Rabu, 25 Ogos 2021

TIPS REZEKI MELIMPAH

DHUHA

Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

TAHAJJUD

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

AL-QURAN

Bangun pagi jangan buka handphone atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

ZIKIR

Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

SOLAT BERJEMAAH

Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

SILATURRAHIM

Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

BERSEDEKAH

Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

SOLAT AWAL WAKTU

Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

TAWAKAL DAN USAHA

Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

  • Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
  • Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
  • Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
  • Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

  1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
  2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

Kredit: Masyitoh Mansor


#islamituindah
#sebarkan

Nak rezeki lebih mudah lepas ni? Baca nota di bahagian bawah. Moga bermanfaat.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan