Rabu, 18 November 2020

BERAPAKAH NILAI IMPIAN ANDA?

Jam berapa anda sampai di rumah setiap hari selepas pulang dari kerja? Adakah anda masih bekerja di pejabat biarpun hujung minggu? Setiap hari tersekat kat jalan raya? Balik lewat sebab kerja yang banyak di pejabat?

Apapun saya ada soalan nak tanya pada anda. Pernah tak anda mempunyai impian semasa kecil dahulu, zaman budak-budak, zaman remaja dulu. Tak kiralah nak jadi apa. Ada yang nak jadi pilot ke. Polis ke. Ahli bomba ke. Superhero ke. Jutawan bilioneer ke. Tak kisah la apa. Apa dah jadi dengan impian tersebut? Siapa disini yang dapat capai impiannya dan buat benda yang dia suka dan gembira?

Bagi yang masih berangan dan pendam impian tersebut. Apa dah jadi dengan anda? Lepas habis sekolah. Sambung pengajian di peringkat universiti bagi yang berpeluang. Lepas tu apa jadi kat anda? Kenapa anda tak kejar impian anda? Kalau masa kecil atau remaja tiada impian. Mungkin anda ada impian masa di universiti atau setelah dewasa. Apa yang berlaku dengan impian tersebut? Hanya tinggal impian jer ke?

Bila dah mula kerja makan gaji. Berapakah bayaran pertama (gaji pertama) yang anda terima sebagai rasuah untuk melupakan dan menggadaikan segala impian anda? Anda tak rasa cemburu dan iri hati bila
dapat tengok orang lain dapat hidup dalam impian dia? Atau anda memang tiada hati dan perasaan?

Bila lagi anda nak mula untuk mencapai impian korang? Jangan esok bila dah tua-tua rasa menyesal dan
kempunan pula sebab tidak mencuba. Alih-alih hanya boleh bercerita dengan anak cucu. "Abah/Atuk dulu. Kalau ikutkan boleh jer jadi ___________, tapi sebab "(alasan) Abah/Atuk tak jadi nak buat". Anak/Cucu pulak sound masa tu "Jadi Abah/Atuk ini seorang yang gagal la ye?".

Tapi tak apalah. Jangan rasa tertekan pula. Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya anda dah berusaha dengan gigih untuk membantu majikan anda mencapai impian dan cita-cita dia kan dan anda pasti gembira melihat majikan anda berjaya hidup dalam impiannya.

Selamat berkerja dan esok boleh sambung usaha untuk membantu orang lain mencapai impian mereka. Apapun anda masih lagi boleh tumpang senyum kan.

kalau anda nak berubah dan dah penat berusaha untuk orang lain capai impian mereka. Anda boleh KLIK https://bit.ly/320TBL1

Sumber: urusinsan
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan