Khamis, 21 Januari 2021

BELAJAR PASAL STOCK MARKET

Belajar dulu sebelum sibuk nak jadi kaya.

Belajar selok belok, do's and don'ts, belajar cara nak tahu kedudukan kewangan sesebuah syarikat.

Belajar pasal sentimen pasaran. Belajar pasal teknikel analisis. Belajar cara nak baca carta, belajar kemana hala tuju pasaran, belajar pasal catalyst, belajar pasal sectoral.

Paling utama bila dah mula belajar;

Maka kita tahu dalam dunia stock market waima dunia pelaburan/perniagaan/pekerjaan apa sekalipun yang maujud di dunia ini, kata kunci untuk berjaya tidak lain;

Disiplin
Sabar
Jangan tamak

Nak senang masa depan kena susah tuntut ilmu sekarang. 

Tapi kalau nak hidup senang tak nak susah payah belajar, InsyaAllah peluang melingkup cerah.

Stock market ni melibatkan duit.

Orang duit sikit tapi bila dia ada ilmu, ilmu tu akan jaga duit supaya berkembang tak hilang.

Orang duit banyak tapi bila menonong je tak ada ilmu, duit dia yang banyak akan susut, mersot dan sudahnya terbang entah ke mana.

Ingat,

Duit yang berjuta tidak berupaya menjaga ilmu yang sedikit

Tapi dengan ilmu walaupun sedikit, ia boleh menjaga duit yang berjuta.


Memiliki ebook Trade What You See ni adalah langkah menimba ilmu, yang dengan Izinnya akan menambah nilai, dan pengetahuan kepada sesiapa saja yang teringin nak cuba into scene dunia pelaburan saham.

Ayuh jom dapatkan ebook Trade What You See ni sekarang!





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan