Khamis, 3 Disember 2020

MULA MELABUR SAHAM DENGAN MODAL KECIL?

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan oleh pelabur newbie untuk mula berdagang di BSKL dengan modal yang rendah. 

Pertama sekali, anda perlu mengetahui bahawa di Malaysia, kos untuk mula membeli saham boleh dikatakan sangat rendah berbanding dengan bursa saham lain di luar negara. 

Untuk pengetahuan anda, pelabur sudah boleh untuk mula membeli saham dengan 1 lot, iaitu bersamaan dengan 100 unit saham. 

Ini bermaksud, sekiranya harga saham yang ingin dibeli adalah RM1.00 seunit, kos satu lot hanyalah berharga RM100!

Namun begitu, dengan modal permulaan yang rendah bukan bermaksud anda boleh mengambil risiko sewenang-wenangnya dengan melabur tanpa ilmu pengetahuan. 

Berusaha untuk ambil pengalaman dan belajar menguruskan pelaburan kecil terlebih dahulu. Sudah pasti, pengetahuan teknikal untuk membaca dan menganalisa turun naik harga saham di pasaran akan diperolehi dengan pembacaan E-Book Trade What You See oleh Serikandi Saham ini.


Melalui E-Book ini, anda akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai pelaburan saham, cara mengaut keuntungan dan menguruskan risiko kerugian serta mempelajari teknik melabur dengan betul.

Ayuh jom dapatkan E-Book Trade What You See ini sekarang!





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan