Isnin, 5 Julai 2021

APA KITA RASA?

Pernah tak satu hari tu tanpa sebab dan punca, anak lelaki yang berumur 12 tahun, sasa dan aktif tiba-tiba datang dari belakang serta peluk ayahnya dan menyebut sayang ayah.
 
Kalau yang dipeluk itu ibu dan yang menyebutnya anak perempuan, saya ingat itu biasa sebab mereka selalu dilimpahi kasih sayang.
 
Bagi seorang ayah, perasaan tersebut sungguh indah dan membuatkan hati berbunga-bunga. Sangat selesa dengan pelukan sebegitu.
 
Tanpa kita sedar pelukan tersebut telah melahirkan beberapa manfaat, antaranya ialah :

  1. Ia boleh meredakan sebarang tekanan. 
  2. Membina imunisasi badan. 
  3. Rasa dihargai
  4. Melahirkan perasaan gembira. 
  5. Menyebabkan rasa selamat dan dilindungi 
  6. Menambahkan keyakinan
  7. Sekiranya pelukan dibuat ketika konflik, ia mampu mengurangkan ketegangan

Sebenarnya ramai dikalangan kita yang sedia maklum dengan kelebihan pelukan ini. Tinggal lagi bagaimana nak melatih diri kita agar tidak janggal dalam memeluk anak-anak ini.
 
Ingat kisah sahabat Nabi SAW Al-Aqro' Bin Habis tatkala melihat bagaimana Rasulullah Saw mencium cucunya Hasan Bin Ali lantas beliau berkata 'Aku mempunyai 10 orang anak dan aku tidak seorang pun daripada mereka pernah aku ciumi'  lalu Rasulullah Saw bersabda
 
من لا يرحم لا يرحم

Sesiapa yang tidak merahmati tidak akan dirahmati (riwayat sahihain)
 
Jom 'improve' diri jadi ibu ayah yang tidak kekok peluk anak-anak.
 
Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Klik:



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan