Tidak ada seorang pun yang sempurna yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. Baik seorang ayah, ibu mahupun anak-anak. Lazimnya ia berlaku kerana sifat dan sikap kita baik secara sengaja mahupun tidak. Secara terpaksa mahupun sukarela.
Sering berlaku penyesalan atas kesilapan dan kesalahan tersebut. Ada orang kata ‘just move on’, ‘let it go’, dan buang yang keruh ambil yang jernih. Ada mereka yang tidak dapat bertahan dengan perasaan tertekan tersebut mengambil jalan kiri dengan mencederakan diri dan ada yang menamatkan riwayat hidup sendiri.
Sungguh Islam memberi penyelesaian kepada perkara ini iaitu dengan pintu taubat. Dibuka seluas-luasnya hinggakan tiada dosa pun yang tidak diampunkan Allah kecuali dosa syirik dan menyekutuiNya. Itupun ruangan untuk kembali kepada Islam sentiasa terbuka tanpa had. Itulah tanda kebesaran Allah yang pada asma’Nya ialah Al-Ghafur dan Al-Afw.
Islam sentiasa mengiktiraf manusia yang padanya ada kesilapan dan kesalahan. Namun yang terbaik dikalangan mereka ialah yang sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Majah yang bermaksud 'setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka yang salah adalah yang bertaubat'.
Kita perlu mengajar diri kita dan anak-anak untuk bertaubat kepada Allah kerana:
- Itulah bekal bagi membolehkan kita dan anak-anak meneruskan hidup kita dengan baik sungguhpun kita pernah dan sentiasa melakukan kesalahan.
- Memberikan keyakinan bahawa Allah sayang kita walaupun pernah melakukan kesalahan.
- Agar kita sedar dan tahu bahawa 'permohonan ampun dengan Allah' adalah tanpa had.
- Itulah harapan bagi menjadi baik dan terus menjadi baik.
- Menjauhkan diri kita dan anak-anak daripada aura penyesalan, putus harapan dan hilang semangat.
Ingatkan bahawa Allah sentiasa ada dan sentiasa kekal menerima taubat hambanya.
Jom klik di sini utk dapatkan #ibuayah24jam
Bertaubat sebelum terlambat. Ruginya orang yang tak bertaubat sementara masih berpeluang.
BalasPadam