Selasa, 31 Ogos 2021

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2021

Tema dan logo Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2021 adalah 'MALAYSIA PRIHATIN' dan ia dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun lepas (2020).


TEMA & RASIONAL TEMA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA

Pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik COVID-19.

Malaysia

Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi COVID-19.

Prihatin

Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Logo Berbentuk Hati

Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat yang berbilang kaum.

Warna Biru Tua

Kesatuan hari rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Bulan Sabit

Islam adalah agama bagi persekutuan.

Bintang Pecah 14

Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.

7 Jalur Merah Berbentuk Hati

Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Stigma Bunga Raya

Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.

5 Titik Merah

Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Hari ini 31 Ogos 2021, tahun ke 64 negara Malaysia ini merdeka.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia! MALAYSIA PRIHATIN!
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan