Isnin, 31 Mei 2021

BICARA PASAL DOSA DENGAN ANAK-ANAK

Apa pandangan kita jika kita memilih untuk berbicara berkenaan dosa dengan anak-anak?
 
Adakah ia satu negatif yang menyebabkan anak-anak menjadi takut dan gerun?
 
Adakah cukup dengan mengatakan jangan kerana benda itu tidak baik? Atau jangan kerana perkara itu dilarang
 
Sebenarnya dosa adalah merujuk kepada perkara-perkara bersalahan dengan kehendak agama. Ia sebagai panduan dalam membezakan antara betul dan salah. Bukan semata-mata untuk menakutkan tetapi sebagai panduan.
 
Penting untuk ibu ayah mengenalkan anak-anak sekurang-kurangnya dengan hukum lima iaitu:

  • Wajib 
  • Sunat
  • Harus 
  • Makruh
  • Haram

Penting bagi anak-anak membezakan hukum-hukum ini dan kesan-kesannya.
 
Sudah kah kita memperingati mereka tentang perkara ini? Andai sudah syabas dan jangan lupa ingatkan sekali maknanya dan juga jenis-jenisnya.
 
Ingat dosa tu bagaikan titik hitam, selalu bergelumang dengannya maka akan bertambah banyaklah titik hitam itu dan semakin sukarlah untuk menghilangkannya.
 
Jom untuk kita berusaha untuk menjauhkan dari dosa dan meninggalkan kesalahan...

Klik di sini bagi mendapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Ayah Terbaik'



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan