Rabu, 9 September 2020

NAK BELAJAR TEKNIK URUS MASA YANG BERIMPAK TINGGI?

Perjalanan masa tidak akan terhenti sedetik pun baik di tengah malam mahupun di tengah siang hari.

Perjalanan masa adalah tetap dan perkiraannya tetap, sama ada umat manusia memanfaatkan atau tidak tetap sama sahaja.

Ia juga tetap berjalan baik umat manusia bangkit dari keterlenaannya terhadap dunia mahupun tidak.

Disebabkan itu, setiap Muslim hendaklah menghitung amal yang telah dilakukan, jangan sesekali membiarkan waktu pergi walau sedikit pun tanpa diisi dengan amal soleh.

Sepanjang berjalannya masa, hendaklah diisi dengan amaI-amal soleh. Jangan sesekali diisi dengan amal yang keji.

Apabila melakukan perkara keji hendaklah segera diganti dengan amal yang soleh.

Dan apabila melakukan amal yang soleh hendaklah dipertahankan terus sehingga ajal menghampiri.

(Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri)


Nak belajar Teknik Urus Masa yang berimpak tinggi? Klik link di bawah sekarang.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan