Rabu, 16 Disember 2020

RAKYAT MALAYSIA TAK ADA SIMPANAN SEKURANG-KURANGNYA RM 1,000?

Kajian daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada rakyat Malaysia tak ada simpanan sekurang-kurangnya RM 1,000.

Ini bermakna daripada 30 juta rakyat Malaysia, lebih daripada 22 juta rakyat Malaysia tak ada simpanan sekurang-kurangnya RM 1,000.

Antara punca rakyat Malaysia tak ada simpanan kerana aliran tunai atau cashflow negatif. Aliran tunai atau cashflow menjadi negatif akibat berbelanja melebihi pendapatan.
 
Formula asas aliran tunai atau cashflow:

I - E = R

Atau

I - E = S

I = Income (Pendapatan)
E =  Expenses (Belanja)
R = Remainder (Baki)
S = Surplus (Lebihan)

Solusi nak kawal aliran tunai atau cashflow daripada menjadi negatif? Tak ada cara lain sama ada tambah pendapatan atau kurangkan berbelanja.

Kita tak dapat nak kawal gaji yang diberikan oleh majikan, tapi boleh cari pendapatan tambahan sama ada buat kerja sambilan atau part time, cari kerja baru atau buat bisnes untuk mencari pendapatan tambahan.

Kita juga tak dapat nak kawal harga barang, harga tol, harga petrol, tarif elektrik, tarif air, kadar cukai dan sebagainya, tapi kita boleh kawal perbelanjaan kita supaya tidak berbelanja melebihi pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan