Isnin, 17 Mei 2021

‘GRAND PLAN’ UNTUK ANAK-ANAK

Berapa ramai dikalangan kita yang dah ada ‘grand plan’ untuk anak-anak? Atau mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda ‘grand plan’ ni sebenarnya.

‘Grand plan’ ialah perancangan besar kita untuk anak-anak berdasarkan apa yang kita nak mereka nanti menjadi suatu hari kelak.

Ibu ayah tahu tak yang Nabi Ibrahim A.S juga pernah ada ‘grand plan’ baginda sendiri buat zuriatnya yang dipasakkan dengan doa kepada Allah SWT sebagaimana di firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim Ayat ke 40.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Nabi Ibrahim nakkan zuriatnya menjadi orang yang taat kepada agama Allah dengan sentiasa mendirikan solat. Sentiasa mengesakan Allah dan sentiasa berhubung dengan Allah.

Sudahkah kita mempunyai ‘grand plan’ kita sendiri buat anak-anak kita. Sekiranya sudah, sudahkah kita pasakkan ‘grand plan’ ini dengan menyeru kepada Yang Maha Pencipta agar ‘grand plan ‘ kita ini diterimaNya.

Ingat ‘grand plan’ kita untuk anak-anak adalah bukan hanya pada memberi nama kepada mereka sahaja. Mereka layak mendapat lebih.

Apa ‘grand plan’ anda buat anak-anak, boleh kongsikan dengan saya agar kita sama-sama dapat manfaat ???

Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Klik:



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan