Isnin, 12 Oktober 2020

PANDUAN KENAL PELANGGAN

Ini ada 1 rahsia.

Rahsia ni boleh memakan diri.

Sebenarnya anda tak perlu pun belajar buat iklan atau tulis copywriting untuk dapatkan pelanggan.

Apa yang perlu anda buat adalah mengenal pelanggan.

Tak faham?

Mari baca contoh ni.


Ini kisah Ramu. (bukan nama sebenar)

Ramu ni masa sekolah ramai secret admire. Hensemlah katakan.

Boleh kata tiap-tiap minggu Ramu akan terima surat dari secret admire.

Surat yang dia dapat tu pula, ada macam-macam pesen.


Ada yang ditabur bedak.

Ada yang disembur perfume.

Ada yang diselit kad.

Ada yang dilampir origami.

Tak silapnya ada sekali tu, duit pun ada. (lain macam...)


Tapi dalam banyak-banyak surat yang Ramu terima, ada sorang ni cukup pandai menulis surat yang dekat di hati Ramu.

Kita namakan secret admire yang sorang ni Wani Hasrita.

Surat yang Wani Hasrita hantar simple saja.

Tak ada pun letak benda-benda pelik bersama.

Cukup sekeping dua kertas dengan tulisan yang tepat ke lubuk hati Ramu.


Ramu pun pelik juga, macam mana Wani Hasrita boleh tahu banyak pasal diri dia?

Kenapa rasa macam dah lama kenal?

Kenapa rasa macam ada chemical?

"Chemistry lah.." 🙄

Oh ye chemistry.. hehe


Rupa-rupanya Wani Hasrita sudah pasang spy.

Wani Hasrita ada kawan baik dan kawan baik dia berkawan dengan kawan baik Ramu.

Hmm banyaknya kawan.

Dari situlah Wani Hasrita dapat tahu macam-macam pasal Ramu.

Latar belakang dia, hobi dia, aktiviti dia, subjek apa dia suka, subjek apa dia fail, eh semualah.


Itu semua dijadikan bahan untuk Wani Hasrita menulis surat kepada Ramu.

Wani Hasrita tak perlu apa-apa trik untuk suratnya dibuka.

Wani Hasrita tak perlu 'rasuah' apa-apa untuk suratnya dibaca.

Wani Hasrita hanya perlu mengenal Ramu.

Itu sudah cukup untuk buat cintanya dibalas. (cewahhhh)


Sama juga seperti anda.

Hakikatnya anda tak wajib pun nak belajar buat iklan atau tulis copywriting.

Yang wajib adalah untuk anda mengenal pelanggan atau bakal pelanggan.

Bila dah kenal mereka, senang gila untuk anda buat iklan dan tulis copywriting.

Sebab semua bahan dah ada dalam kepala. Tak timbul isu tak ada idea.

Anda pergilah seminar buat iklan super duper advance sekali pun tak guna kalau tak kenal pelanggan.




Anda yang dapatkan set panduan Psikologi Iklan & Copywriting akan dapat panduan Kenal Pelanggan dan template Karakter Pelanggan.

Panduan Kenal Pelanggan akan bantu anda .......... err kenal pelanggan lah.

Ikut je 4 langkah yang diberi untuk mengenal pelanggan.

Paling best, ada 144 contoh soalan yang boleh anda tanyakan kepada pelanggan atau bakal pelanggan untuk mengenal mereka.

Tip: Tak perlu guna semua soalan. Gunakan beberapa je pun dah cukup.


Kemudian gunakan template Karakter Pelanggan.

Anda isikan saja 9 kotak kosong.

Lepas dah isi, dah kenal siapa pelanggan anda.

Sekarang sudah mudah dan cepat untuk anda mengenal pelanggan.

Lihat link di bawah sekarang untuk dapatkan panduan Kenal Pelanggan & Template Karakter Pelanggan.


Kita nak pelanggan kenal produk dan servis kita. Tapi kita tak nak kenal mereka.

Pelanggan benci peniaga yang sombong macam ni. Hanya pentingkan diri sendiri.

Jadi mereka pilih untuk beli daripada peniaga lain. 😝 

Anda klik je sini:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan