Senang cerita, sebab kita buat iklan dan copywriting untuk manusia.
Apabila kita berikan maklumat, manusia akan proses maklumat tersebut.
Kemudian, mereka akan buat keputusan tertentu.
Apabila anda buat iklan untuk bakal pelanggan, mereka akan proses iklan tersebut.
Kemudian mereka akan buat keputusan tertentu seperti beli atau tidak.
Jadi bagaimana anda boleh buat keputusan mereka itu menyebelahi kehendak anda?
Kita nak menjual kepada manusia.
Manusia ni ada akal dan perasaan. Bukan seperti tiang dan dinding.
Faham apa yang bakal pelanggan mahukan.
Mereka mungkin tak fikir semua perkara tersebut secara sedar.
Memang selalunya berlaku tanpa mereka sedar.
Jadi kita boleh mempengaruhi cara mereka berfikir dan buat keputusan.
Kita dah belajar dengan sifu A untuk buat iklan.
Kita dah belajar dengan sifu B untuk buat copywriting.
Tapi kenapa masih tak berhasil?
Hakikatnya iklan ni, 80% psikologi dan 20% teknikal.
Psikologi jauh lebih penting dari teknik-teknik buat iklan.
Psikologi manusia sama saja dari zaman Flintstone ke zaman Ejen Ali.
Teknik saja yang berubah-ubah. Tak terkejar kita dibuatnya.
Dalam panduan Psikologi Iklan & Copywriting, ada 35 taktik psikologi yang anda boleh gunakan untuk pengaruhi pelanggan membeli.
Ini bukan teknik-teknik poyo yang kononnya nak saiko pelanggan.
Semua taktik ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar.
Siap dishare sumbernya kalau anda sendiri nak buat kajian lanjut.
Kalau anda masih nak buat iklan dan copywriting tanpa pedulikan psikologi, elok berhenti menjual kepada manusia.
Pergi jual kat alien.
Tapi kalau anda masih berminat menjual kepada manusia, anda klik je sini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan