Isnin, 3 Mei 2021

3 MALU YANG PERLU DIAJAR?

Di rumah ke’main’ lagi dia, suka bercakap, hebat bercerita dan laju aje melakukan sesuatu. Bila ada aje orang lain terus ‘menikus’, senyap sedu terus, tunduk dan tak menoleh.

Sungguh malu ni dalam diri. Menjadi penghalang daripada terjadinya perkara yang mengaibkan dan salah. Malu tidak kira usia, jantina mahupun keturunan. Semua mempunyai sifat ini, cuma yang berbeza ialah kadar ‘malu’ dan reaksi kepada sifat malu itu sendiri.

Al-Mawardi berpesan bahawa malu itu perlu ada pada 3 tempat:

  1. Malu kepada Allah SWT
  2. Malu sesama manusia.
  3. Malu pada diri sendiri

Malu pada Allah menjadikan kita tidak sanggup berbuat apa sahaja yang tidak disukai Allah SWT. Malu sesama manusia menyebabkan kita tidak sanggup melakukan sesuatu perkara yang meng’aib’kan diri sendiri. Dan malu pada diri sendiri apabila merasai punya harga diri.

Penting bagi kita ibu ayah untuk menerapkan rasa malu berdasarkan apa yang sepatutnya kepada anak-anak. Dan penting bagi ibu ayah untuk mempunyai rasa malu ini agar ia lebih memberi kesan dalam kehidupan kita dan anak-anak.

Jangan lupa malam ini sesi online mentelaah e-book #ibuayah24jam di fb group.

Bagi yang belum mempunyai link ke fb, Jom dapatkan e-book #ibuayah24jam, klik di sini.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan