Isnin, 26 Julai 2021

AJAR ANAK KENAL ALLAH

Pernah tak kita ambil satu tajuk untuk berborak dengan anak? Tidak formal santai tetapi secara dua hala.
 
Kalau pernah, apa tajuk yang selalu di bincang? Dan pernah tak ambil tajuk mengenal Allah sebagai topik perbincangan dlm keadaan santai dan rileks?
 
Saya ingat topik ni penting agar anak-anak dapat mengenal Penciptanya yang Maha Agong lagi Maha Perkasa.
 
Penting agar Tuhan bagi anak-anak adalah bukan bayangan bagaikan seorang makhluk. Pemahaman tentang tuhan yang betul-betul perlu dipasakkan ke dalam jiwa anak-anak.
 
Ini adalah antara beberapa poin penting yang perlu diterangkan kepada anak-anak untuk mengenali Allah SWT:

  1. Allah itu esa, satu dan tidak sesekali serupa dengan apa sahaja yang pernah kita jumpa. 
  2. Allah itu bersifat dengan segala kesempurnaan tanpa ada sedikit pun kecacatan. 
  3. Allah itu tempat kita memohon atas apa sahaja yang kita perlukan. 
  4. Allah itu tempat kita bergantung harap pada setiap masa dan setiap ketika. 
  5. Dan tidak pernah sesekali berputus asa pada rahmat Allah.
 
Jom kita bersama-sama membina keluarga yang mengenali Allah.

Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan