Isnin, 17 Ogos 2020

PANDUAN MEMILIKI RUMAH LELONG

Shafie Bustan merupakan seorang pelabur hartanah yang masih bergiat aktif sejak dari tahun 2005. Beliau merupakan Graduan Multimedia Universiti dalam jurusan Ijazah Perakaunan dan pengalaman bekerja di Telekom Malaysia selama 8 tahun sebagai auditor dalaman. Beliau melibatkan diri sebagai pelabur hartanah sepenuh masa bermula pada tahun 2007.




Antara pelaburan hartanah yang beliau ceburi adalah pengendalian homestay, sub sale, lelong dan flipping. Rumah yang berjaya beliau menangi dalam lelongan awam akan diperbaiki semula untuk disewakan atau dijadikan homestay. Beliau juga adalah seorang penceramah dalam banyak seminar-seminar yang telah dianjurkan berkaitan Rumah lelong.


Shafie Bustan juga mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam industri rumah lelong dengan ratusan kali telah berada di dewan lelongan awam dari tahun 2005 hingga sekarang. Pengalaman-pengalaman berharga beliau selama 15 tahun ini hari ini beliau kongsikan dalam 3 in 1 Kombo E-book rumah lelong ini. Ilmu padat ini dikongsikan kepada bakal pembaca e-book ini untuk dapat jadi seorang pelabur hartanah lelong yang berilmu dan dapat buat keuntungan yang maksima serta mengelakkan diri dari melakukan kesilapan dalam pembelian rumah-rumah lelong kelak dan alami kerugian yang sepatutnya boleh dielakkan.


Ayuh dapatkan Kombo E-Book Rumah Lelong ni sekarang!





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan