Rabu, 20 Januari 2021

ADA BUAT SIMPANAN KECEMASAN TAK?

Menurut kajian daripada Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Ini bermakna daripada 30 juta rakyat Malaysia, lebih daripada 22 juta rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Ini bermakna daripada 4 orang rakyat Malaysia, 3 orang rakyat Malaysia tak ada simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000.

Tanya diri sendiri ada tak simpanan walaupun sekurang-kurangnya RM 1,000 sekarang?

Kenapa macam susah sangat nak buat simpanan?
Duit gaji tak cukup?
Harga barang semakin naik?
Kos sara hidup tinggi?

Mengapa perlu buat simpanan?

Bagi yang bekerja makan gaji, disarankan perlu ada simpanan minimum sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji.

Bagi yang bekerja sendiri atau berniaga, disarankan perlu ada simpanan minimum sekurang-kurangnya 12 bulan pendapatan.

Jika tak ada simpanan, dekat mana nak cari duit sekiranya berlaku apa-apa musibah yang tak diingini seperti dibuang kerja, kenderaan rosak, paip rumah bocor dan lain-lain kes kecemasan yang tak diingini berlaku?

Bila ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, jika dibuang kerja ada la juga duit simpanan nak 'survive' sementara nak cari kerja lain atau nak mula berniaga kan?

Bila ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji, jika berlaku apa-apa kes kecemasan ada la juga duit daripada tak ada langsung kan?

Antara punca rakyat Malaysia tak ada simpanan kerana aliran tunai atau cashflow negatif. Aliran tunai atau cashflow menjadi negatif akibat berbelanja melebihi pendapatan.

Formula asas aliran tunai atau cashflow:

Pendapatan - Belanja = Baki/Lebihan

Cuba kira tengok daripada gaji atau pendapatan yang kita dapat tu selepas tolak segala belanja, baki atau lebihan yang ada tu positif atau negatif?

Formula asas simpanan:

Pendapatan - Simpanan = Baki/Lebihan

Bila dapat gaji simpan dulu. Baki atau lebihan yang ada baru guna untuk berbelanja.

Bila dapat gaji asingkan siap-siap untuk perbelanjaan isi rumah, nak bayar hutang, nak buat simpanan, nak bayar takaful, nak melabur, nak bagi dekat mak ayah, nak sedekah, nak bayar zakat, nak bayar cukai dan lain-lain.

Masih belum terlambat untuk mengurus kewangan kita kembali. Saranan, daripada 100% pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan isi rumah
  • 30% Pembayaran hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain

30% lebihan daripada pendapatan kita dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan

Contoh

Pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindungan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan