Isnin, 18 Januari 2021

PELANGGAN RASA JIMAT & UNTUNG TENGOK IKLAN NI..

Ada 1 iklan Ikea ni.

Sebelah, dia tunjuk gambar seorang wanita dengan wajah sedih.

Wanita tu berdiri bersebelahan dengan sebuah kabinet yang ada sepasang kasut.

Kemudian bawah iklan tu tertulis,

“Kabinet ditempah khas ($1670) + sepasang kasut ($30) = $1700.”


Sebelah lagi, dia tunjuk gambar seorang wanita dengan wajah berseri-seri bersama anaknya.

Mereka berdiri di depan kabinet Ikea yang nampak moden dan dipenuhi dengan kasut.

Kemudian bawah iklan tu tertulis,

“Kabinet ($245) + 48 pasang kasut ($1440) = $1685.”


Apa yang anda dapat belajar daripada iklan Ikea di atas?

Ini apa yang saya dapat belajar.

Ikea bukan saja bagitahu yang pelanggan boleh jimat dengan membeli kabinet mereka.

Ikea juga bagitahu pelanggan boleh dapatkan benda lain yang mereka mahu dengan penjimatan tersebut.

Mereka nyatakan dengan copywriting dan mereka tonjolkan dengan gambar.

Sebodoh-bodoh pelanggan pun boleh tangkap mesej yang mereka cuba sampaikan.


“Betul ke apa kau cakap ni? Jangan main tembak je.”, akak Tiktok.

Okey cuba anda bayangkan perkara ni.

Anda masuk kedai video. Kedai video ni sedang buat sale.

Kebetulan video yang dibuat sale tu ada pelakon kegemaran anda dalam filem yang anda minat.

Anda boleh beli dengan harga $14.99 je.


Apa anda akan buat?

A) Beli video tu.

B) Tak beli.

Kalau jawapan anda A, anda samalah dengan majoriti orang yang juga pilih untuk membeli.


Sebenarnya kajian ini telah dibuat oleh profesor Shane Frederick.

75% orang pilih untuk beli dan 25% tidak.

Kemudian profesor ni buat kajian yang sama pada kumpulan yang lain.

Cuma kali ni dia tukar ayat tu jadi:

A) Beli video tu.

B) Tak beli. Simpan $14.99 untuk beli benda lain.


Hasilnya?

55% orang pilih untuk beli dan 45% tidak.

Yang pilih untuk tak beli meningkat 20%!


“Tapi perlu ke nak bagitau dengan detail? Pandai-pandai la pelanggan pikir nak buat apa.”, akak Tiktok menyerang lagi.

Sebenarnya tak perlu pun. Anda boleh je tulis copywriting ikut suka hati.

Tapi cuba fikir. Apa jadi bila anda dapat tulis copywriting cara begini?


Katakan dengan copywriting sekarang anda dapat 100 pelanggan sebulan.

Setiap pelanggan bagi untung RM50. Total untung RM5,000.

Dengan copywriting yang diubah lebih baik, anda boleh tingkatkan jumlah pelanggan sehingga 20%.

Pelanggan bertambah 20 orang.

RM50 x 20 = RM1,000.

Total untung naik jadi RM6,000!

Tak nak ke?


Nak 35 taktik psikologi iklan dan copywriting yang akan bantu anda untuk pengaruhi pelanggan membeli dengan mudah? Lihat link di bawah sekarang!

Anda klik je sini:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan