Antara perkara pertama yang diajar oleh ibu ayah kepada anak-anak ialah untuk makan dengan tangan kanan.
Diajar untuk membezakan tangan kanan dengan tangan kiri. Diajar penggunaannya untuk perkara-perkara penting contohnya memberi dengan tangan kanan, mengambil pun dengan tangan kanan.
Manakala tangan kiri pula digunakan untuk menyokong tangan kanan serta melakukan perkara yang tidak bersih contohnya membersihkan najis dan mengangkat sampah.
Islam mengutamakan kanan berbanding kiri. Wudhu bermula dengan anggota kanan baru anggota kiri. Makan juga diperintahkan dengan tangan kanan dan tidak dengan tangan kiri.
Begitu juga dengan Al-Quran, disebut di dalam Surah Al-Waqi'ah bahawa golongan kanan adalah berbahagia manakala golongan kiri adalah golongan terseksa. Mereka yang menerima suratan amalan dengan tangan kanan adalah selamat dan mereka yang menerima dengan tangan kiri adalah sebaliknya.
Begitulah bezanya kanan berbanding kiri bagi kita seorang Muslim. Bahkan ia diterima umum bahawa kanan adalah utama berbanding kiri.
Oleh sebab itu, maka kita sebagai ibu ayah mesti menekankan sebaik mungkin berkenaan pengutamaan kanan ini. Tekankan agar ia menjadi tabiat dan naluri bagi kita dan juga anak-anak.
Bendanya ringkas tetapi ganjarannya besar.
Jom jadi ibu ayah yang memberikan yang kanan kepada anak-anak.
Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam
Klik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan