Rabu, 25 November 2020

FORMULA 1 + 1 = 3

Pejam celik dah pertengahan minggu. Tidak lama lagi dah hujung minggu. Bagaimana dengan prestasi korang minggu ini? Berapa banyak dah masa dan tenaga korang korbankan untuk majikan korang? Rasa-rasanya boleh dapat bonus 12 bulan tak? Atau mungkin dapat cuti 60 hari setahun ke? Habuk pun takda? Takpalah. Yang penting negara masih aman kan. Lagipun siapalah korang tanpa majikan korang kan. Berusahalah dengan sepenuh hati untuk mengkayakan majikan korang. Semoga suatu hari kelak korang akan di berikan ganjaran yang berpatutan.

Saya nak sentuh pasal pasangan yang nak kahwin, pasangan yang berumahtangga mempunyai dua kali ganda keupayaan untuk membina kekayaan dengan lebih cepat dan pantas berbanding dengan orang bujang. Tak percaya? Jangan sheikh !!!

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)

Kalau nak kaya. Kena kahwin sheikh. Tapi kalau begitu. Mengapa ramai pasangan yang berkahwin tetapi menjadi miskin selepas berkahwin? patutnya menjadi kaya. Jawapan mudah ialah Allah dah jadikan pasangan yang hendak berkahwin kaya sebenarnya tetapi mereka (pasangan) itu sendiri memilih untuk menjadi miskin selepas berkahwin.

Kalau anda nak berubah dan dah penat berusaha untuk orang lain capai impian mereka. Anda boleh KLIK https://bit.ly/320TBL1

Buktikan. Tak percaya?

  1. Kalau tak kaya macam mana boleh perabih ribuan, belassan malah puluh ribuan untuk berkahwin? Allah dah bagi rezeki dah sheikhh!! Tapi ente yang buang semuanya kelaut.
  2. Buang kelaut? Mana tidaknya. Duit terkumpul nak kahwin dah 10K , rasa tak cukup buat personal loan tambah lagi RM20K++ Walhal kos nikah tak sampai RM2K semuanya sebab ikut nafsu.
  3. Lebihan yang sepatutnya digunakan untuk menanggung kos selepas kahiwn/nikah tapi sebaliknya ianya di gunakan untuk membazir (makan, minum, pelamin, bertukar baju, potong kek, dan lain lain) Majlis perkahwinan cukup sekadar nak raikan saudara mara dan jiran tetangga bukannya nak menunjuk satu dunia, kalau nak menunjuk satu dunia Facebook kan ado!!!
  4. Duit dan wang terkumpul sepatutnya dismpan di tempat selamat dan digunakan untuk membina harta kekayaan selepas berkahwin bukan untuk membazir. Bayangkan jika dah kumpul puluhan ribu, dengan wang yang sama lepas kahwin dah boleh beli harta ratusan ribu ringgit. Sibuk kata takda modal . Walhal ada modal tapi buang ke laut.
  5. Bukan salah Allah tak bagi rezeki atau modal untuk kahwin/nikah, jika tidak ,mana mungkin dapat kumpul wang yang banyak (Allah dah janji, takan tak percaya janji Allah?), tetapi salah diri sendiri dan pasangan kerana menyalahgunakan wang/modal tersebut untuk perkara yang kurang bijak hanya kerana mengikut nafsu dan telunjuk orang lain (nak puaskan hati orang, diri sendiri yang merana).

Dalam kehidupan hanya beberapa ketilka atau keadaan Allah janji nak bagi rezeki yang melimpah kepada kita, antaranya ialah ketika nak kahwin, jangan sia-siakan peluang dan rezeki yang diberikan hanya untuk memuaskan nafsu nanti lepas kahwin sepatutnya menjadi lebih kaya berharta tetapi akhirnya menjadi bertambah lesu dan tidak bermaya kerana beban kewangan yang perlu ditanggung kiri dan kanan.

Lagi satu tips Abang Zaidi nak bagi. Cuba fikir!!!

Bila dah kahwin/nikah semuanya halal dan boleh buat sama-sama, boleh buat anak sama-sama, boleh mandi sama-sama, semuanya boleh buat sama-sama. Tetapi kenapa sesetengah pasangan tidak boleh mengurus kewangan mereka secara bersama? Kenapa tidak menggunakan formula "Power of Two" yakni 1+1 = 3 untuk membina kekayaan dan kesenangan bersama? Perlu diingat bahawa tiada istilah "Kau dan Aku" di dalam sebuah perkahwinan, yang ada cuma "Kita",  jika tidak, jangan berkahwin atau bernikah, buat semak fikiran dan menyusahkan diri sahaja.

Tak faham apa itu formula "power of two"? dan 1 + 1 = 3?

Tak paham pergi la menuntut dulu sebelum nak kahwin. Janganlah gelojoh sangat. Takan lari kemana
jika telah tertulis jodoh korang.

Sumber: urusinsan


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan