Khamis, 20 Ogos 2020

SELAMAT TAHUN BARU 1442 HIJRAH

Hari ini 1 Muharram 1442 hijrah. Hijrah sinonim dengan maksud perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

Selain memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah, kita juga harus menghayati ketibaan tahun baru hijrah 1442 ini dengan berhijrah mentransformasi diri daripada sikap buruk kepada yang baik.

Semoga ketibaan tahun baru 1442 hijrah ini, jika sebelum ini kita selalu sangat solat lewat waktu kita cuba untuk solat pada awal waktu. Jika tak tahu nak solat, jangan malu! Belajar macam mana nak solat. Masih belum terlewat.

Jika sebelum ini kita jarang sangat baca Al-Quran, cuba untuk baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 mukasurat 1 hari. Jika tak tahu nak baca Al-Quran, jangan malu! Belajar macam mana nak baca Al-Quran. Masih belum terlewat.

Jika sebelum ini kita selalu sangat boros dalam berbelanja, cuba untuk belajar untuk jimat bila berbelanja. Boleh belajar macam mana nak urus kewangan dekat sini. http://nak.la/8mIVD

Jika sebelum ini kita selalu sangat rasa tak cukup masa, cuba untuk mengurus masa yang ada dengan lebih efisien. Boleh belajar macam mana nak mengurus masa dekat sini. http://nak.la/hhCT

Selamat tahun baru 1442 hijrah. "Ummah Rabbani Negara Harmoni"


 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan