Rabu, 23 Disember 2020

PANDUAN MENGURUS KEWANGAN

Menurut kajian daripada Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Jika tak ada simpanan, dekat mana nak cari duit sekiranya berlaku apa-apa musibah yang tak diingini seperti dibuang kerja, kenderaan rosak, paip rumah bocor dan lain-lain kes kecemasan yang tak diingini berlaku?

Masih belum terlambat untuk mengurus kewangan kita kembali. Saranan, daripada 100% pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan isi rumah
  • 30% Pembayaran hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain
30% daripada pendapatan kita khas untuk bahagian perbelanjaan isi rumah seperti sewa, petrol, makan, minum, bil elektrik, bil air, dan lain-lain.

30% daripada pendapatan kita khas untuk bahagian pembayaran hutang seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang pembiayaan peribadi, hutang kad kredit, hutang pendidikan dan lain-lain.

5% daripada pendapatan kita khas untuk pemberian seperti zakat, sedekah, cukai, pemberian kepada kedua ibu bapa dan lain-lain.

5% daripada pendapatan kita khas untuk perkara lain seperti tengok wayang, beli makanan segera, beli barang-barang online yang tak penting dan lain-lain. 5% ni juga boleh dijadikan 'back up' untuk tampung perbelanjaan isi rumah atau pembayaran hutang jika tak cukup. 

30% lebihan daripada pendapatan kita dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan

Contoh

Pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindungan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan