Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat agar segera menunaikan hutang. Ia dibimbangi akan menyebabkan perhitungan amalan seseorang tidak akan selesai selagi hutangnya tidak diselesaikan. Sabda Rasulullah:
نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut diselesaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)
Apakah yang dimaksudkan dengan ruh tergantung? Menurut al-Imam al-Suyuti, ruh yang tergantung ini adalah ruh yang terkurung sehingga urusan hutangnya diselesaikan. Manakala al-Imam al-Iraqi pula berpandangan, ruh yang tergantung ini adalah:
أمرها موقوف، لا حكم لها بنجاة، ولا هلاك؛ حتى ينظر هل يقضى ما عليها من الدين
“Urusan (kehakiman terhadap) ruh tersebut ditangguhkan, tidak ditentukan samada berjaya atau binasa (kehidupan sesudah matinya) melainkan setelah diperhatikan urusan hutangnya.
Menurut al-Imam al-Syaukani pula, hadis ini adalah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kita dan para waris agar menyelesaikan segera urusan hutang si mati.
Dalam dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa sekalipun seseorang itu mendapat kedudukan syahid, semua dosanya boleh diampunkan melainkan bab hutang. Sabda Rasulullah:
يغفر الله للشهيد كل ذنب إلا الدين
“Allah mengampunkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh seorang yang mendapat mati syahid melainkan hutang.” (Sahih Muslim)
Malah Rasulullah mengajar kita agar sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita dalam perkara hutang. Maka amalkanlah doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Kredit: Dr Ahmad Sanusi Azmi
Sebarkan. Moga bermanfaat.
Nak #Rezeki melimpah ruah supaya dapat selesai hutang? Baca nota di bahagian bawah ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan