau tak melekat juga maka bolehlah disuruh dengan kaedah dicampur hukuman.
Jom cabar diri kita untuk kekal istiqamah menyuruh pada kebaikan tanpa terkeluar ayat/perkataan yang tidak selayaknya.
Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan