Isnin, 10 Mei 2021

BERGADUH ITU BIASA, MEMAAFKAN ITU LUAR BIASA

Beberapa sharing sebelum ni, kita pernah berkongsi yang anak-anak ni suka bergaduh atau sekurang-kurangnya bertelingkah.

Tapi yang sebenarnya bukan setakat anak-anak sahaja yang suka bergaduh/bertelingkah, kita sendiri pun begitu juga. Ada benda yang rasa kurang selesa pada kita, maka ‘suhu dalaman’ pun mungkin turut menyala. Paling bahaya apabila marah itu meletus keluar, maka terjadilah ‘pertelingkahan/pergaduhan’.
 
Memang begitulah fitrah manusia ni, ada marah. Yang paling penting ialah kemampuan untuk mengawal kemarahan tersebut. Selain itu, ada beberapa perkara penting yang perlu dilatih pada diri kita berkait dengan bergaduh/bertelingkah ni, iaitu:

  1. Sebaik-baiknya mengelaklah daripada ia berlaku. Jika terjumpa dengan pergaduhan/pertelingkahan ni, larilah. Jika terserempak, tinggalkanlah.
  2. Ingatkan anak-anak dan diri kita juga, sekiranya ia berlaku sesama keluarga maka ingatlah ia tidak boleh lama-lama kerana diri mereka adalah merupakan diri kita. Mana mungkin untuk kita tidak menyukai sesama kita sedangkan mereka adalah diri kita.
  3. Sekiranya berlaku juga pertelingkahan maka cepat-cepatlah bermaaf-maafan. Pilihlah untuk melupakan kesilapan/kesalahan tersebut kerana dengan lupa sahaja maka maaf itu akan sempurna.
  4. Ingat setiap kali berlaku pergaduhan/pertelingkahan maka akan ada yang terluka. Ingat setiap yang terluka bakal berparut. Dan ingat juga hanya parut yang dilupai sahaja akan tidak mempunyai rasa sakitnya.
  5. Maka, sedari kecil ajarlah anak-anak kita untuk memaafkan dan lupa. Ajarilah mereka agar tidak menyimpan dan berdendam

Semoga hidup berkasih sayang menjadi lebih baik dengan adanya maaf bermaafan ini.

Ingat bergaduh tu biasa, maaf bermaafan itu luar biasa.

Jom jadi ahli keluarga yang sayang menyayangi. Klik di sini untuk e-book #ibuayah24jam



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan